Thursday, May 31, 2012

Bye Bye May And Hi June ;)

Assalamualaikum.


Hari ni hari last bulan Mei. Maknanya esok 1 June bersamaan hari jumaat dan bermula lah paper final aku. Esok paper marketing yang nampak macam senang tapi soalan berbelit..ceit. Esok pagi-pagi pulak tu, harap pakcik bas efisyen esok. Tolong jangan menguji kesabaranku..please. Doakan aku baik-baik saja esok. Kepada kawan-kawan yang tengah exam dan akan ambik exam, semoga berjaya. Usaha tangga kejayaan kan. Jadi, marilah berusaha bersama-sama. Bila dah usaha takkan rasa bersalah dengan diri sendiri lagi.  Ok, sekian.  (^_^)v



“You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result.” ~ Mahatma Gandhi


Love, Mira.

Thursday, May 24, 2012

Persepsi Yang Menyampah.

Boleh tak berhenti melihat aku sebagai seorang yang tak berguna? Aku tau la aku selalu lampi, slow je dan of course lambat pick up, tak macam kau kan. Tapi at least boleh tak jangan anggap aku macam insan yang takda perasaan walaupun muka aku selalu heartless?

Aku sebenarnya sangat letih dengan persepsi orang pada aku. Aku tak ingat sejak bila tapi yang aku tahu sejak kecik lagi orang selalu anggap aku takkan berjaya, takkan sehebat orang lain even dapat flying colours tahap flying gila pun persepsi diorang pada aku tak pernah berubah. The only thing they always think about me....mira tu tak payah belajar tinggi sangat, tunggu orang masuk meminang je. Ayat ni dah bertahun aku dengar sampai aku rasa meluat dan rasa taknak kawin. Saya nampak macam takda impian ke pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian?

Monday, May 21, 2012

Baksis:Taman Negara Kuala Koh. Day 1.

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal Bakti Siswa a.k.a Baksis yang dah cakap nak cerita hari tu tapi tak cerita-cerita kan. Dah sebulan berlalu baru nak update. Ya, saya pemalas..hee. Hari ni baru rajin sikit plus line wifi agak boleh tahan laju. Baksis ni dari 6-9 April hari tu dan dibuat di Taman Negara Kuala Koh iaitu kat area Gua Musang, Kelantan. Entri ni memang banyak gambar. Layan je lah ya.

Mula-mula meh tengok gambar lepas perasmian. Semua orang ada kecuali Mina sebab dia tukang ambik gambar.


Tuesday, May 15, 2012

Ini Rezeki. Janganlah Iri Hati.

Assalamualaikum.

Ini rezeki, janganlah iri hati hati, tak baik tau dengki!
Hah, sekali hari ni aku bagi pantun-suka-hati-berapa-kerat-pun kat korang yang membaca..haha.
Motif hari ni sebenarnya nak luahkan perasaan yang terbuku kat hati ni. Nak cakap kat girlfriends aku yang selalu menjelesi diri ini, janganlah jeles dengan diriku yang dekat dengan rumah ni. Terutamanya Pipah. Eh, pipah lagi? Haha...sebab aku selalu text Pipah, paling murah nak text (aku kedekut sekarang sebab kekangan kewangan..haha) dan of course dia selalu reply. Maka, dia selalu jadi mangsa..kehkehkeh.

Ramai cakap, untung lah duk dekat dengan rumah. Untunglah tiap-tiap minggu boleh balik. Tapi tapi tapi MEMANG UNTUNG pun! Hehe. Takda lah aku nak cakap memang untung duduk dekat dengan rumah tapi yang tak untungnya jauh dari kalian.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga kawan kat sini boleh ku cari,
Mana nak sama dengan korang.

Eh, pantun lagi?! Haha. Aku memang rasa untung sangat dekat dengan family. Tapi susah nak jumpa korang terutamanya yang duduk belah selatan; Wa, Lisa, Faiqah, Amee dan of course Dayah. Setakat ni rekod Lisa pegang, dua tahun tak jumpa kau! Wuwuu.. T_T

Sunday, May 13, 2012

myLine.


Assalamualaikum.
Aku bengang dengan myLine sampai rasa nak gigit-gigit je. Nasib baik myLine tu virtual. Pagi-pagi dah buat aku bengang. Apahal nak login pun susah?! Ni lah alasan kenapa aku lagi suka pegi login twitter atau facebook. Takda la remeh sangat. Even learningzone uum pun lagi pantas dari kau. Ah, merajuk dengan kau. Bye. :'(
  

Saturday, May 12, 2012

Aku Yang Hambar.

Assalamualaikum.

Aku mengaku akulah girlfriend paling hambar dalam dunia.
Aku tak pernah cakap i love you, i miss you bila dengan kau.
Aku tak pernah letak status relationship dengan kau
Aku tak pernah teman kau shopping
Aku tak pernah nyanyi depan kau
Aku tak pernah masak untuk kau
Aku tak pernah suap kau makan 
Aku tak pernah cubit pipi kau
Aku tak pernah bagi flying kiss dekat kau
Aku tak pernah jalan dekat-dekat dengan kau
Aku tak pernah pegang tangan kau sambil jalan-jalan bila date dengan kau
Aku tak pernah hiking dengan kau
Aku tak pernah trekking dengan kau
Aku tak pernah camping dengan kau
Aku tak pernah tengok cerita kartun favourite aku dengan kau
Aku tak pernah ingat warna kegemaran kau
Aku tak pernah ingat makanan kegemaran kau
Aku tak pernah ajak kau ambik gambar
Aku tak pernah ajak kau datang rumah
Aku tak pernah kenalkan kau dengan dengan family aku
Aku tak pernah cerita pasal kau pada family aku