Hari ni nak imbau zaman kanak-kanak sunkist aku. Aku tak minum ribena masa kecik, tak layak jadi kanak-kanak ribena. Layak jadi kanak-kanak sunkist je..hehe. Aku rasa aku takdak ramai kawan pun masa kecik dulu. Masa kat perlis aku cuma ada sepupu aku sekalian dengan beberapa jiran je. Rasanya takdak yang sebaya dengan aku.
Masa kecik-kecik aku budak baik. Tak nakal. Tak garang. Tak emo. Bajet macam anak patung lah kan. Adorable tau tak? Hyperbola kan..hehe. Tapi orang memang rajin layan aku masa dulu. Budak kecik kan comel. Tapi kenapakah aku tak comel macam dulu? Tak baik macam dulu-dulu. Oh, sifat ke-mira-an semakin hilang! Mana hilang ni..
Oh ya, aku jumpa gambar zaman dulu-dulu. Rasanya macam tengok gambar orang lain.
sila abaikan perut boroi tu.. |
muka bangun tido.. |
mana gigi aku? |
Setelah meng-usha gambar-gambar di atas ni adakah anda faham apa persamaannya? Ya, kepala aku asyik ada plaster kan. Nampak sangat aku innocent. Masa kecik orang selalu buli aku maka selalu jatuh..sebab tu banyak kecederaan. Logik kan? Haha.
Assalamualaikum & babai..
Love, Mira.
kecik2 dah berplaster..nmpk sgt....
ReplyDeletehahahhaha..ok bye
kecik2 pn dh nmpak muka pembuli..hehehe
ReplyDelete