Belajar.

Assalamualaikum.

Aku berpendapat kita perlu belajar untuk rasa bertuah dan bersyukur.



Tak, entri ni bukan pasal politik.
Malas nak cakap pasal politik yang makin huru-hara.
Taknak libatkan diri. Buat serabut kepala.
Cakap pung pang pung pang tapi apa pun takdak.
Baik buat assignment dan fokus untuk final ni.
Nak psiko pun sorang-sorang je.

Aku rasa bertuah dengan bersyukur kena duduk sebaris.
Ya, seperti kau datang lambat ke kelas yang lecturer garang tahap pheww
berpeluh otak kau nak menjawab tapi tak kena marah.
Atau tak buat exercise dia bagi sebelum cuti panjang dan lepastu tak kena marah.
Atau bila kau lupa tarikh listening test dan tak pegi kelas sebab tido mati
lepastu lecturer suruh datang ambik test individually.. test yang sepatutnya takleh buat di lain waktu.

Faham tak betapa bertuahnya kau bila tak kena marah?
Faham tak betapa bertuahnya kau bila boleh ambik test balik?

U tak sama macam matrik.
Masa matrik masih di-spoonfeed.
Zaman U? Jadi zaman forkfeed dah.
Takdak sapa kesah kalau kau tak ambik test pun.
Takdak sapa kesah kalau kau tak faham satu hapa pun.

Tapi bila diberi peluang rasa macam sobss...bertuahnya aku.
Rasa macam lega sebab at least ada yang peduli.
Sebab kadang-kadang memang ter...
terlambat, tertido, terlupa..dan segala ter lagi..

Dan aku bersyukur sebab aku rasa bertuah. sebab apa?
Sebab selalu diberi peluang kedua ketiga dan keempat.
Ok tak, kedua ja. Ngada sangat nak peluang banyak-banyak..hehe.

Belajarlah untuk rasa bertuah dengan apa yang kau miliki dan bersyukurlah kerana itu.



p/s: Alhamdulillah for every tiny things You give me.
pictures:courtesy from google.
Love, Mira.

Comments

  1. alhamdulillah..sbb ade sesetengah org still lg x tau nk bersyukur bila dah diberi peluang mcm tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kadang-kadang kita tak nampak semua tu. tak appreciate pun. itu yg kena selalu muhasabah diri kan. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers