Ohmannn ini delayed punya cerita ni.
Ianya sebelum Chinese New Year hari tu ;p
Ok this time aku keluar makan dengan my Awesome A, jika anda sudah agak lama membaca belog ini pasti dah tau..siapakah mereka itu. Masalah sekarang ada orang baca lagi ka belog ni? Aku rasa aku sorang ja baca lel. Tapi tak mengapa, aku memang takdak masalah kalau sembang dengan diri sendiri pun, self talk gitu hah.
Pada hari tersebut emm malas nak buka insta check date, aku adalah lewat..dalam dua jam lewat sebab aku kerja. Dan nak jadi cerita kerja aku perlukan aku duduk dan siapkan at certain place, tak boleh bawak balik dan siapkan di mana-mana sahaja yang aku suka seperti kebiasaannya. Kebiasaannya aku siapkan kerja aku dalam bilik sama ada di meja study ataupun sambil bergolek di atas katil. Kadang tu sempat la tidur petang ataupun makan jajan sambil tengok movie. Wei ni keja ka curi tulang? Mesti hang terdetik nak tuduh macam tu kan. Takpa, lain post kita cerita pasal nature kerja aku. Panjang pulak aku explain macam lupa noktah nak letak kat mana adoi.
Ok, berbalik kepada hari kejadian..hanya aku, El dan Pah sahaja yang berfoya-foya kerana Tikah jauh di utara. Hmm macam ada rhyme disitu..kagum sat. Keputusan untuk keluar ni dibuat selepas El ada cuti apa tah sebab sebelum tu yang aku selalu jumpa adalah Pah. Maka, rezeki la dapat jumpa bertiga walaupun tak cukup geng, tak apa. Tempat dipilih oleh Pah sebab taktau pasaipa perempuan tu nak pi Pavilion, aneh kot. Sampai la ni Pah tak jawab soalan aku yang ini, why Pavilion?? Nampak, aku pun curious tak habis lagi ni. Bagi aku pi Pavilion macam takdak apa! (excuse me please, poket menyedihkan seperti aku memang takmau pi tempat sebegitu) T_T

