Tadi masa meng-scroll facebook ada lah seorang hamba Allah yang menghina U orang lain dengan membandingkan dengan U dia yang pada pandangan dia lebih hebat berbanding U orang lain.
Aku sebenarnya menyampah dengan orang-orang yang keep on nak tegaskan U dialah yang tersusah di dunia untuk score exam. Konon standard U dia paling tinggi setinggi langit (?) Konon nak kata kalau duduk U lain score tinggi-tinggi pun setara dengan budak yang markah teruk kat U dia.
Oh, please lah..hang sebenarnya nak bagitau hang dapat result teruk kennnnn... Ek eleh, takpayah buat teruk wei. Dah result takleh score ngaku ja lah yang hang berjimba sepanjang sem perabis duit pinjaman/biasiswa tapi buku haroommm nak bukak, jeling pun mungkin sekali ja dan lagi teruk mungkin tak beli buku rujukan langsung.
Assignment? Esok nak hantar malam ni baru kampoi nak buat..tuihh. Lagi haroomm assignment group jadi sleeping partner ja. Eh, bukan buat kawan tidoq malam tu, rakan lelap kot bahasa melayu kita. Lepastu nak claim exam hang tersusah di dunia dan U lain takpa la lecturer baik bagi markah which is standard depa low dari U hang? Ketahian apakah ini?
Tapi aku 'respek' hang sebab berani mengutarakan pendapat sambil menghina U orang lain. Hang hina diri sendiri sebab kemalasan study tak boleh ka? Kenapa nak sabitkan U orang yang takdak kaitan dengan hang?
Aku rasa hang mental breakdown. Orang lain pun stress jugak kalau nak exam. Tapi mengutuk U orang lain takkan buat hang lebih happy. Hang akan lebih stress. Sebab hang akan di-bash oleh persatuan student-student di seluruh negara..hang akan lebih stress percayalah..haha. Dan kemudian tutup akaun twitter, facebook dan segala laman sosial yang hang ada.
Oh, akhir kata aku mengucapkan selamat maju jaya kat hang sebab pasni nak buat akaun twitter/facebook pun kena guna nama lain dah. Lepastu mungkin akan ada page benci hang.. Elok la tu bukan senang orang nak buat page atas nama kita ye dak? Haha..
Have fun ya dik! Selamat meniti populariti membunuh ini.
p/s: bukan U aku pun yang dikutuk tapi aku anti budak mulut capoi yang rasa dia ja yang bagus. poyo! pada budak U yang sama dengan adik tu diharap bersabar, memang payah kita nak menjawab dan defend bila ada orang busukkan nama U kita kan. Don't worry, aku rasa semua orang faham dan marah pada budak tersebut sahaja. student lain tak termasuk dalam senarai.
*kampoi: usaha sungguh-sungguh bagai tiada hari esok. bila dah desperate sangat kan.
*capoi: mulut murai tiada batasan. juga tiada insurans.
Love sangat, Mira.
No comments:
Post a Comment