Sunday, November 24, 2013

Novel: 7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum.



Hari ni aku update dari draft kurun ke berapa ntah aku buat. Lupa wei lupa.. Hari ni kita tengok novel 7 hari mencintaiku. Novel 7 hari mencintaiku ni tulisan Siti Rosmizah. Aku memang boleh kata peminat dia jugak lah cuma yang latest tu ja belum berkesempatan nak beli dan baca lagi.

Jadi, hari ni kita cerita pasal 7 hari mencintaiku ni. Benda yang paling aku suka bila sesuatu novel tu tak cliché. Yang best pasal novel ni ialah watak utama dia Mia Adrianna ni antagonis a.k.a tak berapa nak baik sangat pun. Dan sangat banyak watak antagonis dalam novel ni sampai kita rasa geramm sangat tapi jangan risau protagonist pun ada.

Mia ni sangat mulut laser, takdak adab, berlagak, sombong, kurang ajar memang pakej perempuan yang dibenci lah kiranya. Kelebihan dia satu ja cantik bak kata mak mentua dia. Dan yang cliché bila ayah dia kawin paksa dengan anak kawan ayah dia sebab tunang dia buat masalah. Tapi takpa, kalau tak paksa tak kawin lah watak utama cerita ni kan. So, berkahwinlah perempuan sombong ni dengan Khuzairi yang dia ingat penggembala kambing sebab ada bisnes jual beli kambing kat kampung.

Memang dia pandang rendah je kat husband dia ni padahal mamat tu doctor kot. Khuzairi ni jenis low profile gitu bukan kisah sangat dengan harta benda ni. Khuzairi ni even dah bekerjaya pun stay tinggal dengan ayah, mak tiri, adik beradik dia. Even mak tiri tapi dia sayang je kat mak tiri dia tu, mak tiri dia pun sama.

Cuma adik dia iaitu Helmi memang perangai cam haremmm selalu cari pasal dengan mia. Kalau tak salah mia dengan helmi ni classmate, khuzairi senior sekolah mia dulu. Helmi ni berusaha la duk pikir cemana nak buat diorang bercerai. Mia ni lepas ayah dia meninggal dia hilang semuanya itu yang dia stuck dalam hidup khuzairi tu.

Yang best pasal novel ni bila Mia ni memang tak sekepala dengan mak mentua dia a.k.a mak tiri khuzairi tu. Mulut dua-dua tu memang buat kita yang baca ni terasa emosi tau. Lawan perli, sindir sesama sendiri tu rutin harian dah. Memang buku bertemu ruas lah dua orang tu. Totally mentua vs menantu..hehe.

Lepas banyak kejadian yang jadi, mia ni blah dari hidup Khuzairi even waktu tu sebenarnya dia sayang dah kat Khuzairi. Dan dia sedar hidup dia sebenarnya dengan lelaki tu. Bila dia jauh dari Khuzairi buat dia sedar banyak benda, insaf dan mula berubah. Dengan bantuan sepupu dia, sofie dia cuba untuk betulkan kesilapan dia.

Tapi bila dia balik kampung nak jumpa Khuzairi dengan anak dia, mak mentua dia bagitau yang Khuzairi dah nak kawin dengan perempuan pilihan mentua dia iaitu si Syakila a.k.a sepupu Khuzairi ni. Tinggal seminggu je sebelum Khuzairi kahwin lain bersamaan dia bercerai. Itu yang dia mintak 7 hari untuk Khuzairi mencintai dia. Aiceh…haha.

Sepanjang 7 hari tu macam-macam jadi. 7 hari ni kira paling mencabar lah untuk Mia dengan Khuzairi. Nak tau baca sendiri lah. Yang penatnya novel ni sangatlah tebal tapi kalau anda memang hantu novel memang suka lah. Lagu tema novel ni lagu Exist, ‘mengintai dari tirai kamar’ kot kalau tak salah. Kemain ada lagu tema kan. Tapi memang kena lirik lagu tu dengan novel ni..

Meh nyanyi sesama...
Silap aku juga kerana jatuh cinta insan sepertimu umpama bidadari. 
Seharusnya aku cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu…



tebal kan? 0_0


pic:sumber google
p/s; kalau novel ni nak diadaptasi memang kena betul-betul pilih pelakon yang sesuai. Kalau jenis kayu memang hambar lah cerita ni.

Mira.

No comments:

Post a Comment