Saturday, August 6, 2011

Kenangan Tak Berapa Manis.

Hari ni aku bersemangat nak tulis entri lagi. Kali ni pasal zaman sekolah aku. Sebelum tu harus diketahui aku ada banyak sekolah. Bila aku kata banyak maknanya lebih dari tiga. Kalau tak salah ada la dalam tujuh buah sekolah aku pernah belajar dari sekolah rendah sampai la habis spm.

Tapi hari ni aku nak cerita pengalaman masa kat mrsm pendang sebab hidup aku start jadi hebat kucar-kacir bila masuk sini. Ya, orang lain mampu berbangga kalau masuk boarding school tak kesah la mrsm mahupun sbp tapi tidak pada aku. Aku salah percaturan lalu masa depan sudah terjejas.*tetiba emo..haha.

Okay aku bukan nak cerita ke-loser-an aku sebab yang tu perlu masa untuk ditulis. Panjang yang amat kot kalau nak postkan. Aku nak cerita pasal rakan-rakan yang aku kenal disitu. Kebanyakan nama tak akan disebut sebab malas.

#1: Si gadis perasan bagus!
Melihatkan pada nama dia atas pun boleh agak apakah perangai budak ni. Ya, aku akui dia agak boleh tahan la kot. Selalunya orang kat situ yang ada boyfriend dikira cun..jadi dia dalam kategori cun lah agaknya kan sebab dia ada boyfriend. Tak perlu diketahui sapa boyfriend dia atau berapa lama hubungan mereka bertahan. Tu tak penting.

Okay, cerita ni jadi bila dia tetiba menegur aku dengan sopan. Lokasi kejadian ni aku tak ingat tapi aku ingat nama dia serta kata-kata dia yang menyentap hati nurani aku ni. Ayat dia berbunyi seperti begini;
hang ni mira comot gila..lemas la aku tengok. hang tak reti pakai tudung elok-elok ka? kalau macam ni takda sapa mau kat hang tau dak. serabai sangat aih..cuba tengok aku, pakai tudung kemas jah..and bla bla bla..

Ya, dengan itu aku down selama berminggu-minggu. Hahaha..tipu lah, aku sentap sat je. Sejak hari tu aku  usha cara dia pakai tudung. Dah kata kemas kan, kena la usha. Tapi aku tengok takdak lah jadi sangat pun. Muncung depan tudung dia lembik je..nampak penyek. Kalau pakai tudung tak se-perfect mana tak payah la nak condemn aku banyak-banyak. Dah la bukan sekali je kau tegur aku, depan orang pulak tu..aish. Aku ni pakai tudung bukan sebab nak cantik tapi nak tutup aurat. Silalah faham.


#2: Si gadis perasan cun!
Malas nak cakap banyak, yang ni antara yang takleh blah la. Ada ke dia cakap camni di depan kawan-kawan kami;
aku rasa hang takdak lah cun mana pun. aku lagi cun. nama aku ada dalam list budak cun tau dak. aku rasa budak laki yang kata hang cun tu semua buta la..aku tak puas hati betul la..and bla bla bla..

Ya, aku tak cun macam kau. Aku relax je, kau tak puas hati apahal? Dan si dia ni telah mengadakan soal selidik dimana dia ajak aku pada prep petang(rasanya) pegi survey budak-budak lelaki. Eh, gila ke apa kau ni? Aku duk diam-diam kat tempat aku sambil tengok gelagat dia kat kelas aku. Kelas aku selalu jadi tumpuan sebab kedudukan kat tengah-tengah, jadi memang banyak budak laki melepak pada waktu prep kat situ.

Dia dengan selambanya tanya mereka; kau rasa aku dengan mira sapa lagi cun?. What the heck pempuan ni. Aku rasa dia ni tak reti malu la..adeh.. Dan aku pun tak ingat apa kesudahan soal selidik dia tu. Malas aku nak layan..=.="


Aku rasa cukup dua kot..penat kepala aku nak fikir pasal diorang ni. Aku taktau kenapa orang selalu mencari pasal dengan aku. Adakah kerana aku selalu buat muka apa-apa-lah-wei-aku-tak-kesah?? Weh, agak-agak la. Tapi bukan semua student situ perangai macam ni. Ramai je yang layan aku dengan baik. Nanti aku cerita lagi. Terima kasih daun keladi ya sebab layanan baik korang.. Jasamu akan ku kenang..*ada kaitan ke?
Sekian. Assalamualaikum dan babai.


Love, Mira..

7 comments:

  1. hahahahahahahahha..kau benam kepala dia dalam laut

    ReplyDelete
  2. hahaha..kalau bleh, dh lama aku buat.ngee.

    ReplyDelete
  3. hahaha..gile teruk kutuk org,ak pon de kwn sejibik cam gitu..mulut xde insuran..huhu

    ReplyDelete
  4. meh nak tolong cilikan mulut dia..haha. ni budak yang suka tiru hang tu ke dayah?

    ReplyDelete
  5. sapa lg klu bukan dia..tension!tension!..cer aku plak yg kutuk cam tu,konpom nangis..ati org tak reti nak jaga..

    ReplyDelete
  6. perghh..marah la.. awat x marah dia skali cik kak ooi?

    ReplyDelete
  7. dia tu lg ssah..msuk telinga knan kuar tlinga kiri...cam xde tlinga je..

    ReplyDelete