Thursday, October 11, 2012

Bye Bye Cinta ;)

Assalamualaikum. 


It hurts the most when the person that made you feel special yesterday makes you feel so unwanted today.
 

Sejak kebelakangan ni aku dihujani dengan pelbagai luahan hati dan perasaan. Atau lagi mudah kita panggil ia cinta! Cinta ni bukan lah perasaan yang kita mintak hadir kan. Tapi taktau lah kot ada orang mintak cinta dalam doa dia. Kalau cinta dari sang Pencipta lain lah..itu cinta yang paling agung, memang setiap hari doa. cinta ni bukan benda yang kita boleh nampak dengan mata kasar, ianya abstrak dan hanya mampu dirasa. Tapi cukup hebat sebab mampu membuatkan jiwa-jiwa kita ni menangis dan bersedih.

Oh, gila aku bersastera hari ni..haha. Sebenarnya banyak sahabat-sahabatku yang bertanya ‘bagaimana mahu membawa diri?’Atau lebih glamour kita cakap, ‘cemana nak move on woi?’ Haa, perlu ditegaskan kat sini aku bukanlah terlalu hebat dalam soal cinta, dahlah tak bertauliah..hehe. Cuma sekadar memberikan idea yang mungkin membantu lah. Diulang MUNGKIN. Sebab semua berbalik kepada diri kita sendiri. Kalau kita sendiri taknak let go benda ni, susah. Jadi result akan bergantung kepada tahap kemahuan kita sendiri. Believe me it’s gonna be hard.

 

Yang pertama, aku rasa kita kena membawa diri. Delete number phone, block facebook, twitter dan segala social network yang memungkinkan korang berhubung. Bukan apa bila ada number phone ni tendency untuk meng-text atau call adalah amat tingi. Tapi kalau delete number phone dalam phone tapi dalam otak takleh delete payah jugak kan? Oh, aku bersyukur sebab aku payah nak ingat number..hehe. 

Block ex anda di facebook dan twitter adalah perlu. Mungkin WAJIB! Sebab apa? Ya, sebab kita taknak dibayangi kisah silam bila Nampak si dia punya status bunga-bunga dgn awek lain muncul kat newsfeed kita lalu membuatkan airmata kita mengalir tetiba. Juga tak digalakkan untuk meng-stalk ex kalau kita rasa tak cukup bersedia. Silalah, jangan lukakan hati sendiri. 

 


Kedua, dekatkan diri kita dengan sang Pencipta kita. Kenapa? Sebab dia je yang faham sebenar-benar perasaan kita. Takda makhluk kat dunia ni yang faham seratus peratus apa yang kita rasa seperti Dia. Aku sendiri boleh faham perasaan sedih sahabat-sahabat aku tapi aku tak pernah rasa exactly apa yang diorang rasa. Jadi pemahaman aku tentang erti  kepedihan dan kesengsaraan yang diorang ceritakan tu berbeza. Sebab aku belum pernah ada pengalaman begitu. Kalau aku pernah rasa mungkin aku juga susah nak let go..sapa tahu kan. Sebab bila diorang tanya aku hanya mampu memberi pandangan aku dan terus menyokong usaha diorang untuk move on. 

 Rasanya kita semua patut berbalik kepada al-Quran. Dari sana banyak kita boleh belajar tentang kehidupan. Aku bukan lah baik sangat jauh sekali alim. Tapi bila aku kembali baca alQuran beserta terjemahan beberapa minggu kebelakangan ni, hati aku rasa terisi. Mungkin ada yang kata, ‘yang kau over pahal? Kau tak breakup pun kan?bajet baik pulak.’ Ehem..ya, belum lagi. Walaupun orang rasa aku bahagia dan aku boleh dikategorikan sebagai bahagia tapi certain part di hati aku kadangkala rasa kosong dan selalu negative. Maka, aku pun kena cari jalan untuk bahagiakan part dalam hati aku yang kosong. So, moh le kita beramal bersama-sama. Tak perlu tunggu sedih baru cari jalan pulang. Ketika gembira pun perlu ingat jugak (-.-)

Mungkin ada yang kata, 
‘untunglah kau tak pernah terluka, kau tak rasa..boleh lah cakap’
‘kau tak kena tinggal lagi boleh lah cakap gitu. Try kena batang hidung sendiri..mau melalak kau’
‘bagi lah nasihat. Esok-esok bila jadi kat kau padan muka. Waktu tu baru kau tau langit tu tinggi ke rendah’

Okay.. Hmm..macam mana nak cakap eh. Aku nak cakap bersedia tu taklah. Tapi selalu ingatkan diri aku untuk tinggalkan sedikit ruang untuk diri sendiri.. supaya in case jadi apa-apa takda lah aku melalak. Nangis mungkin. Tipu benar kalau tak nangis. Paling kurang pun nangis masa mandi so takdak sapa nampak. Eh, terbagitau rahsia pulak..haha. Kan orang pernah cakap, never let somebody to be your everything because when they’re gone you have nothing.










Jadi, rasanya dua point je yang dapat aku share kat sini sebab ketiadaan idea lagi. Okay, sekian.
*sumber gambar: google*
Love, Mira.



2 comments: