-The Preparation-
Hari sabtu, satu hari sebelum raya..
Macam biasa, bangun prepare sahur dan makan dan tak boleh lelapkan mata sampai ke siang. Pagi tu sambil tunggu ayah balik dari battle dia (beli santan) aku pun melepak sambil google resepi-again..haha. Di musim raya memang santan laris gila weh..biasalah bukan masakan melayu la tak bersantan berkolesterol kan. Ayah beli 5 ekor ayam, 2 for me untuk ayam percik, 1 for him untuk nasi beriani ayam, 1 for mak untuk rendang dan lagi satu i don't know man..haha. I don't know sebab aku spend almost tiga jam basuh ayam 5 ekor tu lepastu aku agak-agak ja portion untuk each and everyone. Kiranya 3 ekor tu mak, ayah aku bahagi sesama depa lah untuk masak. Aku cuci ayam memang lama sebab distraction banyak bila duk depan sinki lepastu datang mood perfectionist memang ayam tu aku perhati satu-satu.. -___-
Sebelum ayam ni, aku siapkan marinate untuk daging bakar thai. Yeap, resepi google jugak. Terima kasih google di atas kewujudan yang sungguh membantu itu. Marinate letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Aku rasa berjaya perap more than 24 hours sebab aku ingat aku settle perap daging dalam 9 am sabtu, esoknya ahad around 12 pm macam tu baru bakar. Memang kaw weh! Takdan ambik gambar sebab weh barbecue tengah panas lepastu makan, anda rasa saya ada masa untuk tangkap gambar makanan? Nope, mood pun dah lari pi Hatyai dah k. InsyaAllah nanti aku up resepi sebab serious sedap, adik aku, Dondi macam tak percaya aku buat lepastu cakap "beli kedai mana ni?". I was like dude, raya ni mana ada melayu buka kedai? Duh. Tapi sila faham, maksudnya sedap level kedai k. Keyword, perap more than 24 hours people..ahh-mazing! Menyesal tak makan banyak sebab aku tido time orang makan LOL.