Sunday, April 8, 2018

Kisah Aku Yang Separa Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

*Amaran: cerita panjang bersama repekan untuk aku kenang di masa depan*

Hujung Mac lepas adalah nightmare untuk aku. Bila aku kena buat keputusan sendiri berdasarkan judgement sendiri lepas dengar pandangan daripada orang terdekat dengan aku. Yang jadi separa berdikari tu sebab aku masih perlukan bantuan orang untuk bagi idea. Sebab sesungguhnya aku clueless dan kalau ikut hati yang gila ni, aku rasa dah sagat muka kat dinding dah ni. Mujur kewarasan aku masih tersisa haha. Jadi, kisahnya bermula dengan suatu hari aku on laptop seperti biasa sebab keja menantiku dan lagi dramatik itu minggu terakhir aku under kontrak. Dan juga  dalam minggu sama, aku mula bekerja untuk kontrak second yang patutnya early April start cuma atas budi bicara, depa kautim suruh aku catch up dengan project under second kontrak lepastu baru settle benda-benda yang dari first kontrak. Pening? Tunggu, baru mukadimah ni. Masa on laptop haritu aku rasa macam sesuatu yang tak kena tapi cuba positif. Malam tu bila nak on laptop sekali lagi sebab nak sambung keja guess what, tak boleh on wei! Ini tak kelakar. Aku banyak nak kejar benda ni..huhu

Lalu petang jumaat keesokan harininya aku pun terus pi Digital Mall sebab itu paling dekat. Nak tanya apa masalah takleh on kan, dah google kat phone memang takdak potensi untuk aku baiki benda tu sendiri..huhu. Jadi, aku pun pi la..pick satu kedai dan pekerja tu rungkai buka sebab nak cari masalah apo benda alah tu kan. Habis togel semua..dia tak expert sebab pembantu ja, bos keluaq so kena tunggu kalau nak. Aku pun tunggu la, ada lah dalam 40min ka sejam tah..aku rela tunggu asalkan masalah aku selesai. Tak kisah sangat sebab ada mall sebelah tu boleh la lepak kalau perlu. Kemudian bos dia pun mai..check dan ya rupanya masalahnya lebih dari sekadar button on tu! Sebab wayar blablabla (Tak ingat dah apa justification dia) dan skrin aku pun kelip-kelip level kena letak binder clip tu. So, boleh tahan juga nak kena charge tu aku runsing sebab dua hari kena letak situ kalau boleh nak cepat sebab weh hujung minggu tu aku kena submit banyak gila benda. Ya Tuhan..memang hati rasa nak menjerit. Fikir-fikir aku call ayah nak tanya pendapat sebab rasa macam patut beli baru ja since laptop tu dah lama, 10 tahun haha. Ayah kata, beli la elok pun sebab dah lama sangat tu! Jadi aku pun ok lah tak jadi nak baiki tu. Kedai tu pun okay, dia layankan ja..pasang semua balik dan tak charge apa-apa pun. Thank you. ;')

Intermission
Ada seorang peniaga ni dia duk mai sembang..sebab tunggu bos tu lama k. Dia yang suggest kedai baiki laptop tu kat aku sebenarnya. Saja nak sembang sebab bosan lah kot..aku syak bukan Malaysian sebab macam tak cakap melayu langsung..hmm. Dia macam eh nak baiki laptop ka awat tak beli baru blablabla ehh dan nak menjual eh hang tapi taklah hard sell, dia tanya mungkin sebab nak create perbualan kot. Duk sembang tu dia tanya la dah berapa lama guna laptop tu, model apa, brand apa haha mampoih la aku taktau. Aku habaq la, dah lama sangat sampai saya lupa dah model apa nama tapi Toshiba zaman tu bagus. Aku kata la dah 10 tahun guna pastu dia macam duk pikiaq lama. Sembang benda lain lepastu dia tanya lagi sekali, ni model bila? Aku habaq la 2008 aku beli..memang taktau mana hala la weh. Terus dia kata, eh awak pakai dari zaman sekolah ka? Aku macam dak la, dari habis sekolah sampai habis degree sampai sekarang. Muka dia terpinga-pinga dan terus tanya, sat hang umur berapa sebenarnya? Haha muka curious habis. Aku habaq la nak masuk 27
dah aih..dia dengan pekerja kedai tu macam haa? Muka depa takleh brain yang aku tua sebenarnya haha. Aku tanya la balik rupanya dia dalam 23-24 tahun camtu..muda wei, adik sangat tapi gaya matured. Yang pekerja kedai tu buat-buat takmau jawab hmm aku syak dia lagi muda haha.

Ok, berbalik kepada kisah asal. Cukup la berangan muda sat kat atas tu haha. Aku pun guna talian hayat kedua selepas ayah, iaitu jenggjengg kakak aku, Am..hehe. Sebab ayah aku suruh beli baru tapi tak cakap nak sponsor ka bagi separuh ka sobs sobs. Aku tengok saving ada lagi so nak mintak topup sikit please dari atm bank aku yang tak rasmi tapi baik hati itu hehe. So, Am chipped in dalam misi membeli laptop baru. Tapi aku stress lalu otak aku memang blurr so dia suruh balik, makan aiskrim esok baru pi beli laptop. Lalu, saya yang menurut perintah.. =]

Banyak ni, share dgn roommate+2 jiran pun masih banyak. Makan sampai brainfreeze. 

