Assalamualaikum
Kali terakhir aku cerita pasal raya adalah di tahun 2015, tahun lepas aku skip. Sebab tahun lepas dua minggu terakhir puasa aku sibuk setelkan kerja khusus sejarah PT3 untuk student aku yang hampir 100 orang jugak la. Dengan kepelbagaian latar belakang student, kelas first, kelas tengah dan kelas terakhir..percayalah aku memang tak sabar nak habiskan contract kerja aku. Kelas terakhir hampir satu kelas tak boleh membaca dan menulis dengan baik. Aku syak mengira matematik asas pun depa tak lepas. Inilah sebab mengapa 3M (Membaca, Menulis & Mengira) penting, dulu elok ada 3M depa rombak jadi apa taktau la. Aku takmau bebel pasal ni, mungkin di lain post. Disebabkan aku memang tak peduli raya aku macam mana tahun lepas, aku pun tak update ler blog ni..sebab aku hanya nak menikmati hidup aku lepas selesai dibelenggu masalah exam murid-murid. Wei penat gila jadi cikgu.
Tahun ini, Edisi 2017 untuk Raya Sa-orang Mira kembali lagi..haha macam ada orang kisah. Ok, tahun ni tahun pertama kami beraya di rumah sendiri di Perlis. Raya kedua baru balik ke Perak. Di atas sebab yang sangat jelas iaitu Tok kami dah kembali ke Rahmatullah pada awal Februari tahun ini. Aku dapat tiket ets untuk tarikh 22hb june (Khamis) iaitu bersamaan birthday ayah aku..yay! Dan balik semula pada 3hb julai (isnin) yasss ambik cuti seminggu lebih la, bukan selalu ye dak..hehe. Mujur bos iols sporting tapi dua minggu sebelum raya tu aku keja macam nak gila la. Sejujurnya sepanjang Ramadan tahun ni schedule aku pack dengan exam, keja dan lain-lain hal. Tahun ni dapat 3 hari berbuka kat rumah..huhu. Tapi Alhamdulillah la daripada takdak kan ;)
Hari jumaat, dua hari sebelum raya...


