Asssalamualaikum.
Oh, terasa lama tak update. Biasalah bila rancangan tv lebih menarik haruslah internet dilupakan..hehe. Sebenarnya taklah menarik mana pun cumanya malas nak online sebab perlu berebut-rebut dengan seluruh isi rumah. Ayah, Aina dan Dondi juga. Tak kuasa aku nak tunggu turn baik layan phineas & ferb..hehe.
Sepanjang cuti sem yang hanya empat minggu ni memang banyak jugak aktiviti aku selain aktiviti melantak dan lepak depan tv. Seminggu lepas habis exam terus keja dengan mak. Tapi plus minus seminggu je sebab pembantu dia cuti. Fuhh..seminggu nak deal dengan budak-budak memang sabo je lah. Oh, keja aku senang je tolong prepare breakfast dengan makan pagi. Tapi..ah, nanti aku share kisah budak-budak itu. Nak cerita pasal mereka perlu satu entri..mungkin.
Dan lepastu pegi hiking gunung tahan. Aku nak update tapi sebab tak bawak kamera kenalah tunggu mereka yang bawak kamera update gambar. Berjanggut tunggu wei.. Kang takdak gambar mesti korang kena imagine pulak..payah! Biar gambar yang menceritakan keperitan itu..sobs *lap air mata*
Seterusnya aktiviti wajib setiap cuti sem iaitu bertemu dengan Awesome A saya..hehe. Jalan-jalan sekitar perlis dan makan dengan gembiranya. Seperti biasa ambik Alny kat uitm lepastu menunggu tuan puteri dua orang tu sampai Arau. Dan kekalutan haruslah terjadi bila cari kamera tak jumpa. Dah jumpa pulak takdak memory card..boleh tak? Grrr...sebbaik ada cousin saya yang baik hati pinjamkan benda alah tu kalau tak boleh ambik 9 keping gambar je..hambarlah kita tanpa kamera. Thanks cousin-ku.. :)
Sebab Perlis takda apa yang begitu vavavoom kan kita pegi tempat yang besa kita pegi je lah iaitu Gua Kelam. Haritu masa first time datang tengah renovate lagi. So, meh la explore sikit. Boleh tunjuk gambar sikit je sebab asyik gegar je bila ada orang jalan. Itu belum kira aksi pelik yang tak sesuai untuk tontonan umum. Ni pun kira lucky shot la kalau tak simpan buat koleksi peribasdi je lah..haha
Ini gambar dalam gua kalau anda fobia tempat gelap memang sesak nafas jugak lah kot. Aku tak suka gelap dan sempit. Memandangkan gua ni tak sesempit mana maka aku tak berapa nak fobia..hee. Oh, bayar seringgit je pun nak masuk ni.
Nah, empat orang yang terlibat dalam cerita ini.
Lepas keluar je dari gua terus memecut ke Kuala Perlis sebab El nak makan laksa. Pun boleh... Tapi too bad laksa kedai tu tak berapa nak sedap la. Kuah dia ceroi a.k.a cair dah la tak bagi cili..sedih. Tapi Pah dengan El kagum dengan Abc dia. Aku? Ntahnya takleh beza sedap ke tak..hehe.
Ini pun bergegas sebenarnya sebab tak asar lagi. Kau gila tak bergegas sebbaik dah tau masjid area mana senang nak terus pecut. Oh, masjid tu super beautiful tapi takda gambar sebab kamera habis bateri. Ada pun gambar kami dalam masjid tengah tunggu waktu maghrib. Gambar overall masjid takda. Tapi seriously cantik..
Timer je lah mampu. Takda cameraman dah kali ni..sobs. Tapi aku rasa kiut je..hehe.
Begitulah cerita hari pertama mereka di sini. Sebenarnya nak letak gambar lagi tapi terlalu malas nak pilih. :P
InsyaAllah sem depan punya cuti kita plan nak pegi jalan-jalan Alor Setar dan kalau tak dapat pegi sana Langkawi pun boleh..bhahaha. Haa, sahabat-sahabatku silalah simpan duit banyak-banyak ya. Senang nak pegi mana-mana pun. Ehem..ingatkan diri sendiri sebenarnya..ngee.
p/s: esok dah nak balik uum. nak start sem baru dah..wuwu.
Love, Mira
No comments:
Post a Comment