Tuesday, November 6, 2012

Of Penang And KL Story.

Assalamualaikum.

Rasa lama benar tinggal belog. Kesian Dayah..mesti dia ternanti-nanti cerita aku. Kan Dayah kan? Hehehe. Malam ni midterm paper HR.. And yes! Aku memang banyak masa..sebab tu update belog time ni. *tangandibahumatakeatas*

Ni kisah errr..sebulan yang lalu. Aku janji nak update kisah aku ke Penang+KL haritu..lambat nau update kan. Mohon Wawa tak marah..even hang marah pun please pura-pura tak marah.. :)

Mari mulakan kisah pada hari itu. Pada pagi jumaat tu, aku bangun pagi-pagi dengan excitednya tapi bus menyakitkan hatiku. Bas Mara selalu lambat bila hari aku plan nak keluar, hari lain tengok banyak pulak bas. So, aku pun tunggu bas sampai lah rasa menyampah. Bila bas sampai adoii..penuh gila! Tapi sebab desperate aku boloskan diri jugak. Aku diri betul-betul tangga yg terakhir. Bila pintu bas nak tutup atau bukak, aku kena kempiskan perut (konon berkesan la). Imagine betapa tin sardinnya keadaan dalam bas tu. Tolong lah nampak determination aku demi menaiki sebuah bas.

Aku berdiri sejam kot lepas sampai Jitra, ramai lah yang turun dari bas, maka boleh la duduk..yeay! Dah penat, of course aku tertido..sejam pulak baru sampai Alor Setar. Sampai shahab tu berlari ke kaunter tanya bas pegi penang. Dan..aku dikecewakan lagi..bas petang woi. Memang lembik nak tunggu pukul 3 sebab masa tu baru pukul 12. So, aku decide on the spot untuk ambik tiket ke Butterworth. Kang pandai-pandai la fikir macam mana nak gi Penang. Text dengan Faiqah, then dia cakap kena naik feri sebab takda bas ke pulau. Okay...


Sampai terminal Butterworth terus tanya kat kaunter pertanyaan cemana nak gi pulau. Rasa skema gila pegi kaunter tanya..tapi sebab desperate terpaksa tanya jugak. Then, auntie tu tunjuk jalan ke feri. Disebabkan orang tak ramai, aku macam bingung sorang-sorang..kat mana beli tiket? ikut lane mana?
Memang blurr tapi ada akak baik ni tunjukkan kat aku. Terima kasih :)
     
Naik feri pulak. Best woo! Last time naik masa aku kanak-kanak, antara umur 4-6 tahun camtu. Bayangkan betapa lama taknak feri. Pemandangan memang tak payah cakap banyak, memang cantik sangat dengan angin yang best. Walaupun feri bergerak slow tapi baguslah boleh relax time tu. Sampai bila sampai ke pulau pun macam rasa sekejap je. Berbaloi sangat sebab bayar RM1.20 sahaja. Kalau nak naik feri mohon bawak duit syiling, kalau tak gelabah puyuh lah kau. Aku pun nasib baik cukup syiling, nasib baik naluri aku cakap kena bawak duit syiling bila travel..hehe.

Sampai pulau, tunggu Faiqah dengan Seha. Diorang ada kelas sampai tengah hari tu. Then, terus pegi Fort Cornwallis yang ada tugu Francis Light tu. Aku ingat aku sorang je tak pernah sampai situ rupanya Seha pun tak pernah. Please lah Seha, dah final year baru sekarang sampai. Faiqah geleng-geleng kepala.. So, terima lah Seha yang paling banyak ambik gambar. Macam dia yang tourist..kalah aku. -..-


Itu lah Seha yang digembar-gemburkan tadi. Aku cari gambar bertiga tapi takda. Kitaorang ada ambik gambar bertiga, mintak tolong tourist dari China ambikkan gambar. Tourist tu takda pulak mintak kitaorang ambikkan gambar diorang. Macam terbalik pulak.


 

Dah nama pun Fort haruslah berbentuk seperti kubu. Dan catatan sejarah hidup Francis Light ni.

Lepastu, terus ke Penang Hill=Bukit Bendera. Oi, first time naik kabel car. Selama ni pegi tak pernah berjaya naik.. Pemandangan toksah cakap lah, memang sangat cantik. Oh, yang penting kalau anda student bawak lah kad matrik atau kad siswa dan i/c..dapat murah sikit. Saving itu penting ok.


Bukit Bendera 2012


Tudung coklat adalah Faiqah.



kompilasi wajah-wajah Seha. kadang-kadang aksi dia menjadi tanda tanya.




Malam tu, lepas maghrib bertolak ke KL dengan kakak Faiqah, kak Farina. Sebenarnya tak plan nak pegi KL pun tapi dah Faiqah tanya, gua on je. No problemo.. :D

Stay sana 3hari 2malam kat rumah faiqah. Mak dia masak sedap. Ah, teringat kat cucur goreng pagi tu+sos pencicah yang mak dia buat! Simple tapi sangat sedap. Tahan air liur je masa tulis ni. Aku memang suka makan benda yang simple. Macam boleh jadi igauan kot..hehe. Second day, kami pegi birthday anak sedara kakak ipar faiqah..haa, penat nak mengeja. Potato salad tu memang sedap! Aku dengan mak faiqah yang mengulang makan benda tu. Faiqah tak habis-habis dengan gula-gula..lepastu main dengan kanak-kanak ribena sekalian.


 

Oh, sempat teman faiqah shopping jeans. Dan of course jumpa Lisa. Dua tahun tak jumpa..err..mungkin dah nak masuk 3 tahun dah. Mostly orang cakap kitaorang seiras. Celah mana seiras? Aku curios.. Ada jugak cakap seiras dengan Wawa. Tapi sayang Wawa takda masa ni. So, dia bersedih tak dapat join. Kalau tak dah boleh buat trio muka seiras..haha.

Well, itu je lah kot yang nak cerita. Rasa panjang benar aku tulis dah ni. Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam kisah ini. Seha, Lisa, Faiqah sekeluarga dan tukang ambik gambar. Dah tentu aku sangat happy. Super happy! Cuma kalau ada Wawa baru la complete and it will be more crazier..haha. And i did cry lepas jejak kaki kat uum balik. Sebab aku tau bukan senang kita semua nak kumpul macam ni lagi. Tapi insyaallah ada rezeki lebih, aku datang lagi.




p/s: kitaorang jadi gila kat jelly bunny shoes tu. tapi seriously cute lah kasut-kasut tu. Dan yang penting sekali, affordable. Hari tu aku pakai gi kelas, ramai tanya sebab kaler menarik dan of course tak pernah tengok orang lain pakai lagi. yeay! (^_^)v


Love, Mira.

6 comments:

  1. wahh... p jalan2 kat penang.. bestnya..

    rindu kat Bukit Bendera tu. huhu

    --> I f I had a flower for every time I thought of you, I could walk through my garden forever..

    hihihi... :) keeps on blogging.. :)

    ReplyDelete
  2. wa...sedih..nak lepak dgn kau ag..gosip smpai kul 3,4 pagi kot jumaat tu.hehehe

    ReplyDelete
  3. hafizah: bukit bendera will always wait for u. pergilah melancong..hehe.

    ReplyDelete
  4. faiqah: rindu hang. serius tak rasa mengantuk even sembang sampai 3, 4 pagi. miss you. :'(

    ReplyDelete
  5. dayah: oh, yeah! memang nak bagi dengki pun..hehee

    ReplyDelete