Tuesday, December 31, 2013

2013

Assalamualaikum.
Sebelum 2013 berakhir aku nak buat throwback sikit. Setakat mana yang ingat. Ada yang memang dah pernah cerita kat sini dan ada jugak yang simpan kat dalam memori je sebab malas nak taip..hehe.

Januari: Explorasi Gunung Tahan
Kali terakhir aku daki gunung i guess. Sebab dah semakin gemuk, semakin tak larat dan geng mendaki gunung dah habis belajar. Nak jumpa geng yang best bukan senang. Jadi aku rasa cukuplah kot hiking dan masuk hutan. Lepasni aku maybe join something yang berkaitan laut pulak. Snorkeling, kayak dan sama waktu dengannya.
 
my worst nightmare T_T
Febuari: Awesome A
Oh, girlfriends datang sini. Sempat lah foya-foya kejap. Macam biasa pegi Gua Kelam yang sebelum ni tak sempat pegi dan juga ke Wang Kelian bawak diorang gi shopping, diorang punya gila takpayah tanya..haha. Dan juga makan laksa dan abc di Kuala Perlis. Best betul petang-petang tengok sunset kan.. :)
 

  
Mei: Rumah Sri Kenangan
Antara program yang aku join sebagai Ajk..tough memang tough tapi ini program under DPP Proton a.k.a kolej kediaman aku..jadi kebanyakan ajk memang kenal lah. Cuma konflik haruslah ada sebab hidup aku time tu chaotic sangat. Dan i cried after the program sebab ada sorang uncle ni nyanyikan lagu' Goodbye My Love' untuk kitaorang. Katanya dia takda apa-apa nak bagi, so dia nyanyi lah. Lagi dramatik, uncle ni takleh jalan so dia duduk atas kerusi roda je. Tapi dia sangat happy go lucky. I'll always remember you uncle.. ;)

Nah, gambar aku kembang semangkuk. Takleh upload gambar dengan diorang..dilarang.

Mei: Mastura's Wedding
Wedding Mastura aku memang dramatik sebab gagah naik bas dari Perlis ke Penang. Siap naik feri kau. Ya, sorang-sorang sebab Efa last minit tak dapat pegi. So, ku gagahkan diri pegi jugak. Thanks a  lot to Dilah sebab ambik aku dan pegi kenduri sesama :)

Ok, gambar dengan pengantin takda sebab pengantin sibuk nak gi tukar dress. Datang lambat.huhu. Rasanya akulah yang takda langsung gambar dengan pengantin sebab aku sakit perut. Sampai rumah kenduri terus pegi kat pengantin dan tanya toilet kat mana. Rare tak rare? Hahaha. Thanks Mas sebab tak lupa jemput :)


Mei: BBQ
Bbq terakhir dengan kawan-kawan hiking. Diorang semua dah habis study, dah habis parktikal tengah tunggu grad tahun depan. So, sebelum habis belajar kitaorang pun ber-bbq lah ramai-ramai. Sangat best..aku makan banyak gila wei. Tengah bbq boleh pulak hujan lebat gila. Dramatik sangat tau.

 

Ogos: Fadira's Wedding
Tak ingat tarikh tapi dalam bulan raya lah. Gambar dengan both pengantin takdak sebab takda orang sharekan dengan aku..haha. Dapat gambar dengan pengantin perempuan je. Ini kawan zaman Pendang jugak. Surprise jugak sebab tahu-tahu je dia jemput kat group Dara Pendang. Kelas kan nama group..haha.
Fadira ni businesswoman, tahu CMC ubat untuk resdung tu? Dialah tokey CMC tu. Sangat sweet..masih ingat kawan lama..terharu kejap. Thanks Fadira sebab jemput :)

Ogos: Meet my Awesome A
Tak cukup geng sebab Tikah balik U awal, dia kena gi Indon rasa waktu tu. So, bertiga sahaja. Pipah happy dapat duit raya kebenaran dari mak aku..haha. Dan sempat pegi melawat Alny kat Uitm. Alny pun dah tengah buat praktikal ni, lepasni payah dah la nak lepak macam sebelum ni.

September: Belajar masak
Nak bangga jap sebab first time buat western food. Sangat best! So, ini lah hasilnya aku bagi roommate aku rasa sekali sebab banyak jugak masaknya. Resepi? Hahaha kelakar pulak bagi resepi bila baru first time buat ni.. Kalau rajin aku upload la untuk membuktikan tahap kesenangan buat chicken chop ni.

November: Terengganu trip
Akhirnya dapat pegi Taman Tamadun Islam. Aku teringin lama dah. Dulu pegi tak sempat ke masjid kristal je sebab dah lewat. So, dah tercapai impian aku. A good place to go..sangat informative tapi perlukan maintaince lah. Banyak lah yang kurang bila tak jaga betul-betul kan.


Itu sahaja yang aku mampu recall. Yang lain biarkan..haha. Semoga 2014 lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Umur makin bertambah harap diri pun makin matang. ^_^

Have a nice day!
Love, Mira.

2 comments:

  1. yapp...taman tamadun islam tuh nma je cekik bayaran masuk mahal,tapi kat dlm tuh bknnya nk jaga betul2...aishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jaga betul would be great tau. sedih gak la tapi boleh tau banyak. so, aku happy..haha

      Delete