Thursday, May 24, 2012

Persepsi Yang Menyampah.

Boleh tak berhenti melihat aku sebagai seorang yang tak berguna? Aku tau la aku selalu lampi, slow je dan of course lambat pick up, tak macam kau kan. Tapi at least boleh tak jangan anggap aku macam insan yang takda perasaan walaupun muka aku selalu heartless?

Aku sebenarnya sangat letih dengan persepsi orang pada aku. Aku tak ingat sejak bila tapi yang aku tahu sejak kecik lagi orang selalu anggap aku takkan berjaya, takkan sehebat orang lain even dapat flying colours tahap flying gila pun persepsi diorang pada aku tak pernah berubah. The only thing they always think about me....mira tu tak payah belajar tinggi sangat, tunggu orang masuk meminang je. Ayat ni dah bertahun aku dengar sampai aku rasa meluat dan rasa taknak kawin. Saya nampak macam takda impian ke pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian?



Bukan setakat jiran je, kawan pun ada jugak fikir aku ni sangat tak berguna. Ada sekali tu, sorang budak lelaki ni siap cakap straight kat aku camni, 'kau mesti tak reti buat keja-keja rumah ni kan. masak, mengemas, basuh baju semua tu. untung lah jadi kau.semua benda orang buatkan'. Aku dengar je dia cakap macam tu terus down. Rasa macam, 'oh, orang pandang aku macam ni rupanya.'

Eh, tapi bukan salah aku bila muka aku nampak useless pada mata orang. Ke aku patut garang selalu, jadi orang akan ingat aku tough dan independent? Tapi fikir-fikir balik buat apa aku sibuk nak kesah apa pandangan orang pada aku sedangkan orang tak ambik kesah pun pandangan aku. Ah, persetankan je lah apa orang cakap mira. Dah, pegi sambung study. Diorang sibuk kata kau macam-macam bukan dapat tolong kau apa pun. Kalau sambil mengata sambil bayarkan hutang ptptn kau takpa jugak.. :/


Assalamualaikum.
p/s:tak payah nak judge org sangat lah. kau bukan kenal aku pun. tapi terima kasih sebab sudi bagi pendapat tanpa diminta. *tangandibahumatakeatas*


Mira yang emo hari ni.

2 comments:

  1. makcik tu ckp cmtu kenapa?kurang ajar giler

    ReplyDelete
  2. ntah. tak puas hati apa ntah. malas betul aku nak dengar..heh. -..-

    ReplyDelete