Malam tu roommate aku la google tengok estimate harga berapa, specification apa aku kena tengok sebelum beli laptop. Weh serius kalau dia tak habaq aku beli ja tak peduli ram, core ka apa jadah semua. Tobat clueless teruk hohhh! Esoknya, aku pi Lowyat sendiri sebab dia tak berapa sihat. Apparently, takdak kawan yang available dan aku malas nak announce ka apa ka..malas sebab otak aku dah semak sangat. Dan aku ni mujur waras sebab hard disk tak terjejas dan aku ada save semua benda dalam google drive..kalau dak, nangis la sis. Aku keluar 12pm naik MRT terus ke Bukit Bintang, mudah dan selesa. Yang tak selesa bila sampai pastu sorang..risau juga tapi buat-buat yakin ja sambil berzikir dalam hati. Pakai google map, senang ja jumpa lowyat tu.

Aku pusing tiga-empat level belah atas sebab yang tu laptop/pc/komputer things ada situ, kalau level bawah handphone yang banyak. Mula-mula payah la sebab sorang dan malu. Aku ni bukan ada masalah nak sembang dengan stranger tapi kalau nak beli barang lagi-lagi kalau aku macam taktau sangat apa aku cari, rasa macam segan la. Macam biasa, langkah pertama semestinya susah tapi kalau aku dah warm up bercakap..hang kena sedia selotape tutup mulut aku haha. Dan, aku jumpa satu kedai ni..harga ok lah cuma dia second hand dan warraty sebulan tapi spesifikasi aku nak semua ada. Aku pi yang lain..banyak juga laptop baru yang harga within range aku nak cuma spesifikasi tu jauh jugak nak compare yang aku nak. Aku nak dalam 1k, lebih kurang tu ja..tak mampu la mahal-mahal hoihh. Mangsa keadaan dalam hal ni si Am la, aku duk tanya dia aku patut pilih apa sebab dah banyak-banyak aku semak lah nak pilih. Dan rupanya bila tengok jam, dah dekat empat jam aku duk round dalam lowyat tu. 

Spesifikasi laptop yang roommate aku suruh pilih:
Core i5 @ 2.50GHz
RAM 4GB
Operating system: 64-bit
Storage: HDD 
Ada CD/DVD
Windows 8 or 10

Semua tu penting supaya laptop aku laju dan senang nak store memory ka macam mana tah. Sebab dia kata ini paling penting untuk student la, kira kalau laptop ada ni good to go! So, aku pun mencari la spesifikasi ni dan aku menyedari bahawasanya kalau nak semua benda alah ni dalam laptop baru harga standard dia 2k++. Wahh, lari jauh bajetku. Ada laptop/notebook yang baru harga 1.6k-1.7k tapi processor dia dalam 1.6GHz ja so roommate aku dah pesan kalau bawah 2GHz, dia slow. Ada yang RAM kecik, OS 32-bit ja..memang dia pesan ni ciri penting kena check sebelum beli. Lepastu la ni pakat duk guna SSD sebagai storage, aku nak HDD iaitu hard disk drive..demi keselamatan haha. Selalu SSD ni laptop ringan ja dan yang depa offer tu ringan elok ja cuma takdak CD/DVD drive adoii. Waktu tu aku pun pelik dengan diri sendiri tapi aku tetap insist nak yang ada CD/DVD, kakak aku pelik macam wehh zaman bila hang guna benda alah tu. Aku cakap perlu untuk burn soft copy aku nanti. Rupanya bila minda aku dah normal baru aku teringat, aku perlukan CD/DVD untuk install printer aku juga haha.

Setelah aku fikir, timbang dan meluat dah nak pikiaq aku ambik yang second hand tu ja. Walaupun macam sedih sebab warranty sebulan sahaja, both bateri dengan charger pulak takdak warranty tapi tak mengapa. Aku dah berserah dah ni dengan harap semuanya ok, insyaallah. So, aku beli Lenovo kali ini. Memang aku yang decide sendiri dengan bantuan roommate aku yang tolong bagi panduan dan kakak aku yang bagi pandangan bernas. Sebab aku kalau stress kadangkala memang fikiran aku kira nak tumbuk orang ja ehh..haha. Tak, maksud aku, aku macam kurang pertimbangan waras la kalau aku under pressure dan hidup dalam kebimbangan (Sumpah keja aku banyak bertimbun time tu wehhh!). Dan aku memang tak makan, hanya minum air yang aku bawak..aku takleh makan kalau kena buat benda penting. So, paham kan pening tu macam mana.. =..=

Second hand. Ok cuma ada scratch sikit-sikit. Bearable.

Itu hard disk laptop lama, kita buat dia jadi bentuk external hard drive. Range harga RM 50-60.
Total semua dalam 1.2k huhu terlebih sikit dari bajet asal tapi ku gagahi juga. Harga dah termasuk dengan harga external tu. Aku bawak laptop sebab takdak screwdriver nak robek laptop lama so bagi dia ja lah settle hal external tu. Jadi, kira ok lah sebab 2 in 1. Dapat beg silang sekali dengan pembelian..so 2005 bagi beg laptop silang hewhew tapi style juga sebenarnya. Sorry la gambar silau, ambik sejurus sampai bilik..ni pun sebab nak report kat Am, dia request. Haritu aku sampai UM hampir 7.00pm. Wait, seksa aku belum berakhir..ada part 2. 
T_T



M.

No comments:

Post a Comment