Jalan Yang Tak Kau Ambil.

Masa tingkatan empat kita semua ada belajar poem, 'The road not taken'..salah satu english literature kategori wajib lah. Rasanya semua umat yang belajar syllabus english sezaman dengan aku memang kenal benar dengan poem ni. Aku sebenarnya bukanlah peminat english lit. tapi Teacher Tan Lee Suan yang garang dan tegas dan humorless tapi kadangkala berjaya buat aku gelak tu telah membuatkan sajak ni lekat dalam kepala aku. Aneh kan, humorless tapi aku selalu rasa beliau hebat sebab membuatkan aku 'kenal' hampir semua poem dalam syllabus.

Aku rasa sampai seratus tahun lagi pun, the road not taken patut dikekalkan dalam english lit punya syllabus. Kenapa? Sebab aku selalu rasa sajak ni penuh makna sebab dia bagi hint tentang pilihan yang hang bakal buat..for the good or the bad, it's your call. Haa, gitu. Secara tak langsung dia bagitau bila kau dah pilih kau kena go for it jangan teragak-agak macam ponddds yang keliru. Itu pemahaman aku lah.

Dan..hari ni sebab aku terlalu banyak membuang masa ya aku ada terfikir akan 'jalan' yang aku pilih untuk tak ambik dulu. Ayat pusing apakah aku cuba sampaikan ni..hmm aku dah keliru sekarang mungkin patut biarku jalan dulu, puasku tunggu, biarku jalan dulu..bukaaannn haaalll akuuuu..~ lol sangat haha. Aku menyesal sikit la tapi bukan sebab salah pilih jalan tapi menyesal sebab tak sungguh-sungguh buat apa yang aku buat. Jalan yang aku tak ambil tu entah-entah kalau aku ambil akan buat aku lupa diri ke, gila sawan khinzir tak tentu hala ke..dan yang seumpamanya. Yang tu kita tak tahu.

Selain dari the road not taken patut ada satu poem yang menceritakan kesukaran hidup tanpa keyakinan ataupun poem yang menerangkan depression tu bagaimana. Bukanlah nak kata yang sedia ni tak bagus tapi aku cakap je lah. Kalau aku tak cakap pasal english lit punya syllabus takkan nak cakap pasal kejatuhan mata wang pulak.



Assalamualaikum.
M.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers