Sekian lama tak tulis review
novel, hari ni aku rasa nak buat review. Mood review ni mai bila takda idea nak
tulis apa kat blog ni.
Ok,13jam A380 ni aku beli
online, macam biasa lah kat KaryaSeni. Jimat 3 ringgit dan free postage. Tapi
masa aku beli ni lama jugak la sebab seminggu lebih baru dapat. Selalunya dua
tiga hari ja dapat, banyak order agaknya. Memandangkan aku bukanlah gila novel
yang nak baca gila-gila, setakat seminggu tu apalah sangat.
Yang pertama, tajuk novel ni
buat aku geram. Aku malas gila kot nak membaca benda yang banyak nombor ni.
Tapi unik gak lah sebab selalunya tajuk novel kan ada cinta, rindu, kasih dan
seangkatan dengannya. Jadi tajuk ni berjaya tarik perhatian aku cuma aku malas
gila nak sebut tajuk, aku sebut 13jam je kalau orang tanya..hehe.
Ok, novel ni watak utama dia
Syed Haydar dengan Hana Sofea. Hana ni punyalah suka kat si Haydar yang jutawan
muda ni padahal bukan pernah jumpa pun. Kira macam crush dalam diam lah, siap
stalk twitter Haydar lagi. Punya suka. Lepastu secara kebetulan dia terjumpa
dalam pesawat A380 masa nak pegi London. Hana nak sambung PhD dan Haydar ada
bisnes kat sana. Hana punya happy toksah cakap lah tapi dia buat-buat la macam
tak kenal Haydar ni. Sebabkan dia rasa suka sangat, dia mintak Haydar jadi
boyfriend dia sepanjang dalam penerbangan tu. Masa tu ada 4 jam lagi kalau tak
salah before landing. Hana ni jenis bebas dan gila-gila sikit. Sampai je kat
London, masing-masing buat hal sendiri.
Hana ditakdirkan kenal
dengan keluarga Fawwaz dan jadi pengasuh kepada Emmel, budak kecik yang comei
a.k.a anak Fawwaz. Fawwaz ni kaya
gilaaa. Cerita ni banyak sangat orang kaya, pening aku. Walaupun Fawwaz ni kaya
dia jenis jaga pergaulan dan alim la..memang jenis baik. Perangai dia dengan Hana
memang totally lain lah. Hana pulak dalam fasa nak berubah jadi baik dan
keluarga Fawwaz ni lah yang banyak bantu dia. Mulanya dia masih gilakan si
Haydar tu tapi ada sekali dia nampak Haydar dengan girlfriendnya terus dia rasa
macam reality check lah. Dia patut tinggalkan kenangan 13jam tu dan move on.
Jadi Hana teruskan hidup dia sebagai student dan pengasuh Emmel.
Bila dah habis belajar Hana
dah nak balik Malaysia sebab nak mintak izin kawen dengan Fawwaz. Dah banyak
kali mintak kat bapak dia tapi bapak dia tak kasi, suruh habiskan PhD dulu. Dan
Hana takut nak bagitau bapak dia yang Fawwaz ni bukan orang Malaysia. Fawwaz ni
banyaklah mix cuma yang aku ingat nenek dia orang Malaysia. Lagi best, bapak
Hana ni tak berkenan orang luar dia nak anak dia stay Malaysia sebab kakak Hana
kawen dengan mat saleh lepastu tak duduk Malaysia dah..macam tu lah lebih
kurang.
Dalam flight balik, Hana
terjumpa Haydar..dramatik kan. Masa pegi dan balik terserempak dengan orang
yang sama. Waktu ni Hana dah lain la, dia dah berubah. Haydar tegur dia dan
cakap dia nak Hana balik. Gila kejap. Hana pulak cakap dia balik sebab nak
kawen..kira macam go away lah kau! Dan lepas turun flight Hana ni disambut
family dia. Entah cemana Haydar ada sama waktu tu, so bapak dia assume Haydar
lah boyfriend Hana yang dia duk mintak nak kawen selama ni. Padahal..orang
lain. Haydar ni ambik kesempatan lah nak berbaik dengan family Hana. Hana
memang bengang je sebab dia kan nakkan si Fawwaz tu.
Dan ada satu kejadian yang
buatkan si Fawwaz tu back off. Dia takleh terima Hana. Haydarlah orang yang
bertanggungjawab pedajal si Hana tu. Dia tetap nak Hana, tak kira macam mana
pun. Lepas Fawwaz blah, Hana decide nak kawen dengan Haydar tapi ada
sebablah..bukan dia saja-saja nak kawen dengan Haydar tu. Hana selalu rasa
Haydar ni jahat dan tak sebaik Fawwaz. Nak tahu apa yang Haydar buat sampai
putuskan Hana-Fawwaz kena baca lah. Dan kalau nak tahu sebab apa Hana nak kawen
dengan Haydar pun kena baca jugak. Kalau semua nak tulis tak best dah..hehe.
Kesimpulan dari novel ni,
kadang-kadang kita butakan mata, tak nampak apa Tuhan nak tunjuk kat kita sebab
kita nak benda lain. Dan bila dah berubah ni kadangkala kita rasa macam kita
bagus sangat sampai pandang orang lain sebelah mata. Padahal orang tu baik je,
kita yang judge dia lebih-lebih. Banyak kot pengajaran dari novel ni. Dan sebab
novel ni aku akhirnya paham ayat ‘manusia ibarat logam’. Dulu pernah dengar
tapi tak paham. Penulis ni kira berjaya sampaikan cerita dan berdakwah juga
dalam masa yang sama. Terima kasih Evelyn Rose.
Yang aku taksuka pasal novel ni sebab Hana tu terlalu negatif dan annoying boleh tahan. Stress jugak aku membacanya tapi realitinya ramai je yang macam tu. Dan satu lagi bosan dah aku baca kisah orang super kaya banyak-banyak ni. Fantasi sangat.
Kalau nak baca awal-awal bab
boleh lah tengok kat blog penulis kat blog evelyn rose
Dan kalau nak beli online klik sini.
Itu saja. Assalamualaikum..
p/s: penulis ni sama dengan
TheWeddingBreaker, so watak dalam TWB pun ada jugak dalam 13jam A380 ni.
Aku suka gila part yg hana kena tazkirah tu lepas dia nmpak haydar dgn prempuan lain, berkesan sampai ke aku utk move on...hahaha
ReplyDeleteoh, masa Hana nak berubah mula-mula tu eh? memang la. tulisan si penulis tu sampai kan. best kot cara dia sampaikan tazkirah dia tu.
Deletehaah..yg best gila tu,tazkirah dia ringkas tapi mantap!
ReplyDelete