Assalamualaikum.
Memandangkan keputusan UPU baru keluar haruslah aku pun nak mengenang memori ketika di zaman universiti yang baru saja berakhir. Kehidupan universiti aku adalah let say, hambar. No jimba jimbi level 999, no travel as you like, no clubbing..of course lah tak. Tetapi walaupun aku tidaklah all out aku happy ja sebab apa? That's how i am. Yang pertama sebelum masuk univerisiti kau kena kenal diri sendiri dan always remember your root. Berpijak di bumi nyata orang dulu-dulu kata.
Pilih kawan dengan bijak. It may takes some time tapi peduli apa, kualiti seorang kawan adalah penting okay. Jujurnya aku tiada so called BFF sepanjang empat tahun pengajian. Kenapa? Sebab aku tidak suka diikat lagi-lagi kalau dapat BFF yang suka mengarah itu ini. Woh kennot lah ai melayan kawan cenggitu. Aku susah say no to people. Tetapi i've limit lah bukan buta-buta saja say yes to everybody.
Boleh ke hidup tanpa kawan di universiti? Jawapannya, tak boleh. Tapi kalau ditanya boleh ke hidup tanpa kawan baik kamceng cong cang? Jawapannya boleh. Sila faham perbezaan itu. Kawan perlu untuk memudahkan kerja anda dari segi kawan sekelas mahupun kawan satu asrama. Kitakan hidup bermasyarakat, kawan tu penting tapi kalau taknak begitu terlibat dengan emosi takpayah gigih mencari kawan baik. Kawan baik macam jodoh la, perlu datang sendiri tanpa dipaksa. Wei, ada kawan baik macam ada pasangan la, kena bagi komitmen. Itu dari sudut pandangan aku la.
Belajarlah berdikari. Aku dulu dari UUM ke Changlun naik bas sendiri takda hal. Boleh pegi shopping sendiri, boleh pegi pasar malam sendiri. Ada sekali tu terjumpa sepupu aku yang juga student UUM tapi kami berbeza kolej kediaman la. Dia dengan kawan dia pegi pasar malam dan aku juga ke sana, sendirian. Kawan dia risaukan aku sebab datang sorang. Sepupu aku of course la tak risau, dah tau jenis kering hati gini setakat pi pasar malam sorang-sorang tu apalah sangat. Oh ya, aku tak keluar sendirian buta-buta la. Siap sedia payung dah kot-kot la kalau ada kes jenayah boleh hentak terus. Berdikarilah tapi jangan terlebih berani!
Try aktiviti tubing for the first time. |
Khemah dalam hutan yg memang jauh di dalam hutan. |
p/s: Suasana di UUM dan Changlun boleh dikatakan agak tenang dan aman. Jadi boleh dikatakan aku selesa di sana. Kelmarin pi UUM, teman kawan.
M.
No comments:
Post a Comment