Assalamualaikum.
*parit bukanlah nama manja sesiapa*
Oh, hari ni hati rasa rindu zaman kanak-kanak sebab time tu keja nak menjantan ja dengan kakak dan sepupu-sepupuku..hehe. Menjantan dari kamus bahasa saya bermaksud, melakukan aktiviti lasak seperti panjat pokok asam, mengai (baca: mengail) ikan, mandi parit, main hide and seek dalam ladang getah dan terjun ke sawah entah sesiapa tanpa dimarahi sebab pandai buat muka kesian macam puss in boot tu..kehkehkeh.
Sapa mau marah kalau begini rupanya. Segala tok, tokwan, makcik dan pakcik tengok pun macam..alololo...XD
Jadi dulu kami selalu ke parit mencari siput, mengai ikan puyu dan sepat. Ikan dua tu ja yang aku ingat yang lain tak ingat apa ke nama ntah. Dari umur aku seawal empat ke lima tahun aku dah start ikut akak aku and the sepupu pegi ke parit mencari rezeki. Drama much! Haha. Parit kecik je woi..tapi takda gambar. Tapi kalau korang tengok mesti rasa aku memperbesarkan kisah aku pi mengai. Well, masa kecik aku rasa parit tu besar la, sekarang kalau tengok pun rasa ek eleh..hehe.
So, memandangkan masa kecik kami selalu mencari rezeki sampingan ni, aku terjatuh cinta dengan sejenis siput. Siput ni rare payah nak jumpa dan ada musim dia jugak. Haa, sebab tu aku jatuh cinta dengan dia kalau common tak nak ah..hehe. Walaupun dah jatuh cinta dengan siput ni tapi still taktau nama..boleh tak. Yang sure konfem konfiden bukan siput babi lah nama dia..hee.
Siput ni biasanya sedap buat masak lemak. Maka masak lemak cili padi siput secara official jadi all time favourite dish aku. Tapi bukan siput kat bawah ni yang aku suka, ada sejenis lagi. Apa yang membahagiakan seorang kanak-kanak selain daripada mengutip siput masuk dalam baldi lepastu tunjuk kat tok dan tok masakkan untuk kita. Tok masak haruslah yang sedap-sedap tahap nak terajang muka adik..eh? Hehe..
*courtesy from google* |
Oh, bahagianya..tapi zaman tu dah berlalu. Aku pun dah lama tak ke parit. Lepas pindah ke kelantan aku dan kakak still pi parit bila balik cuti cuma dah jarang sebab takda orang jaga parit elok-elok. Kakak aku penjaga tak rasmi parit tu. Sebab dah kecewa maka jaranglah melepak situ dah. Dan usia pun dah nak masuk belasan tahun, tak manis katanya anak dara melasak tak kena gaya. *padahal kami tak kisah pun apa orang kata..hihi*
p/s: Kami geng semua perempuan cuma ada sepupu lelaki sorang, dia macam bodyguard kami lah. Konon lah konon..bagi dia feel hero sikit. Hehe.. :P
Love, Mira
No comments:
Post a Comment