Yang pertama nak cakap Happy 20th birthday kat Afifah Mohmad Nasir. Baru nak masuk 20-an..adeh! Si Pipah ni aku kenal dari form 2 lagi masa kat pendang. Dia classmates aku tiga sem, cuma satu sem kami terpisah. Masa sekolah dulu nak kata rapat sangat tu takla tapi boleh la setakat nak pi bilik dia gosip-gosip, makan-makan. No hal lah. Roommates dia pun best tu yang boleh join sekaki tu.
Dalam kelas pipah ni diam gila. Takdak benda nak cakap pun. Senyap je kecuali nak tanya apa-apa. Tapi kalau kat bilik..mulut dia macam peluru pot pet pot pet.
gaya innocent kononnya.. |
Si Pipah ni sangat senang bangun pagi..masa sekolah dulu kalau time sahur dia la yang selalu jadi alarm clock. On the way nak pegi toilet dia akan ketuk pintu bilik aku dulu. Tengok, betapa pentingnya Pipah pada aku..hehe.
Lepas keluar dari pendang ingatkan takkan jumpa dah, sekali satu matrik. Lebih dramatik lagi satu kelas. Ambik kau..puas hati tak? Haha. Jodoh aku dengan Pah ni panjang jugak kiranya. Oh ya, satu benda pasal dia ni..dia AMAT suka dengan warna merah. Kalau tak caya sila lah buat spotcheck kat loker dia. Baju di semata-mata warna merah. Kalau warna lain tu ada la barang sepasang dua.
memory..~ |
Tapi masuk U ni kira kami terpisah la, Pah bakal pegi UMT..wee. Babai Pipah sayang. Nanti bila aku dah pindah, kita lepak kat AS dengan Tikah Ali okay. Anyway, Happy Birthday Pipah!!!!
p/s: Oh, dulu aku panggil dia Pip sekarang panggil Pah. Senang cerita aku panggil sesedap mulut aku je..haha. Rindu nak panggil dia Pip!
rindu awak jugak.! |
Assalamualaikum & babai.
Love, Mira.