Saturday, April 22, 2017

Review: Movie Filipina yang menarik! Part 2

Assalamualaikum.

Here's the second part of my review. Tak sangka aku berjaya buat part two. Kali kedua aku berjaya buat post di belog ada part two maybe lepasni ada part three? Yeah pencapaian tu kalau berjaya..hehe. Ok, mari aku nak ulas filem filipina yang aku dah tengok dan ia menarik bagi aku. Kalau kau tengok lepastu rasa meh? Itu bukan masalah aku, dah cakap ini personal review aku kan.
The Gifted
Filem ni memang best sebab dia bukan cerita cinta semata-mata, ia lebih kepada persahabatan dua orang budak perempuan iaitu Zoe (Anne Curtis) dan Aica (Christine Reyes) yang 'gifted'. Senang cerita mereka berdua ni genius sejak kecil. Disebabkan mereka ni gifted memang perangai pelik daripada pelajar-pelajar lain la, susah nak ada kawan sebaya yang memahami pemikiran depa dua. Kepelikan itulah yang buatkan depa dua ni berkawan sebab depa rasa macam saling memahami dan mudah nak berkomunikasi. Zoe ni anak orang kaya yang gemuk dan Aica sebaliknya keluarga biasa dan kurus tapi muka berjerawat la.

Aica ni pandai matematik dan Zoe ni pandai more to sains tapi selalunya Zoe memang jeles dengan Aica sebab Aica selalu top dan lebih daripada dia. Bila masuk sekolah menengah Aica selalu la gegedik nak ada boyfriend tapi Zoe macam whattehel bitch. Ada student baru nama Marco (Sam Milby) masuk sekolah depa, Aica pun duk crush la. Zoe memang tak suka bercinta ni tapi dia rasa macam ni la peluang nak buat Aica hilang fokus dan dia boleh jadi top. Jadi Zoe berpakat dengan Marco. Berpakat apa? Sila tengok sendiri..satgi spoiler banyak frust pulak hehe. Cerita ni dari Zoe dan Aica di zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampai lah depa berjumpa balik masa reunion iaitu bila dah dewasa. 

Rate: 4/5 
Tema: Persahabatan
Tips: Tunggu sampai habis kredit nama tau. Ada benda menarik kat situ. Mesti ampa terkejut. :)

Always Be My Maybe
 
Selalu orang cakap always be my baby kan, kali ni berbeza ya, always be my maybe. Kalau anda terer boleh teka jalan cerita pasaipa apa. Filem ni pasal lelaki playboy yang dikecewakan dan berjumpa dengan perempuan yang juga dikecewakan. Standard filem watak utama lelaki tu mestilah super rich, Jake (Gerald Anderson) anak orang kaya yang bertemu dengan Tintin (Arci Munoz) seorang make up artist yang datang sebab ada photoshoot kat beach resort milik Jake. 

Kawan-kawan Tintin ni pakat cabar dia untuk ngorat Jake yang waktu tu duk lepak sorang untuk buktikan Tintin ni dah move on. Apa lagi, on! Sekali sembang-sembang depa macam sekepala pulak. So, depa lepak sembang sampai ke pagi dan lepastu decide depa patut berkawan dan jumpa bila balik Manila nanti. Sebagai manusia yang bitter dan sebenarnya taklah move on sepenuhnya lagi dari break up yang lalu, depa dua boleh relate to each other dan jadi macam bff la. Filem ni hopeless romantic la dan sebenarnya agak realistik jugak sebab depa bukan pooff tengok terus jatuh cinta, depa take time to be friend, know each other..they even double date k..haha. Tengok la sendiri macam mana love grows between them.

And plus point pasal filem ni iala Tintin selain MUA dia juga seorang vlogger. Dia selalu viral sebab video tutorial make up dia yang super lawak gila. Nak tau kenapa video tu lawak, please tengok filem ni. Video tutorial make up paling real dan lawak. Kalau ada vlogger Malaysia buat video camtu confirm ye viral sat ja.

Rate: 3.5/5
Tema: Percintaan
Four Sisters & A Wedding
Seperti tajuknya ia pasal 4 kakak yang rasa macam apahal adik bongsu kita nak kahwin ni, kita kena check betul-betul. Kisah keluarga Salazars yang bermacam-macam kerenah. Semua bermula bila adik lelaki satu-satunya, CJ (Encheong Dee) bagitau dengan gembira kat kakak-kakak dia yang dia nak kahwin so please semua balik la rumah camtu la gaya dia. Kakak ke-4 Gabbie (Shania Magdayao) tinggal dengan keluarga jadi dia pujuk la semua balik. 

Kakak sulung, Teddie (Toni Gonzaga) duk di Madrid dan bekerja sebagai maid tapi dia bagitau dia kerja as lecturer kat keluarga dia. Kakak ke-2 Bobbie (Bea Alonzo) pulak duk di New York dengan boyfriend dia Tristan (Sam Milby) yang juga seorang duda yang ada anak perempuan seorang, Trixie. Kakak ke-3 Alex (Angel Locsin) pulak keja di belakang tabir dan yang buat jadi complicated ialah Alex ada boyfriend penyanyi band yang juga adalah ex boyfriend Bobbie. 

Yang lawak pasal cerita ni ialah dengan adanya tunang CJ iaitu Princess yang perangai memang princess habis. Princess dengan mak ayah dia memang sesuatu tapi lawak tau. Hang tengok filem ni hang paham la kenapa aku kata keluarga Princess ni sesuatu..hehe. Keseluruhan cerita ni memang menghiburkan dan ada part sedih lagi-lagi bila semua orang start open up to each other.. Menitik jugak air mata sebab macam uuuu sedih tapi jangan risau part sedih sikit sahaja. Sangat suka cerita ni sebab macam everyone in character dan nampak real. 

Rate: 4.5/5
Tema: Keluarga

Ok, done review. Ketiga-tiga ni aku suka dan yang paling aku suka dalam 3 ini ialahhhhh *insert drumrolls* Four Sisters & A Wedding! :D Sebenarnya banyak lagi movie filem Filipina yang aku dah tonton tapi disebabkan kurang power malas sikit la nak review. InsyaAllah part 3 akan datang, sooner or later. :)

Untuk review sebelum ini, klik sini: Review Movie Filipina Yang Menarik Part 1

M.

1 comment:

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum. Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang perc...