Sunday, March 4, 2018

Hatiku Terhiris Luka

Assalamualaikum.

Orang kata kalau hati terhiris luka ni lagi parah dari fizikal yang terhiris. Sat, aku terhiris jari dek kertas A4 pun pedih dah taktahu nak jangka apa kalau hati pulak yang dihiris-hiris seperti halia dihiris nak buat ayam masak halia. Hmm..dan ya, tahun ini aku dapat merasai perasaan pabila hatiku dihiris luka. Bukan terluka oleh makanan tak sedap seperti selalunya, kali ini oleh manusia. Pedih. Rasa macam nak jerit dengan high pitch "Pasaipaaaaaaaa?" tapi itulah satgi orang kata gila pulak.

Kita kenal dah lama. Grow up together walaupun tak di tempat yang sama. Tak sampai berapa tahun lagi akan jadi sedekad. Sedekad! Dan nak masuk sepuluh tahun, bukan sekejap tau. Lalu sebab satu insiden kecik hati lalu shut us down. Tanpa penjelasan, tanpa alasan, tanpa amaran. Just like that. Feeling dia macam ajak couple pastu kena reject tapi aku tak pernah kena reject sebab ngorat orang pun takkan buat lol. Ok tak, kiranya aku nak cakap aku rasa direject tanpa sebab yang nyata. Lalu terus aku rasa ohh macam ni kena reject rupanya. Murung kejap.

Aku punya pantang kalau aku whatsapp/text/dm atau contact hang dan hang tak reply memang supppp panas tu bukan hati ja sampai otak sama. Aku tak harapkan penjelasan sampai lima belas muka surat, satu muka surat pun takyah. Letak satu ayat pun dah cukup. Lepas emo kat igstory baru la dapat reply. Ok la, aku accept permohonan maaf tu. Sekurang-kurangya ada inisiatif nak respons. Thank you. Tapi aku sampai harini masih terpinga-pinga kenapa kami dishut down sebegini rupa.

Tak, ni bukan masalah boyfriend aku. 


M.




1 comment:

  1. You are great, Doing great work.
    Also, Please check out my game Traffic Racer .
    Thanks

    ReplyDelete