Assalamualaikum.
Masih sama. Makin malas nak menaip..idea berterbangan tapi nak realisasikan dalam bentuk perkataan tu mahlass hoi. Ni dah masuk tahun baru pun sama jugak haa, takda beza sebab malas nak ada azam. Azam bodo-bodo ada jugaklah buat pedoman. Itu pun kot ya kalau ingat. Biarkan azam tu tersemat di hati gittew. Nampak tak, nak cerita azam tahun baru pun malas..hmm.
Tahun ni tanggungjawab bertambah sebab kena tolong adik aku supaya cemerlang sikit dalam pelajaran. Adik aku adalah student yang secara konsisten berada di kelas akhir sejak di tahun satu. Sekarang dah masuk form 2. Gila konsisten beliau sebab tu ayah dah start bising sebab beliau malas. Kalau aku ni kau dah rasa malas, adik aku double malas..ekeke. Tapi kalau tugasan harian dia, selalunya tak lupa.
Tolong adik study tu benda biasa, aku rasa seluruh kakak dalam dunia ni pernah buat tuisyen persendirian kat adik masing-masing kan. Tapi itulah, aku punya jarak usia dengan adik aku dah la sembilan tahun, haruslah syllabus subjek yang dia belajar tak berapa nak sama dengan aku. Untuk subjek pendidikan islam, geografi dengan sejarah masih kekal sama. Math dengan sains masalah bahasa, aku kan kelompok belajar dua tu dalam english..jenuh ehh nak translate. Paling penat BM lah, part komsas tu totally lain hoi. So, aku pun terjebaklah dengan dunia form two. Kena baca balik antologi dan novel diorang tu..nasib baiklah aku ni suka baca.
Walaupun aku kepemalasan tahap petala ketujuh tapi aku suka membaca. Macam tak logik kan malas tapi suka membaca..haha. Jadinya, cuti semester yang bakal start ni aku kena revise buku-buku form two. Taktahu la boleh mengupdate blog ke tidak..alasan! Haha. Cuti sem pun kena baca buku..sobss. Demi adik sorang, kita tolonglah setakat mampu. Ini pun aku takda ni taktahu lah dia ikut ke tidak jadual yang aku buatkan itu hari. Kalau tak ikut jadual tu dan keja tak siap, aku plan nak bebel sampai beliau stress..hehe. Itu perangai biasa akak-akak sedunia.
Dan satu lagi, tanggungjawab juga bertambah sebab tok dah tinggal dengan kami. Seronok jugak tok ada kat rumah, takda la aku cuti ni duk membuta lepastu cakap dengan kucing semata-mata..hehe. Boleh jugak la bergosip sesama..tengok WWE sesama. Yeay! Doakan tok aku sihat sejahtera dan boleh ajar aku masak macam-macam. Aku teringin nak belajar sambal tumis yang sedap tahap nak nangis tu dengan roti canai. Sedapnyaa.
p/s: ada dua paper lagi. Doakan ya. :)
Love, Mira.
hehe, tingat pulak time muda2 dulu, penah jgk jd tuisyen utk adik sendiri..hihihi
ReplyDeletehahaa...dah agak dah. selalu akak-akak memang itulah kejanya..bukak tuisyen utk adik2..hee
Deleterasanya adk hg cam baya adik ak ja..malas tu pon lebih kurang ja..haha
ReplyDeleteyg mana? last sekali eh? hahaa taktahu la malasnya lain macam..anak last lagu tu la..hee
Delete