Friday, March 1, 2013

365 Hari

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Pejam celik pejam celik rupanya dah 365 hari tokwan meninggal. Rasa macam dia masih ada sebenarnya. Tokwan meninggal 1 Mac 2012 kat rumah sendiri dengan ditemani orang kesayangan dia. at least dia tak rasa kesunyian.

Sebenarnya tokwan sakit. Dah lama since aku kecik lagi tapi lepastu penyakit dia tu sembuh even tak pegi jumpa doktor. Dan penghujung tahun 2011 dia diserang penyakit yang sama..kanser. Aku pun tak sure apa nama kanser tu yang pasti ada ketumbuhan kat belakang telinga tokwan. Ketumbuhan tu membesar dengan cepat dalam masa yang singkat. Tengok pun kita dah rasa sakit apatah lagi dia yang menanggungya kan.

Masa bulan ramadan tahun 2011, dia asyik cakap dia macam tak sempat nak beraya dengan kami. Tapi alhamdulillah tahun tu kami masih sempat beraya bersama..buat kali terakhir. :')



Yang gambar atas ni masa bercuti ke Langkawi beramai-ramai. See the girl yang dress merah bersanggul se'coet' tu..haa, akulah tu. Baju biru tu akak aku and the only man yang duduk tu lah tokwan aku.

2008
Kalau tak keberatan, boleh la sedekahkan Al-Fatihah untuk tokwan. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn. :')
Terima kasih..
                                                                                                                                            Love, Mira






2 comments: