Sunday, March 31, 2013

Breathless..

Assalamualaikum.

Aku rasa sangat lifeless...tak! Bukan lifeless rasa hidup tak berguna tu emm..mungkin patut kata breathless kot. Rasa macam every phase yang aku lalui sem ni sangat pantas, tuntas dan memenatkan. Tapi yalah tak student ah kalau tak busy ye dak? Hehe..maka kita redha je lah.

Aku sebenarnya selalu bukak blog tapi idea berterbangan sebab rasa dialog seperti 'apa aku buat depan belog ni padahal esok ada presentation? kuiz? midterm exam? grrrr...' Ya, dialog ni lah yang buat aku tarik muka kat diri sendiri, logout..konon konon tengok buku sat pastu tertido..ya, tertido bukan sengaja nak tido.

Bangun pagi menyesal sebab tak baca buku/prepare presentation semua tu. Dan cycle tu berterusan setiap hari. Cuma lately ada kesedaran untuk lebih fokus.. Ya, sekurang-kurang taklah aku menggagau bila pegi kelas.. Dah la aku ni most kelas memang berseorangan je. Loner nak mampus.

Sebenarnya ada bagusnya aku loner ni. Bila masuk kelas aku kenal orang baru yang macam-macam perangai. Boleh jadi lebih berdikari dan tak bergantung pada orang. Juga ambik part jadi decision maker. Belajar arrange masa untuk discussion dengan groupmates yang totally stranger, belajar jadi penyabar dengan sikap orang dan belajar meng-explore kelebihan diri. Banyak lagi sebenarnya.

Wednesday, March 20, 2013

U Akulah Yang Paling Payah Nak Score..Tuihhh.

Tadi masa meng-scroll facebook ada lah seorang hamba Allah yang menghina U orang lain dengan membandingkan dengan U dia yang pada pandangan dia lebih hebat berbanding U orang lain.

Aku sebenarnya menyampah dengan orang-orang yang keep on nak tegaskan U dialah yang tersusah di dunia untuk score exam. Konon standard U dia paling tinggi setinggi langit (?) Konon nak kata kalau duduk U lain score tinggi-tinggi pun setara dengan budak yang markah teruk kat U dia.

Oh, please lah..hang sebenarnya nak bagitau hang dapat result teruk kennnnn... Ek eleh, takpayah buat teruk wei. Dah result takleh score ngaku ja lah yang hang berjimba sepanjang sem perabis duit pinjaman/biasiswa tapi buku haroommm nak bukak, jeling pun mungkin sekali ja dan lagi teruk mungkin tak beli buku rujukan langsung. 

Assignment? Esok nak hantar malam ni baru kampoi nak buat..tuihh. Lagi haroomm assignment group jadi sleeping partner ja. Eh, bukan buat kawan tidoq malam tu, rakan lelap kot bahasa melayu kita. Lepastu nak claim exam hang tersusah di dunia dan U lain takpa la lecturer baik bagi markah which is standard depa low dari U hang? Ketahian apakah ini?

Tapi aku 'respek' hang sebab berani mengutarakan pendapat sambil menghina U orang lain. Hang hina diri sendiri sebab kemalasan study tak boleh ka? Kenapa nak sabitkan U orang yang takdak kaitan dengan hang? 

Tuesday, March 19, 2013

Tiada Tajuk

Assalamualaikum..

Rindunya nak merepek tapi sangat sibuk menghadapi ujian di dunia yang fana ini. Most of the time aku takda idea nak share apa..dan takda gambar menarik nak share. Dan ironinya bila dah ada idea, takleh connect internet la, gmail unreachable lah...benci betul.

Banyak benda nak dibebel sebab banyak perasaan yang tak terluahkan *sigh*. Sem ni aku rasa paling mencabar setakat ni..setakat ni lah, lepas ni taktau nak jadi apa ntah. Rasa restless ja. Paling sedih baru sekali balik rumah..hehe. Sahabat-sahabatku yang duk jauh mesti bengang dengan kenyataan ni. Tapi ya, selalunya kalau nak masuk week 5 at least dah dua kali aku balik tapi..sobss.

Friday, March 1, 2013

365 Hari

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Pejam celik pejam celik rupanya dah 365 hari tokwan meninggal. Rasa macam dia masih ada sebenarnya. Tokwan meninggal 1 Mac 2012 kat rumah sendiri dengan ditemani orang kesayangan dia. at least dia tak rasa kesunyian.

