Assalamualaikum.
Ini rezeki, janganlah iri hati hati, tak baik tau dengki!
Hah, sekali hari ni aku bagi pantun-suka-hati-berapa-kerat-pun kat korang yang membaca..haha.
Motif hari ni sebenarnya nak luahkan perasaan yang terbuku kat hati ni. Nak cakap kat girlfriends aku yang selalu menjelesi diri ini, janganlah jeles dengan diriku yang dekat dengan rumah ni. Terutamanya Pipah. Eh, pipah lagi? Haha...sebab aku selalu text Pipah, paling murah nak text (aku kedekut sekarang sebab kekangan kewangan..haha) dan of course dia selalu reply. Maka, dia selalu jadi mangsa..kehkehkeh.
Ramai cakap, untung lah duk dekat dengan rumah. Untunglah tiap-tiap minggu boleh balik. Tapi tapi tapi MEMANG UNTUNG pun! Hehe. Takda lah aku nak cakap memang untung duduk dekat dengan rumah tapi yang tak untungnya jauh dari kalian.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga kawan kat sini boleh ku cari,
Mana nak sama dengan korang.
Eh, pantun lagi?! Haha. Aku memang rasa untung sangat dekat dengan family. Tapi susah nak jumpa korang terutamanya yang duduk belah selatan; Wa, Lisa, Faiqah, Amee dan of course Dayah. Setakat ni rekod Lisa pegang, dua tahun tak jumpa kau! Wuwuu.. T_T
Pada mulanya, aku tak happy dan aku tertanya-tanya jugak kenapa aku ditempatkan di sini? Perasaan aku macam..apakah? Tak sempat nak tido dah sampai uum ni. Kira tak challenge ah kan. Aku kan sukakan cabaran..hehe. Sedih mulanya sebab takdak kawan rapat yang sama-sama dapat dekat sini. Tapi bila fikirkan balik, Allah kan Maha Mengetahui. Kalau dia campak aku kat U yang jauh-jauh lepastu takda kawan yang boleh harap dan penyayang macam kalian macam mana? Sapa nak tengok-tengokkan aku kalau aku sakit? Sapa nak tolong belikan makanan bila aku tak sihat? Sapa nak bebel kat aku bila aku malas belajar? Korang tau bila aku sakit teruk macam mana kan. Korang tau bila aku malas teruk macam mana kan. At least bila dekat rumah, aku ada orang yang jagakan bila aku tak sihat, masakkan bila aku sakit, bebelkan bila aku malas. :')
Seriously, kat sini aku memang selalu sendiri. Senang kata, forever alone lah. Nak pegi mana-mana pun aku decide sendiri dan terus pegi je mana-mana, tak peduli apa dah. Dah tak macam dulu, lepak dengan korang sambil plan nak pegi outing sesama. Meriah je bila kita spend masa sesama. Semua tu dah jadi kenangan sekarang. Hidup aku dah berubah 360 darjah sejak masuk U. Sebab tu aku selalu balik rumah. It's really help me to go through these days without you guys. Perasaan jauh dengan korang sama dengan jauh dengan boyfriend tau. Sedihnya, rindunya, sayangnya..sama. Ok tak, ada la beza sikit. Tapi boleh kata sama lah kan.
Dah, jangan nangis pulak baca entri nih. Aku nak mintak maaf kalau korang sedih bila aku gedik-gedik text, tweet atau post kat facebook pasal balik rumah. Aku bukan nak mention aku balik tu. Maksud sebenarnya, aku rindu korang sebab tu balik rumah. Selain family, rumah, dia, korang pun penting. Sama penting. Takda korang sapalah aku. Bye, nak pegi nangis sorok-sorok. Kang roommate nampak malu satu sem..haha.
I will always you girls no matter how far we have been apart, how time flies and how we have changed. No matter what, i'll always remember you in my doa. and i'll always love you. Hope our friendship will continues until Jannah. :')
Lots of Love, Mira.
bestnye dapat balik umah =)
ReplyDeletekita rindu awak jugak ;(
ReplyDeletealhamdulillah...dapat masuk U :) nanti belajar baik2 ok? jgn sia2kan peluang yg cerah depan mata :)
ReplyDeletemai: hehe. haah, best! bila stress ja balik rumah :))
ReplyDeletefqh: sobs sobs..ada rezeki kita jmpa eh. :)
ReplyDeletekak ezma: thanks kak. insyaallah sy belajar rajin2. :)
ReplyDeletesuka buat orang terharu kan! and saya tau awak rindu saya! ahahha takpe mira, sabar eh nanti kita jumpa insyaAllah! :))
ReplyDelete