Wednesday, April 25, 2018

Hello April Breakout! And A Wedding To Remember...

Dari tahun lepas dan membawa ke tahun ni, secara konsisten aku mengalami skin breakout bila April tiba. Adakah ini acara tahunan yang dianjurkan oleh kulit muka aku? Kenapa aku tak dapat memo? I should be happy in April sepatutnya lah sebab birthday month but yeah, I'm fine. Dulu zaman sekolah secara konsisten setiap kali birthday ada exam sebab ianya a week before cuti bulan May. Masuk zaman tua ni dia decide nak buat acara skin break out tahunan ye. Note to myself, do not get married in April or May. Don't you dare! May pun termasuk sebab kulit tak sempat nak sihat dalam sebulan. Mujur wedding Lisa haritu on March so kulit aku ok. Agaknya time tu kulit aku baru buat preparation untuk acara tahunan break out depa kot.

17th March 2018, Lisa punya nikah dan resepsi. Ada manis ada pahit..pahit sebab well faiqah patah tulang kaki. Sedikit nasihat ya kawan-kawan, bila ragu-ragu dengan sesuatu keputusan maka pilihlah yang paling kurang risiko ya. Beberapa minit sebelum kejadian kaki patah sebab tergelincir..Faiqah ada tanya aku, kasut mana dia patut pakai? Heels atau selipar? Aku macam erkk blur sebab selalunya benda ni bukan dalam senarai benda yang aku fikir..haha. Dia ragu-ragu sebab selalu kat dewan nikah kan kena buka kasut, jadi macam lagi senang pakai selipar. Aku macam ohh maannn..aku kan sebenarnya haritu la kali pertama pi nikah kawan, taktau nak suggest apa. Dan aku tak tau pun dia pilih apa, yang aku tau dia pakai heels pun selepas kejadian dia tergelincir lepas kami keluar dari parking area. She's getting better by now, dah buka cast pun..cuma kaki masih bengkak. Doakan dia cepat sembuh dan boleh jalan seperti sediakala. Lisa by now dah ada di Sabah dah dengan suami dia. Next mungkin jumpa time resepsi belah lelaki di Perlis nanti.

It's Lisa's Day!


M.

Monday, April 23, 2018

27

Jadi, beginilah seorang Mira menyambut hari lahir yang ke-27. Wow! Makan spaghetti yang aku baru tau cafe kat bawah ni ada jual..haha. Ini pun sebab Shameem beria datang nak dinner dengan aku. Dia bukan mai nak celebrate birthday pun malahan dia taktau pun haritu birthday aku haha. Logik, baru kenal setahun dua ni ja dan sebab aku tak post di mana-mana, yang tahu tu tahu ja lah. Dia mai sebab bosan dinner sorang-sorang, gila takdak keja kan? Dah la ofis dia jauh kot, boleh mai sebab nak makan ja. Oh by the way dia ada kelas tapi disebabkan kelas tu tak best dan dia dah almost 1 hour lambat makanya dia malas nak pi. Boleh tak? Aku memang tak paham nih.. -.-"



Emak saya menjadi yang pertama hantar ucapan birthday pada tahun ni..wohoo! Cayalah mak dah terer whatsapp la ni ;')

M.

Sunday, April 8, 2018

Kisah Aku Yang Separa Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

*Amaran: cerita panjang bersama repekan untuk aku kenang di masa depan*

Hujung Mac lepas adalah nightmare untuk aku. Bila aku kena buat keputusan sendiri berdasarkan judgement sendiri lepas dengar pandangan daripada orang terdekat dengan aku. Yang jadi separa berdikari tu sebab aku masih perlukan bantuan orang untuk bagi idea. Sebab sesungguhnya aku clueless dan kalau ikut hati yang gila ni, aku rasa dah sagat muka kat dinding dah ni. Mujur kewarasan aku masih tersisa haha. Jadi, kisahnya bermula dengan suatu hari aku on laptop seperti biasa sebab keja menantiku dan lagi dramatik itu minggu terakhir aku under kontrak. Dan juga  dalam minggu sama, aku mula bekerja untuk kontrak second yang patutnya early April start cuma atas budi bicara, depa kautim suruh aku catch up dengan project under second kontrak lepastu baru settle benda-benda yang dari first kontrak. Pening? Tunggu, baru mukadimah ni. Masa on laptop haritu aku rasa macam sesuatu yang tak kena tapi cuba positif. Malam tu bila nak on laptop sekali lagi sebab nak sambung keja guess what, tak boleh on wei! Ini tak kelakar. Aku banyak nak kejar benda ni..huhu

Lalu petang jumaat keesokan harininya aku pun terus pi Digital Mall sebab itu paling dekat. Nak tanya apa masalah takleh on kan, dah google kat phone memang takdak potensi untuk aku baiki benda tu sendiri..huhu. Jadi, aku pun pi la..pick satu kedai dan pekerja tu rungkai buka sebab nak cari masalah apo benda alah tu kan. Habis togel semua..dia tak expert sebab pembantu ja, bos keluaq so kena tunggu kalau nak. Aku pun tunggu la, ada lah dalam 40min ka sejam tah..aku rela tunggu asalkan masalah aku selesai. Tak kisah sangat sebab ada mall sebelah tu boleh la lepak kalau perlu. Kemudian bos dia pun mai..check dan ya rupanya masalahnya lebih dari sekadar button on tu! Sebab wayar blablabla (Tak ingat dah apa justification dia) dan skrin aku pun kelip-kelip level kena letak binder clip tu. So, boleh tahan juga nak kena charge tu aku runsing sebab dua hari kena letak situ kalau boleh nak cepat sebab weh hujung minggu tu aku kena submit banyak gila benda. Ya Tuhan..memang hati rasa nak menjerit. Fikir-fikir aku call ayah nak tanya pendapat sebab rasa macam patut beli baru ja since laptop tu dah lama, 10 tahun haha. Ayah kata, beli la elok pun sebab dah lama sangat tu! Jadi aku pun ok lah tak jadi nak baiki tu. Kedai tu pun okay, dia layankan ja..pasang semua balik dan tak charge apa-apa pun. Thank you. ;')