Assalamualaikum.
Rasa lama benar tinggal belog. Kesian Dayah..mesti dia ternanti-nanti cerita aku. Kan Dayah kan? Hehehe. Malam ni midterm paper HR.. And yes! Aku memang banyak masa..sebab tu update belog time ni. *tangandibahumatakeatas*
Ni kisah errr..sebulan yang lalu. Aku janji nak update kisah aku ke Penang+KL haritu..lambat nau update kan. Mohon Wawa tak marah..even hang marah pun please pura-pura tak marah.. :)
Mari mulakan kisah pada hari itu. Pada pagi jumaat tu, aku bangun pagi-pagi dengan excitednya tapi bus menyakitkan hatiku. Bas Mara selalu lambat bila hari aku plan nak keluar, hari lain tengok banyak pulak bas. So, aku pun tunggu bas sampai lah rasa menyampah. Bila bas sampai adoii..penuh gila! Tapi sebab desperate aku boloskan diri jugak. Aku diri betul-betul tangga yg terakhir. Bila pintu bas nak tutup atau bukak, aku kena kempiskan perut (konon berkesan la). Imagine betapa tin sardinnya keadaan dalam bas tu. Tolong lah nampak determination aku demi menaiki sebuah bas.
Aku berdiri sejam kot lepas sampai Jitra, ramai lah yang turun dari bas, maka boleh la duduk..yeay! Dah penat, of course aku tertido..sejam pulak baru sampai Alor Setar. Sampai shahab tu berlari ke kaunter tanya bas pegi penang. Dan..aku dikecewakan lagi..bas petang woi. Memang lembik nak tunggu pukul 3 sebab masa tu baru pukul 12. So, aku decide on the spot untuk ambik tiket ke Butterworth. Kang pandai-pandai la fikir macam mana nak gi Penang. Text dengan Faiqah, then dia cakap kena naik feri sebab takda bas ke pulau. Okay...