Muncul kembali sesuka hati

It has been awhile kan. Entah, semangat macam dah hilang. Am not sure what and why. Belog memang malas berganda tapi rasa malas tu berjangkit ke media sosial lain juga. Twitter lah kot aku rajin berkicau sebab sana banyak drama (?) hehe. Instagram hanyalah medium aku menanda tarikh. Yes, sometimes aku just post gambar something or quote just to remind myself. Seperti tarikh anniversary mak ayah aku, tarikh dating aku or tarikh aku berjimba dengan kawan. Mostly jimba dengan kawan meriah sikit la sebab ada wefie. Kalau tak? Foods or just boring things. Apa nak expect nama belog pun hambar, sedikit sebanyak menggambarkan personaliti aku ye dak ;p

Mac lepas sangat busy, sangat sebab semester ini aku saja gatal ambik tiga subjek. Bila hang study full time dan kerja juga full time, ianya bukan pilihan bijak untuk ambik banyak paper ya kawan-kawan. Zaman undergrad tak mengapa, lagi lima jam nak hantar assignment pun boleh perah otak. Postgrad jaaaaauhhhhhh (nampak tak jauh tu?) berbeza..kadang seminggu ada masa tapi masih otak hang tak mau berkerjasama untuk mencerna apa hang dah baca. Jurnal pula sejenis bahan bacaan yang aku kira dicipta untuk menyeksa jiwa dan raga manusia. Isi jurnal tu yang kita nak! Tapi halangan terbesar adalah english yang acah power dan ayat yang konon sangat gramatis. Nak cerita pasal B ja tapi ayat dia punya pung pang pung pang sampai R baru reti letak noktah. Mampoih la aku nak rungkai misteri ayat depa. Aras tinggi sangat *rolling eyes* Yang bagusnya aku kena mula berbaik dengan kamus, itu ja lah.

April ni kena fokus nak buat presentation dan submit apa segala paper yang hang struggle baca jurnal tu lah. Tapi sekejap ja masa berlalu, nanti tengok-tengok dah Mei a.k.a last month untuk kelas. Awal Jun dah nak exam pulak. Dan dah masuk tengah tahun dah. Time flies. Aku cuma harap this semester adalah lebih baik dari yang lepas. Dan oh ya, saja tukar template baru sebab macam lawa juga blogger update template dia. Aku macam biasa la, acah girly pilih warna peach..hehe. Dan template ni simple dan nampak kemas. Sat, memang orang panggil template kan? Kot la nama dia lain tapi aku tersalah panggil..hehe. 

Sejenis tak reti letak title yang semenggah, maaf ya untuk itu. Ok, semoga beberapa tahun ke hadapan aku baca entri ini sambil gelakkan diri sendiri sebab merungut semata-mata benda kecil ja. Always like that you know, ALWAYS! ;)


M.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers