Friday, September 13, 2013

Perkembangan Diri Yang Sedia Ada Kembang.

Assalamualaikum.

Awkward sungguh. Dah banyak kali cuba menaip di sini.
Ada beberapa draft yang dah siap tapi tak jugak publish.
Itu hari dah siap draft sempena raya kononnya nak update then terlupa.
Dan bulan raya habis begitu saja. typical mira sungguh bila buat keja separuh jalan.
Tapi don't worry tak best pun cerita raya aku..haha.

Current update:
Ya, sudah masuk semester 5. Baru seminggu.
Tapi jangkaan aku pasti sem ni lebih sibuk dari biasa.
Kenapa? sebab aku ambik extra paper.
Dan sebab ada paper nak kena repeat.
Ingat cemana aku benci ekonomi?
Ya..he's back! Kali ni belajar dalam english.
Dah kena repeat satu hal, english pulak tu. Nice sangat.
Tapi takpa marilah berusaha.
Aku bukan nak berlagak ke apa tapi selalunya paper yg aku belajar dalam english selalu boleh skor.
Dan yang belajar dalam bahasa melayu suam-suam kuku kucing ja.
Adakah aku ni sebenarnya mix omputih sebabtu lebih paham english dari melayu?
Ke aku ni melayu lupa daratan sebabtu tak paham bahasa sendiri?
Hmm..


Dan paling best semester ni paling banyak dapat kelas dengan lecturer foreigner.
Kalau kau pernah masuk kelas lecturer foreigner, kau akan faham.
English dia dengan english kita mana sama walaupun ejaan sama.
Aku tak kisah sangat sebab boleh la belajar nak adapt dengan gaya slang berbeza.
Tapi tulah dah takleh tido mahupun berangan dalam kelas dah.
Kau berangan kau lost terus.
Lagi-lagi kalau kau jenis macam aku ni.
Aku ni dah la konon loner nak mampus.
Masuk kelas sensorang. Makan sensorang.
Ya, nampak pathetic tapi itu hakikat.
Kebaikkannya aku takyah teman kawan gi merambu sana sini.
Kalau kelas sekali dengan kawan, ada ja tempat dia nak singgah lepas kelas.
Kalau dia pegi merambu sorang takpa ni duk heret aku sekali.
Aku ni dah la pemalas. Kalau aku rajin dah lama aku kurus..haha.

Cukup kot merepek. Aku ni kena tinggal sebenarnya, roommate balik kL.
Nak balik rumah macam tak logik, esok dan lusa kelas.
Itu pasal segala benda nak cerita.
Rasanya akan update banyak entri sebab bosan takda kawan sembang..haha.



Love, Mira.

4 comments:

  1. ala mira...klu hebat english tu satu bnda baik hape...hoho...bleh jd translator ak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekekeke.. nak apply keja jadi PA hang nanti boleh? haha. :)

      Delete
  2. hahaaha.. hg x takut stress ka keja dgn aku?haha..bleh sawan rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak-agak stress aku marah hang balik..hehe.

      Delete