Tuesday, May 21, 2013

Obsession :3


Assalamualaikum.



Kebelakangan ni, aku macam obses sikit lah dengan sewing thing ni. Sebelum ni pun pernah obses dah tapi kejap ja sebab busy dengan komitmen sebagai student. *tangan di dada mata ke atas*

Sejak last year aku rasa sangat teringin nak start my own business yang of course berkaitan fashion. Lepas habis spm dulu aku ada ambik kelas menjahit tapi tak ramai yang tahu. Kawan rapat ja tahu sebab malu. Perangai brutal macam aku ni pegi kelas menjahit? Gelak pecah perut lah kawan-kawan sekolah aku. Even that someone macam gelak sembunyi-sembunyi sebab taknak aku kecik hati.

Ayah aku pun sangat sokong kalau anak-anak dia belajar benda kemahiran macam menjahit, masak dan yang sama waktu dengannya. Ayah pernah suggest aku apply fashion design untuk upu. Tapi hell no lah. Sebab kelemahan terbesar aku ialah aku tak pandai lukis. Sangat tak pandai lukis. Ini diwarisi dari ayah..haha. Selama ni kalau aku reka apa ke benda pun hanya melalui imaginasi aku sendiri ataupun lepas dah google sana sini.

Dah beberapa kali blogwalking kat belog yang ajar diy, makin gila lah aku nak buat benda alah semua tu. Cuma masalah terbesar sekarang mesin jahit kat rumah dah rosak..sobs. Nak beli yang portable tu tapi tengok akaun bank..pengsan~~


Mana nak cekau duit? Aku tengah fikir sama ada aku perlu buat muka comel bila buat cubaan mintak sewing machine kata ayah dengan mak..hehe. Since ayah dah pencen ni rasa keji pulak kalau aku demand kan. Dah lah Samad Don, adik aku tu bakal masuk u or matrik ntah. duit lagi.

Mungkin permulaan ni aku nak start buat yang simple macam potong kain ikut measurement sesuka hatiku dan suruh kedai tolong jahit. Start cuti sem tiga bulan ni rasanya dah boleh slow-slow buat diy kalau menge-bestkan dan berbaloi boleh start bisnes..yeay!

Oh, gambar bawah ni dari hasil google diy. Akak ni sangat ohsem. Super duper ohsem tapi tak ingat link dia. Long cardigan dengan dress merah tu dia jahit sendiri. Cantik kannnn...



Ini pun hasil meng-google jugak. Akak bawah ni banyak jugak koleksi diy dia. Bukan setakat baju, beg, ribbon, dress semua ada..Ya, lupa link lagi sekali. Tapi omputih la penerangan dia. Haa, kat gamabr tu link belog dia.


Sebagai permulaan, aku rasa nak start buat kimono cardigan satu dengan halfmoon sehelai. Tetiba keluar cerita halfmoon kan. Sebab halfmoon salah satu yang tersenang. Cuma masalahnya sekarang mana gunting aku pegi? Mana??

p/s: balik ni kena pegi cari kotak barang menjahit aku. sejak kembali stay kat perlis aku dah tak pernah menjahit. which is almost two years. karat dah otak ni..hehe.

Love, Mira.

No comments:

Post a Comment