Thursday, February 28, 2013

Aku Rindu Parit ;)

Assalamualaikum.

*parit bukanlah nama manja sesiapa*

Oh, hari ni hati rasa rindu zaman kanak-kanak sebab time tu keja nak menjantan ja dengan kakak dan sepupu-sepupuku..hehe. Menjantan dari kamus bahasa saya bermaksud, melakukan aktiviti lasak seperti panjat pokok asam, mengai (baca: mengail) ikan, mandi parit, main hide and seek dalam ladang getah dan terjun ke sawah entah sesiapa tanpa dimarahi sebab pandai buat muka kesian macam puss in boot tu..kehkehkeh.

Sapa mau marah kalau begini rupanya. Segala tok, tokwan, makcik dan pakcik tengok pun macam..alololo...XD

Jadi dulu kami selalu ke parit mencari siput, mengai ikan puyu dan sepat. Ikan dua tu ja yang aku ingat yang lain tak ingat apa ke nama ntah. Dari umur aku seawal empat ke lima tahun aku dah start ikut akak aku and the sepupu pegi ke parit mencari rezeki. Drama much! Haha. Parit kecik je woi..tapi takda gambar. Tapi kalau korang tengok mesti rasa aku memperbesarkan kisah aku pi mengai. Well, masa kecik aku rasa parit tu besar la, sekarang kalau tengok pun rasa ek eleh..hehe.

So, memandangkan masa kecik kami selalu mencari rezeki sampingan ni, aku terjatuh cinta dengan sejenis siput. Siput ni rare payah nak jumpa dan ada musim dia jugak. Haa, sebab tu aku jatuh cinta dengan dia kalau common tak nak ah..hehe. Walaupun dah jatuh cinta dengan siput ni tapi still taktau nama..boleh tak. Yang sure konfem konfiden bukan siput babi lah nama dia..hee.

Saturday, February 23, 2013

Kekok Kok Kokk Kim Jong Kook.

Assalamualaikum..

 Entry tiada kaitan dengan Kim Jong Kook. Harap maklum.

Aku sebenarnya ada banyakkkkkkkk sangat benda nak cerita tapi macam otak aku tak boleh generate idea bila diperlukan. Aku jadi tak reti nak terjemah apa yang ada dalam kepala otak ni. Dalam minda aku dah create ayat aku nak guna untuk bercerita kat sini tapi bila bukak belog terus off. Apakah ini sindrom nyanyuk? Ke aku sebenarnya ada short term memory loss? arghhh.....

Tapi aku rasa ni sebab aku bercuti lama sangat lepastu lupa cemana nak karang ayat. Otak tak panas lagi kot. Nak kena beli microwave untuk panaskan agaknya.. Microwave terlalu mahal, pt tak masuk lagi. Tak boleh jadi ni..ambik buku mikro hentak ke kepala.. *danggggg* Woahh..better. Hahaha.

Aku rasa aku akan ting tong untuk jangka masa yang lama...... mungkin untuk satu semester. -..-



p/s: perasaan lupa ni sama macam bila dah lama tak mengaji pastu bila nak start balik rasa teragak-agak sebab tak ingat tajwid dan of course gagap kan. pernah rasa tak? 

Love, Mira

Friday, February 15, 2013

Begitulah Cuti Semesterku..

Asssalamualaikum.

Oh, terasa lama tak update. Biasalah bila rancangan tv lebih menarik haruslah internet dilupakan..hehe. Sebenarnya taklah menarik mana pun cumanya malas nak online sebab perlu berebut-rebut dengan seluruh isi rumah. Ayah, Aina dan Dondi juga. Tak kuasa aku nak tunggu turn baik layan phineas & ferb..hehe.

Sepanjang cuti sem yang hanya empat minggu ni memang banyak jugak aktiviti aku selain aktiviti melantak dan lepak depan tv. Seminggu lepas habis exam terus keja dengan mak. Tapi plus minus seminggu je sebab pembantu dia cuti. Fuhh..seminggu nak deal dengan budak-budak memang sabo je lah. Oh, keja aku senang je tolong prepare breakfast dengan makan pagi. Tapi..ah, nanti aku share kisah budak-budak itu. Nak cerita pasal mereka perlu satu entri..mungkin.

Dan lepastu pegi hiking gunung tahan. Aku nak update tapi sebab tak bawak kamera kenalah tunggu mereka yang bawak kamera update gambar. Berjanggut tunggu wei.. Kang takdak gambar mesti korang kena imagine pulak..payah! Biar gambar yang menceritakan keperitan itu..sobs *lap air mata*

Seterusnya aktiviti wajib setiap cuti sem iaitu bertemu dengan Awesome A saya..hehe. Jalan-jalan sekitar perlis dan makan dengan gembiranya. Seperti biasa ambik Alny kat uitm lepastu menunggu tuan puteri dua orang tu sampai Arau. Dan kekalutan haruslah terjadi bila cari kamera tak jumpa. Dah jumpa pulak takdak memory card..boleh tak? Grrr...sebbaik ada cousin saya yang baik hati pinjamkan benda alah tu kalau tak boleh ambik 9 keping gambar je..hambarlah kita tanpa kamera. Thanks cousin-ku.. :)

Sebab Perlis takda apa yang begitu vavavoom kan kita pegi tempat yang besa kita pegi je lah iaitu Gua Kelam. Haritu masa first time datang tengah renovate lagi. So, meh la explore sikit. Boleh tunjuk gambar sikit je sebab asyik gegar je bila ada orang jalan. Itu belum kira aksi pelik yang tak sesuai untuk tontonan umum. Ni pun kira lucky shot la kalau tak simpan buat koleksi peribasdi je lah..haha

Ini gambar dalam gua kalau anda fobia tempat gelap memang sesak nafas jugak lah kot. Aku tak suka gelap dan sempit. Memandangkan gua ni tak sesempit mana maka aku tak berapa nak fobia..hee. Oh, bayar seringgit je pun nak masuk ni.