Aktiviti waktu cuti.

Assalamualaikum.

Memandangkan cuti semester sudah bermula haruslah entri semua berunsur insan bahagia berbunga-bunga..hehe. Jadi rasanya aku nak share apa yang biasanya kita boleh buat atau nak cuba-cuba buat bila cuti. Tak kisah la cuti semester, cuti hujung minggu, cuti sekolah, cuti bersalin atau anda memang cuti setiap hari pun. Tapi semua aktiviti indoor je lah yang aku share kali ni.

1. Cooking
Masak memang aku biasa buat dari zaman lepas SPM lagi. Sekarang ni kalau hari malas aku tolong ayah je..hehe. Ayah aku kan tak keja dah so automatik memang beliau masak pabila daku mahupun emak tiada. Boleh kata aku setiap hari masuk dapur sampai kadangkala ibarat tiada idea nak masak apa dah.

Bagi yang jarang masak atau tak pernah pun masak time cuti adalah masa terbaik untuk belajar memasak. Serius tak susah pun, baling saja semua benda dalam kuali..haha. Kalau rasa was-was dengan idea aku tu, ce tengok Jamie Oliver tu..campak dush dush pun nampak sodap gak! So, takpayah takut sila cuba baru tahu!

2. Sewing
Aktiviti menjahit adalah sangat disarankan kalau anda nak belajar skill baru dan nak belajar pupuk kesabaran. Aku cakap betul, kalau kau tak sabar memang hmm tak ke mana lah. Tapi jangan risau, kesabaran boleh dibentuk. Aku kan contoh tak berapa nak penyabar tapi aku survive wei belajar menjahit. Aku suka jugak menjahit ni tapi aku ada satu penyakit. Once aku menjahit memang aku nak benda aku jahit tu jadi perfect. Tetiba aku jadi perfectionist padahal aku bukan macam tu pada kebiasaannya.

Anda patut cuba kalau nak tahu bagaimana anda boleh kagum dengan diri anda once anda dah berjaya siapkan jahitan contohnya baju kurung. My first baju kurung bila dah siap buat aku rasa macam betul ke? betul ke? Gituu..

3. Knitting
Mengait! Ini best tapi aku tak pernah try sebab malas nak gi beli peralatan mengait ni. Lagi satu aku malas nak usha youtube tengok step by step. Kalau boleh buat pouch letak phone best jugak kan. Dah tentu-tentu dapat rekaan yang unik dan tersendiri. Salah satu sebab aku tak pernah try mengait sebab aku rasa macam feminin sangat kait mengait ni. Macam tak kena dengan jiwa je..ehehe.

4. Reading
Membaca memang aku biasa buat! Aku kan suka membaca. Rasa split personality boleh tahan lah sebab sebelah jiwa aku kan malas, lagi sebelah jiwa suka membaca. Pelik boleh tahan la. Bahan bacaan semua jenis aku baca. Kalau kau pernah datang rumah aku memang kau tahu la betapa berbagai buku ada kat rumah tu, banyak je tak berbaca lagi. Paling favourite baca komik!

Kalau kau tak pernah bawak komik, kau patut try. Ce try baca Lawak Kampus by Keith. Lawak dia simple je tapi mengenang zaman sekolah jugak la. Takpun try baca komik by Zint. Zint ni aku suka sebab lawak dia macam Stephen Chow punya gaya. Membaca komik sebenarnya bantu kita lebih kreatif sebab kena imagine situasi tu cemana. Ke aku sorang yang macam tu? Tapi satu benda penting, baca komik buat aku berjaya jawab soalan kbkk masa exam law itu hari. pun boleh..haha.

5. Cleaning
Kemas mengemas rumah amalan biasa. Balik weekend pun kena buat jugak aktiviti ni. Oh, tahu betapa sepah kalau lelaki yang masak? Sebab tu aku kena kemas mengemas amalan mulia. Kalau dah ayah aku yang masak memang bawang merata-rata boleh jumpa. Dalam peti ais takpayah cakap memang apakah ini? Setiap kali aku balik aku memang stress tengok peti ais tu. Itu belum kira kalau aina or dondi tumpahkan juice or susu dalam peti ais. Tumpah tu memang haromm lah nak lap balik. Nampak perangai? Penat jadi tukang bersihkan peti ais. Cubaan untuk bersihkan peti ais dalam dua tiga jam tapi disepahkan dalam less than half an hour. Faham tak perasaan bengkek tu cemana. -..-

So, kalau taktahu nak buat apa time cuti ni, boleh la start mengemas dari bilik sendiri atau bilik air. Itu tempat aku mula belajar mengemas dari kecik lagi. Kalau kau ada bibik lain lah kan. Tapi kalau ada bibik dan kau masih kemas bilik sendiri, kau awesome!

Dah..itu je. Selamat bercuti bagi yang bercuti! Aku nak menikmati hari indah aku sebelum result keluar..haha.

Mira.

Comments

  1. bila cuti, memang ketagih nak masak, sebab nak balas dendam duk hostel makan makanan yang tak kena selera, pastu mahal...so, bila cuti, makan sepuasnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..betul betul. kat rumah boleh masak macam-macam sesedap rasa kan. rumah memang heaven..haha

      Delete
  2. Tazabar betul nak cuti. Nak masak! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka masak jugak eh? best kan..hehe.

      Delete
  3. wah best la cuti..selamat bercuti..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers