Assalamualaikum.
Dalam hidup kita ni, kita pernah menipu. Siapa ja makhluk biasa yang tak pernah menipu kan? Kadang-kadang, jarang-jarang mahupun sentiasa..kadar menipu tu bergantung pada tahap keinsafan diri kau lah kan. Kadang tu manusia pesen egois ni dia guna term white lie atau dalam bahasa kampung kita kata tipu sunat yang sememangnya tidak wujud.
Cerita sekarang aku nak cakap, kalau nak menipu beragaklah sedikit. Guna juga akal kau yang clearly tidak dimaksimumkan penggunaannya tu. Aku teman kakak aku pegi isi minyak kereta dan entah hazabedah mana reverse kereta macam dia dekat formula one. Lagi menyakitkan hati, kami bagi chance dia reverse dia buat bodoh lepastu kami dah bergerak dia fiuuu reverse macam jalan atok nenek dia wahwahwah. Kecik besaq kecik besaq ja aku tengok budak tu ha.
Knowing my sister aiceh omputih kejap, walaupun aku garang tapi kakak aku lebih ganas, tegas, tegar dan ketegaq (baca:degil) you know. Dia punya ketegaq memang level gila. Dia bengkek budak tu tak reverse masa kami bagi chance. Oh ya lagi teruk budak tu menipu! Punya takut duk pumpang pumpang bapak dia polis la apa jadah. Dia kira bapak dia, dia takmau kira bapak aku ka? Siap kata pangkat apa bala ntah. Nak jadi cerita dia habaq kat pak aku, pangkat bapak dia..terus pak aku paku dengan berkata, menipu betoi hang ni! Pangkat tu tak available kat area sini. Denggg. So, dik lain kali kalau nak menipu mohon buat research dulu. Lagi bala pak aku polis pencen memang hang cari pasai la menipu pangkat pak hang.
Pasai eksiden tu memang tak marah mana sebab benda nak jadi, yang marah sangat ni sebab menipu. Pak aku adalah pantang dengan manusia menipu. Hang cari sakit la menipu dengan beliau. Oh ya, pagi tadi dah pi setel. Kereta kak aku kemek kat bumper jadi dia tukar kereta dengan pak aku sementara waktu ni sebab nak balik rumah dia dah. Maka pagi tadi pulanglah beliau ke penang dengan kereta pak aku. Tobat bising makcik tu sebab payah nak parking kereta pak aku haha.
Kepada adik tu, ketahuilah kalau hang menipu atau melarikan diri, kak aku tau mana nak cari hang sebab dia tau hang kerja kat mana. FYI kak aku jenis cam muka orang haha. Tips kalau anda eksiden ialah kena ambik tau nama penuh, no i/c, alamat, nombor telefon, jenis kenderaan, warna kenderaan, nombor plat dan jam berapa eksiden tu berlaku. Oh, itu aku tahu sebab balik rumah pak siasat maklumat semua tu dari kami berdua. Mujur dah gather maklumat awal-awal dah.
Ketahuilah tak semua manusia bertanggungjawab. Sebenarnya kalau nak tau, peduli apa pangkat pak hang apa pun, yang aku tau hang kena bayaq lah, dah langgar kereta orang. Okay tu ja. Bye.
M.
No comments:
Post a Comment