Monday, November 19, 2012

Aina's Result..Hehe :)

Assalamualaikum.


Yeay, hari ni result UPSR keluar. Haruslah aku joget-joget sebab lepas ni ada benda nak bahan Aina..heheh. Aina satu-satunya adik perempuan aku. The one and only. Walaupun dia super malas. potong bawang pun baru reti, sarsi baru pandai buat sendiri dan banyak benda dia tak reti buat. Tapi still aku selalu rasa dia special. Mungkin sebab tahap hati kering dan kekebalan telinga mendengar bebelan semua orang. Mungkin jugak kerana dia tinggi. Lebih tinggi dari aku..cess! Baru 12 tahun dah lawan akak kau ni. Rasa terhina diriku..sobs..
 

 Eh, aku nak cerita pasal Aina punya result kan sebenarnya. Yang melalut sampai ketinggian dia pahal..adoi. Haa, so dengan gembiranya dia mesej aku dan berkata,
'kak, teka aina dapat berapa'
ceh, begitu yakin beliau. aku janji nak call 10.30am tapi tadi kelas takda gap seperti selalu. So, terlupa. Sebabkan beliau mesej aku dulu, haruslah result dia best kalau tak, harapan la dia nak mesej..tahu dah.

Aina ni kalau mesej dengan dia sakit hati ooi. Lambat benar nak reply. Sempat pegi basuh baju lepastu jemur tau. Sakit hati. Maka, langkah drastik harus diambil. Call dia 30saat lepastu suruh dia call balik. Haha..keji mira keji. Oh, by the way, Aina punya kredit phone almost RM100 tahu. So, biar lah dia yang call aku. Sambil save duit aku boleh la tolong kurangkan kredit dia..hehe. 

Dan keputusannya, 1B 4C.. Itu dia. Bagi orang yang tak kenal Aina itu bagaimana orangnya mesti cakap, 'teruknya budak tu. Satu A pun takda.' Well, Aina bukan macam budak lain yang rajin dan pay attention dalam kelas. Homework pun buat ikut mood..kalau dia buat keja memang kami rasa amazed. Boleh tak gitu? ahaha. Dia lebih kepada i-don't-care punya type. Dia normal macam orang lain cuma she's too lazy to care about everything. Itulah Aina.

Maka, ayah dengan mak redha je lah. Bukan redha bermaksud buat tak tahu. Cuma ada sesetengah orang dalam dunia ni belajar melalui pengalaman. Kena tahu rasa gagal tu dulu baru tahu mencari kejayaan. Mak dgn ayah tak strict sangat dgn budak berdua tu iaitu Aina dengan Dondi. Tak macam masa aku dengan Am sekolah dulu. Untunglah budak sekarang..

Pointnya adalah, kita tak boleh expect semua orang sama. Ada orang yang mula-mula loser lepastu berjaya step by step. Ada yang berjaya dulu lepastu makin jatuh. Ada yang dari kecik asyik berjaya je. Sampai boleh boring sebab selalu sangat dah berjaya. So, kita sebagai family, kawan, mak, ayah atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan candidate exam ni, kena lah support diorang. Jangan pressure diaorang secara overrated sangat. Gila budak tu kang sapa nak tanggung?


Ingat tak masa sekolah dulu quotes ni glamer sangat, "Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya." Memang pun. So, apa kita boleh buat, bagi dorongan untuk diaorang move on dan push them to their limit. Ya, untuk adik-adik..kot lah ada yang baca kan. Jangan putus asa, SPM ada lagi. Ah, tak payah tunggu SPM, exam bulanan, tengah tahun, hujung tahun semua ada. Score itu pun dah cukup buat mak ayah happy sementara nak tunggu SPM lagi 5 tahun kan.

aina. less worries. cheer up.





'Itu sahaja untuk laporan hari ini. Sesungguhnya saya berbangga dengan adik saya walaupun takda A tapi takda D jugak. Yeay! Teruskan berusaha', ujar mira sambil suap muffin dalam mulut.




p/s: Congratulations Diana Danielle sebab dah pregnant!! Oh well, Alny..seronok pulak cakap banyak-banyak kali..hehehe. (^__^)v

 Love, Mira

No comments:

Post a Comment