Assalamualaikum.
Di hari ke-6 ni kami nak pi snorkeling ke pulau area KK ni. Sebelum tu dah tau dah kalau pulau makanan limited takpun mahal kan. Jadi kami plan nak beli makanan siap-siap supaya tenang hidup ni. Hampir seharian kat pulau kena bawak makanan dan minuman secukupnya. Satgi dah start main pantai, snorkeling tak hingat dunia lepastu lapaq makanan takdak mau mengamuk pulak. Aku lah terutamanya tu..haha.
Ok, pagi tu kami jalan kaki dari tempat penginapan, Promenade Service Apartment ke Jesselton Point. Bukan jauh pun dalam 2 km lebih. Kalau ampa bujang, sihat badan dan mental pun sihat sesuai ja jalan kaki. Kalau bawak parents atau anak-anak aku rasa tak sesuai sebab 8-9 pagi tu hangat dah, matahari tengah duk naik. Oh ya, pakai lah sunblock, sunscreen apa semua tu. Every 2-3 hours sila reapply ya. Setara kami semua pakai sunblock pun burn muka, memang panas terik memancar. Kalau hang sejenis mementingkan alam dan nak jaga coral, cari la sunblock yang bersesuaian.
Dalam perjalanan tu kami pi singgah Burger King, staff baru duk susun kerusi..pi KFC baru duk mop lantai huhu kedai pun tak buka lagi. Singgah Suria Sabah sebab nak cari makanan dengan harapan McD dah buka krikk krikk tetiba depa ni rasa nak makanan kenyang a.k.a nasi. Cancel makan fast food. Ok, teruskan berjalan sampai ke Jesselton Point dengan harapan ada orang jual nasi dan lauk-lauk yang kena dengan tekak kami. Masa kat McD ni ada orang ni approach nak offer pakej ke pulau. Dia explain berapa harga, berapa pulau nak pi, harga snorkel+life jacket, pukul berapa, fee taman negara apa semua yang berkaitan la. Setelah Kak aku kira-kira, dia pun setuju ok. Aku pun taktau sangat pasal pakej ni. Yang aku tau harga dia offer within range yang aku pernah baca di blog-blog. Nak kata murah sangat pun dak, mahal sangat pun dak. Jadi terpulang pada ampa, boleh ja kalau beli kat kaunter jeti. Nak selamat dan takmau kena tipu elok beli di kaunter la.
Jesselton Point