Assalamualaikum.
Ha, kembali lagi dengan kegigihan nak menulis pasal trip Sabah. Rasa macam malas tapi bila fikir balik rasa sayang pulak. Entri Sabah 2018 memang akan panjang, aku bahagi by part sebab banyak cerita nak kongsi. Aku cuba nak sum up by day sahaja tapi rasa macam ehhh panjang pulak. Bukan setakat orang yang baca bosan, aku yang tulis ni pun bosan. Rasa demotivate dan tak berakhir ja penulisan aku maka aku buat keputusan untuk buat by part ikut tempat. Kat bawah entri aku listkan link semua entri supaya kalau orang baca, depa boleh pilih nak baca part mana.
Maaflah kalau rasa eh, over gila dia ni pi Sabah ja pun entri berpuluh-puluh. Pertama, ini trip pertama dalam hidup yang aku kena buat research banyak. Kedua, ini kali pertama bercuti tanpa seluruh ahli keluarga, selalu tu kami berenam. Kali ni pi dengan adik-beradik juga, dengan kakak, sepupu dan mak sedara (nama ja mak sedara tapi sebaya kakak aku). Lagi sorang sepupu tak dapat join last minute. Selalu tu terjah ja takdak booking ka apa. Ketiga, sebab ni macam trip last semua bujang. Kita pun tak tahu next trip kita boleh sama-sama lagi bila kan.
Ok, kembali kepada topik asal..hee. Perjalanan pagi kami di hari kedua dimulakan dengan berkunjung ke Kinabalu Park sebab nak kejar Gunung Kinabalu lepastu ke Pekan Nabalu dan barulah sampai ke Desa Cattle tapi kabus dah menutupi persekitaran. Kalau ikut plan asal, Pekan Nabalu kita singgah masa first day. Kira beli-belah siap-siap kat situ day one dan hari kedua kita fokus area Kundasang. Walaubagaimanapun, masa hari first semua menjadi sayoq, mungkin kerana penat bermalam di airport, mandi tumpang masjid at 12pm, (kepala panas wei, aku takkan pernah faham orang yang tak mandi pagi.) tak cukup tidoq dan perjalanan ke Kundasang yang agak jauh diiringi hujan renyai-renyai. Mungkin juga hujan lebat mana aku tau, aku tertido agak lama. Kami singgah Pekan Nabalu sebab ada ahli nak pi toilet lepastu semua macam ok kita gerak ja lah, semua sepakat takdak mood.
Pekan Nabalu
Esoknya lepas ke Kinabalu Park aku tanya pasal Pekan Nabalu. Menurut pembacaan aku di blog memang Pekan Nabalu ni menawarkan harga souvenir lebih murah. Ada barang tu murah 4-5 ringgit juga daripada di KK. Awal tu pegi Gaya Street Sunday Market dah tanya-tanya harga sikit..boleh bandingkan harga. T-shirt saiz dewasa boleh dapat range RM 15-18 sehelai. Sama kualiti dengan di KK, kalau di sana paling murah RM 20 dan ke atas. Bab tawar-menawar ni ikut kepakaran masing-masing dan juga kuantiti kita belilah kan. Janganlah tawar nak kurang sampai akak/abang jual tu pening. Berpada-padalah ya..mereka pun nak cari rezeki.