Assalamualaikum.
Banyak alasan sebenarnya kenapa orang buat blog ni. Kalau tanya aku, aku memang jenis diary person. Jenis suka menulis. Aku perlukan buku untuk catatkan perjalanan hidup aku. Bercerita apa jadi dengan hidup aku pada diary sedikit sebanyak buat aku lega. Kadangkala sekadar untuk buat motivasi kepada aku sendiri.
Masa aku buat blog, aku memang bertujuan nak share apa yang suka, pengalaman travel, resepi dan juga hidup aku sebagai pelajar. Paling aku suka, blog walaupun takda lah banyak mana details aku tapi bila usha balik catatan lama buat aku mengenang masa lampau aku. Blog ni macam time travel lah. Dari zaman matrik dan sekarang aku sudah di tahun ke-3 di universiti.
Walaupun tak semua aku share di sini..tapi aku tetap rasa seronok bila jenguk blog ni. Paling best zaman matrik. Sikit je post tapi setiap kali baca, buat aku rindu. Ya..dalam draf macam-macam kisah yang belum sempat nak upload. Taktahu la bila yang sesuai nak di upload kisah yang boleh tahan basi tu..haha. Blog ni akan terus jadi jurnal hidup aku. Dari belasan tahun sampai akhir hayat aku mungkin.. ;)
Have a nice day!
Mira.
buat blog sebab nak abdikan kenangan...bila baca balik, teringat semula saat2 dulu :D
ReplyDeleteboleh jadi journal untuk generasi yang akan datang
kan. macam awak ckp la, boleh buat how your mother met your father kan..hehe :D
Delete