*Amaran: cerita panjang bersama repekan untuk aku kenang di masa depan*
Hujung Mac lepas adalah nightmare untuk aku. Bila aku kena buat keputusan sendiri berdasarkan judgement sendiri lepas dengar pandangan daripada orang terdekat dengan aku. Yang jadi separa berdikari tu sebab aku masih perlukan bantuan orang untuk bagi idea. Sebab sesungguhnya aku clueless dan kalau ikut hati yang gila ni, aku rasa dah sagat muka kat dinding dah ni. Mujur kewarasan aku masih tersisa haha. Jadi, kisahnya bermula dengan suatu hari aku on laptop seperti biasa sebab keja menantiku dan lagi dramatik itu minggu terakhir aku under kontrak. Dan juga dalam minggu sama, aku mula bekerja untuk kontrak second yang patutnya early April start cuma atas budi bicara, depa kautim suruh aku catch up dengan project under second kontrak lepastu baru settle benda-benda yang dari first kontrak. Pening? Tunggu, baru mukadimah ni. Masa on laptop haritu aku rasa macam sesuatu yang tak kena tapi cuba positif. Malam tu bila nak on laptop sekali lagi sebab nak sambung keja guess what, tak boleh on wei! Ini tak kelakar. Aku banyak nak kejar benda ni..huhu
Lalu petang jumaat keesokan harininya aku pun terus pi Digital Mall sebab itu paling dekat. Nak tanya apa masalah takleh on kan, dah google kat phone memang takdak potensi untuk aku baiki benda tu sendiri..huhu. Jadi, aku pun pi la..pick satu kedai dan pekerja tu rungkai buka sebab nak cari masalah apo benda alah tu kan. Habis togel semua..dia tak expert sebab pembantu ja, bos keluaq so kena tunggu kalau nak. Aku pun tunggu la, ada lah dalam 40min ka sejam tah..aku rela tunggu asalkan masalah aku selesai. Tak kisah sangat sebab ada mall sebelah tu boleh la lepak kalau perlu. Kemudian bos dia pun mai..check dan ya rupanya masalahnya lebih dari sekadar button on tu! Sebab wayar blablabla (Tak ingat dah apa justification dia) dan skrin aku pun kelip-kelip level kena letak binder clip tu. So, boleh tahan juga nak kena charge tu aku runsing sebab dua hari kena letak situ kalau boleh nak cepat sebab weh hujung minggu tu aku kena submit banyak gila benda. Ya Tuhan..memang hati rasa nak menjerit. Fikir-fikir aku call ayah nak tanya pendapat sebab rasa macam patut beli baru ja since laptop tu dah lama, 10 tahun haha. Ayah kata, beli la elok pun sebab dah lama sangat tu! Jadi aku pun ok lah tak jadi nak baiki tu. Kedai tu pun okay, dia layankan ja..pasang semua balik dan tak charge apa-apa pun. Thank you. ;')