Sunday, April 28, 2013

5 Best Dishes in Kelantan That I Loveee ^_^

Assalamualaikum.

*ini entri yang panjang*

Seperti yang anda tahu saya orang Perlis. Tapi membesar di Kelantan dan Kedah. Eh, ka baru tau? Haha..Tak kisah la. Hari ni tetiba rasa nak mengenang memori kat Kelantan dulu. Antara syurga makanan kat Malaysia ni memang Kelantan salah satu daripadanya.

Sangat banyak dish yang hanya ada kat Kelantan tapi payah nak dapat yang exactly macam yang original. Walaupun aku kuat makan tapi aku sebenarnya picky eater a.k.a cerewet dalam memilih makanan. Tak, harga murah memang tak kisah tapi kualiti dan rasa memang i kisah uolls. *tetiba memondan*

Ok, sebagai perkongsian aku nak list-kan beberapa best dishes yang aku rasa kalau pegi Kelantan tak makan memang rasa macam tak sempurna. Macam something wrong somewhere lah kan. Aku dengan family kalau pegi sana memang akan mencari semua makanan ni, lepaskan rindu gituu..hehe.

Tapi ni hanya menurut taste bud aku lah kan. Kita punya taste bud tak sama jadi kena try semua baru tau mana yang kena atau tak kena denga citarasa anda tu ok.


#1: Ayam Golek
Dah nama ayam golek dah tentu ayam tersebut digolekkan ye dak? Takkan dilenyek macam mash potato lak kan? Haa, ni rupa ayam golek.. Air liur macam membuak-buak ja nih..demmit. Ada satu kedai kat area rantau panjang..dulu-dulu kami selalu singgah kedai tu. Sedapnya Ya Allah..hmm. Tapi malangnya takleh nak suggest sebab memang taklah aku nak ingat namanya. Yang aku ingat dia kat tepi jalan..sedap sangat. Nangisss... T_T




#2: Akok
Akok ada dua pattern. Wah, pattern gitu... Satu jenis berbunga satu jenis leper. Aku suka yang leper, senang sebab boleh terus ngapp ja. Kalau yang bunga ni kena potong-potong dulu..so saiz agar besar. Nampak tak betapa malasnya aku nak kunyah kalau besar sangat makanan tu? Tapi secara logiknya aku suka makan makanan yang praktikal.. Aiceh, dasar pemalas memang pepandai buat teori sendiri..haha. Akok ni dibakar kalau tak silap. Kalau masak pakai dapur arang yang dulu-dulu tu lagi umphh. Bajet macam pernah buat ja kan..haha.

Ada satu kedai dekat wisma apa ntah. Haish..aku memang takleh ingat nama kedai. Yang pasti jalan nak ke Rantau Panjang jugak. Kedai dia jenis open air punya. Kalau bulan puasa dulu memang hampir setiap hari pi sana. Orang tu sampai tanya lah kalau ayah tak mai beli sehari..hee. Lagi satu kedai tu punya lauk gulai itik memang walawehh.. Itik memang bukan makanan pelik dalam pilihan keluarga encik Hassan.

akok bunga
akok leper?

#3: Mee Celup
Huish..ni memang antara all time feveret aku nih. Kadang-kadang bila malas nak makan nasi kat sekolah, ini yang aku bedal. Makan masa panas memang...nangisss lagi. Rindu betul saat-saat tu. Seperti masa nama kedai tak ingat tapi dia dekat area pasar Pasir Mas, lepas sikit dari jalan keretapi..dekat balai polis. Aku rasa kalau orang Pasir Mas memang tau sangat tempat ni. Kedai dia besa ja tapi pelanggan petang-petang memang sangat ramai. Tapi taktau la kot sekarang dah pegi bukak kedai baru yang lebih besar ka.. Yang tu aku tak sure lah.


#4: Budu
Tak Kelantan ah kalau tak rasa budu ye dak? Aku dulu tak makan pun. Bajet berlagak kann. Bila balik Kedah baru rasa sebab bawak budu balik sama. Lepas dah makan sekali memang nak lagi. Makan ikan rebus, ulam sikit lepastu cicah budu..memang bertambah lah nasi. Tapi budu tak susah pun nak cari sebab banyak pilihan kat pasaran. Cuma kalau family aku kami memang letak cili api dengan kadar yang banyak. Ok, sangat banyak..kami suka pedas. Ada rasa pedas masam masin..wooooo...


 #5: Nasi kerabu
Ada lagi ka orang yang tak pernah makan nasi biru ni? Kalau tak pernah boleh la cuba cari dan makan. Sedap dan mengenyangkan. Seperti biasa sejarah aku dengan nasi kerabu ni ialah aku tak makan mula-mulanya. Sebab dia kaler biru. Aku punya imaginasi ingat orang tu campur dengan nila nak bagi warna biru..haha. Aku taktau ada pewarna makanan dalam dunia ni. Masa tu baru umur 8tahun kot. Logik lah kan taktau? Tolong la cakap logik kalau tak rasa noob sangat.

Nasi kerabu paling best makan dengan daging or ayam panggang. Tapi aku rasa macam daging disalai pun ada. Ntahlah aku pun konfius..haha. Ada satu kedai yang tak diinagti namanya memang super sedap. Seingat aku kedai tu tepi jalan. Jalan besar dari Pasir Mas nak ke Kota Bharu. Bahagian bawah jual nasi kerabu, bahagian atas rumah pemilik tu. Nice kan. Itu antara tempat sarapan paling tiptop aku pernah pegi.

Sangat teringin nak rasa lagi. Tapi sebbaik ada akak jual nasi kerabu yang super sedap kat uum ni. Kalau tak kempunan aku. Walaupun jauh kedai dia tu, kekadang aku menapak pegi cari jugak..gigih tau.


Sebenarnya banyak lagi makanan best kat Kelantan nu cuma tak larat la nak cerita satu-satu. Ni pun merepek tahap apa dah. Walaupun aku suka semua makanan ni kalau yang masak tu buat tak sedap memang aku tak makan banyak. Makan suka lepastu sedekah kat kucing. Aku dah cakap aku picky eater. Even mengidam cemana pun kalau tak sedap makan sikit ja lepastu meratap sepi..hee.

Sekian.
*pictures: courtesy from google*



Love, Mira

6 comments:

  1. tikah prnah makan akok leper tu..seminggu muntah2 n cirit birit...huhuhuhu T_______T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tikah awat hg muntah cirit-birit bagai? hehe.

      Delete
  2. x lalu la...rasa mcm mna tah..aku bru gigit skit pastu trus muntah2...mlam tu crit brit baga..x leh kawen ngan org kelantan la mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe bukan yg fresh kot tikah makan tu. jangan salahkan akok..hahaa.

      Delete
  3. lorr..yeke, bape lama mira stay kat qlate tu? sy sbg anak jati qlate dengan ini mengiyakan semua dishes yang disebut diatas..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla lama sangat, dalam 6 thn camtu..hee. kann..sedap sangat. ni bila mengenang memang lapar ja rasa..hehe.

      Delete