Asslamualaikum.
Perlis negeri paling utara
di Malaysia. I was born in Perlis. Nak kata purely Perlis itu tidaklah sebab
aku membesar di beberapa negeri lain. Untuk ketika ini aku menetap di Perlis. Maka ada beberapa situasi berdasarkan pengamatan aku.
Driving
Kalau tak biasa kau akan
rasa "the heck?" bila drive di sini. Driver super tenang a.k.a tidak
rushing. Nampak macam best kan. Nope. Driver tenang bila dia di depan lane dan agak diri sendiri sempat lepas lampu
hijau ja. Orang belakang dia peduli hapa. Kurang memikirkan nasib pemandu di
belakang. Bila lampu hijau menyala kau yang kat belakang tertanya-tanya apahal
tak jalan lagi, kereta rosak ka atau pengsan ka pemandu ni. Well no, they're
just slow! Pernah sekali kami more than
10 second sebelum kereta paling depan bergerak. Kan aku dah kata driver perlis
sangat tenang orangnya. Nak suami tenang? Mungkin patut consider manusia yang
tinggal di Perlis. One good thing is hon adalah aksesori kereta semata-mata.
sangat rare untuk anda dengar bunyi hon. Ayah aku bunyi hon untuk kes seperti
hei kawan lama! Atau ada pakcik naik motor lupa angkat tongkat. Bahaya tau tak
angkat tongkat motor, ada kes orang eksiden dan meninggal sebab lupa angkat tongkat
moto. Serius.
Night life
Oh, rasanya tiada kehidupan
malam yang sungguh meriah di sini. Kebiasaanya kedai tutup awal juga lah
kecuali kedai makan. itu pun ada kawasan tertentu sahaja yang meriah dengan
kedai makan. Nak cari club ka apa semua tu rasa macam takdak ja. Yang harom
punya adalah kot. Mungkin juga orang terus masuk Siam kalau nak night life yang happening. Mungkin la.
The Heat
Hangat ya. Kami tak guna
perkataan panas tapi hangat. I dont know why. When i use panas my mom macam
'apakah panas? hangat lah' haha entah. The heat we got sepanjang tahun cuma
awal tahun ada angin timur a.k.a angin yang sangat sejuk dan menggerbangkan
tudung kau sampai kau rasa nak gantung botol air hujung tudung untuk buatkan ia
berat..lol. The heat come with good things la..harumanis contohnya.
Harumanis
Not so sure apa yang aku
boleh promosikan tapi hell yeah harumanis one of the most attractive thing we
got! Derr masuk musim harumanis kau rasa the heat. I was doing my internship
and suddenly when the season come, people come. Berduyun tiba dengan pelbagai
alasan seperti ceramah, kursus, audit and so on. Yes, alasan sahaja itu semua
padahal mahu cari harumanis kan? Haha. Jadi aku cadang nak tanam
harumanis lepastu jual online. The price won't go down. Sebab? Demand terlalu
tinggi dan supply tidak cukup. Tapi tidaklah aku nak jual sampai sekilo empat
puluh. Tak sampai hati aku. Sekilo baru dua biji kot.
Ketenangan
Sini sangat tenang bagi aku. I can still see the green scenery. Padi, gunung, pokok dan sebagainya. Bangunan
tinggi tidak banyak di sini. Tiada pencakar langit di sini tapi pencakar tanah
ada banyak, ayam itik dan angsa ang ang contohnya. Kalau kau nak larikan diri
dari kesibukan kota dan mahukan ketenangan. Aku syorkan datanglah ke sini. Book
homestay di tengah bendang and have a good time. Bangun pagi drive around Balik Bukit/Tasik Melati..dengan suasana pagi, berkabus..ada bahagian ada sawah padi pulak, tengok bangau terbang sana-sini hmm memang rasa tenang.
Makanan
Masih murah. Boleh makan
nasi kandar dengan harga RM 3.50 depan ofis aku contohnya. Abang nasi kandar tu
baik dah la kopi o dia sedap. Eh, terpuji pulak. Masih boleh berbelanja dengan RM 5 sahaja untuk lunch. Tapi ada ja tempat mahal.
Kesimpulan, kalau nak berehat jauh daripada kesibukan bandar, datang la ke negeri Perlis. Kalau jenis suka lepak shopping mall dalam aircond then i guess this place is not for you.
M.
No comments:
Post a Comment