Sebenarnya tokwan sakit. Dah lama since aku kecik lagi tapi lepastu penyakit dia tu sembuh even tak pegi jumpa doktor. Dan penghujung tahun 2011 dia diserang penyakit yang sama..kanser. Aku pun tak sure apa nama kanser tu yang pasti ada ketumbuhan kat belakang telinga tokwan. Ketumbuhan tu membesar dengan cepat dalam masa yang singkat. Tengok pun kita dah rasa sakit apatah lagi dia yang menanggungya kan.

Masa bulan ramadan tahun 2011, dia asyik cakap dia macam tak sempat nak beraya dengan kami. Tapi alhamdulillah tahun tu kami masih sempat beraya bersama..buat kali terakhir. :')



Yang gambar atas ni masa bercuti ke Langkawi beramai-ramai. See the girl yang dress merah bersanggul se'coet' tu..haa, akulah tu. Baju biru tu akak aku and the only man yang duduk tu lah tokwan aku.

2008
Kalau tak keberatan, boleh la sedekahkan Al-Fatihah untuk tokwan. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn. :')
Terima kasih..
                                                                                                                                            Love, Mira






Thursday, February 28, 2013

Aku Rindu Parit ;)

Assalamualaikum.

*parit bukanlah nama manja sesiapa*

Oh, hari ni hati rasa rindu zaman kanak-kanak sebab time tu keja nak menjantan ja dengan kakak dan sepupu-sepupuku..hehe. Menjantan dari kamus bahasa saya bermaksud, melakukan aktiviti lasak seperti panjat pokok asam, mengai (baca: mengail) ikan, mandi parit, main hide and seek dalam ladang getah dan terjun ke sawah entah sesiapa tanpa dimarahi sebab pandai buat muka kesian macam puss in boot tu..kehkehkeh.

Sapa mau marah kalau begini rupanya. Segala tok, tokwan, makcik dan pakcik tengok pun macam..alololo...XD

Jadi dulu kami selalu ke parit mencari siput, mengai ikan puyu dan sepat. Ikan dua tu ja yang aku ingat yang lain tak ingat apa ke nama ntah. Dari umur aku seawal empat ke lima tahun aku dah start ikut akak aku and the sepupu pegi ke parit mencari rezeki. Drama much! Haha. Parit kecik je woi..tapi takda gambar. Tapi kalau korang tengok mesti rasa aku memperbesarkan kisah aku pi mengai. Well, masa kecik aku rasa parit tu besar la, sekarang kalau tengok pun rasa ek eleh..hehe.

So, memandangkan masa kecik kami selalu mencari rezeki sampingan ni, aku terjatuh cinta dengan sejenis siput. Siput ni rare payah nak jumpa dan ada musim dia jugak. Haa, sebab tu aku jatuh cinta dengan dia kalau common tak nak ah..hehe. Walaupun dah jatuh cinta dengan siput ni tapi still taktau nama..boleh tak. Yang sure konfem konfiden bukan siput babi lah nama dia..hee.

Saturday, February 23, 2013

Kekok Kok Kokk Kim Jong Kook.

Assalamualaikum..

 Entry tiada kaitan dengan Kim Jong Kook. Harap maklum.

Aku sebenarnya ada banyakkkkkkkk sangat benda nak cerita tapi macam otak aku tak boleh generate idea bila diperlukan. Aku jadi tak reti nak terjemah apa yang ada dalam kepala otak ni. Dalam minda aku dah create ayat aku nak guna untuk bercerita kat sini tapi bila bukak belog terus off. Apakah ini sindrom nyanyuk? Ke aku sebenarnya ada short term memory loss? arghhh.....

Tapi aku rasa ni sebab aku bercuti lama sangat lepastu lupa cemana nak karang ayat. Otak tak panas lagi kot. Nak kena beli microwave untuk panaskan agaknya.. Microwave terlalu mahal, pt tak masuk lagi. Tak boleh jadi ni..ambik buku mikro hentak ke kepala.. *danggggg* Woahh..better. Hahaha.

Aku rasa aku akan ting tong untuk jangka masa yang lama...... mungkin untuk satu semester. -..-



p/s: perasaan lupa ni sama macam bila dah lama tak mengaji pastu bila nak start balik rasa teragak-agak sebab tak ingat tajwid dan of course gagap kan. pernah rasa tak? 

Love, Mira