Monday, September 23, 2013

Random Talk.

Assalamualaikum.

Aku ada sangat benda nak cerita, banyak benda nak share.
Tapi tapi tapi...mahlass Ya Rabbi.
Rasa payah sangat nak translate fikiran dalam otak ke bentuk tulisan.
Kalau ada aplikasi yang boleh direct translate fikiran ke tulisan kan best.
Haa, nampak pemalas tu macam mana.

Walaupun malas di dunia maya tapi realiti gua rajin.
Cehhh..tipu sangat. Ini ayat nak mak mentua puji.
Demm..memang aku bukan berciri itu.
Tapi bila lempar dunia maya ke tepi memang boleh rajin sedikit.
Ya..diulang sekali lagi..sedikit sahaja ya rajin tu.
Bila tolak dunia maya ke tepi maka adalah masa mengemas buku, buat laundry, iron baju awal.
Haa..nampak tak nampak tak..dunia maya melalaikan.
Bukan setakat melalaikan..menghanyutkan bahkan membawa kepada dosa kering.
Tetiba nak masuk bab keburukan dunia maya kann.



Tak. Salah sendiri. Dah besar pun nak salahkan benda lain bila diri sendiri tak betul.
Shouldn't be like that Mira. Mohon sedar diri.

Oh, by the way kejap lagi nak pegi dengar ceramah.
Well aku tak kisah sangat pasal tajuk malam ni. Tajuk apa ntahnya.
Yang aku kisah penceramah tu. Tak glamer pun, jemputan dalam kalangan lecturer uum ja.
Tapi pernah ambik kelas dia sem 1 dulu, Titas.
Super kelakar. Highly recommended untuk kelas Titas dan Etnik.
Cousin aku pun student dia jugak dulu..hehe.

Harap ceramah malam ni aku akan dapat gain something new lah.
Aktiviti pertama untuk semester ini. Awal kau start kumpul sira sem ni Mira.
Insaf ke cemana. Selalu pemalas sangat..haha. It's a good start. I think. =)
Nanti aku share apa-apa yang menarik eh kat sini.
Doakan aku rajin dan sihat sentiasa. Aminn.

 p/s: never stop yourself from going forward.

Love, Mira.

2 comments:

  1. Ya allah!bg la mira rajin dan sihat sentiasa...amin
    ~klu hg jd snyap tetiba,pelik plak..hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..hg pun sama semoga rajin dan sihat. tapi hg memang naturally rajin pun. haha..senyap bila malas bukak mulut ja..haha. :P

      Delete