Thursday, August 18, 2011

La Tahzan...

Jangan bersedih! Itu je yang ada dalam fikiran aku bila ada seorang sahabat aku yang cerita masalah dia tadi. Jujurnya aku pun pernah rasa perasaan yang sama cuma tak terluahkan pada sesiapa. Seingat aku, hanya pada-Nya aku pernah mengadu pasal benda ni. Tapi kalau diluahkan lebih baik sebab bila pendam sesuatu lama-lama memang makan dalam la.

Dia cerita pasal parents dia yang pilih kasih. Aku tak pernah rasa macam tu cuma kadang-kadang rasa sentap bila dibanding-bandingkan. Hal ni mungkin nampak remeh tapi bagi kesan besar pada psikologi seseorang tu. Aku kesian dengan dia dari kecik lagi dah rasa macam tu. Rasa tersisih. Tak dapat nak bayangkan macam mana dia lalui zaman sekolah sampai la sekarang ni.

Patut la aku tengok dia rajin sangat study. Dia sedih bila result tak capai target yang dia nak masa first sem dulu. Tapi kat hujung-hujung sem dia dapat result yang sangat-sangat cemerlang cuma sayangnya takdak orang yang  nak kongsi kegembiraan tu dengan dia. Sedih bila kita tak dapat nak kongsi kebahagiaan kita dengan orang lain. Sedih bila orang ignore-kan kita. Macam kita tak wujud.

Aku sendiri pernah rasa sedih sebab aku rasa takdak sapa yang mampu faham hati aku. Taktau nak cakap kat sapa..taktau macam mana nak luahkan rasa. Aku pernah rasa benci diri dengan sendiri bila aku terlalu tertekan dengan orang sekeliling aku. Dari kecik orang memang selalu bandingkan aku dengan kakak aku. Aku tak pandai macam dia..tak independence macam dia. Manja la..mengada la. Aku dah penat dengar semua tu. Salah aku ke dapat muka macam ni?

Ada sorang makcik ni pernah kata, 'ala, mira tak payah belajar pandai pun xpa..nanti dah besar mesti ada orang nak punya. boleh terus kawin. kakak hang ya lah, kena belajar sungguh-sungguh.' Aku memang rasa terhina gila dengar ayat ni padahal aku baru sekolah rendah kot time tu. Masa tu kakak aku dapat result bagus, aku dapat biasa-biasa je. Takkan sebab kulit aku cerah sikit daripada kakak aku bermakna aku bodoh?. Serius aku benci.

Tapi bila dah makin besar, fikiran lagi matang kan. So, aku terfikir jugak..apa la perasaan kakak aku bila orang tak percaya kami adik-beradik. Yeah, i mean bila orang cakap,'eh, apsal kau tak macam adik kau eh?'. Dan of course banyak lagi kata-kata yang tak best. Aku tau dia pun mesti sentap punya. Itu baru aku cerah sikit daripada dia, makcik makcik tu dah kecoh. Kalau aku ni cun macam J.Lo camna lah agaknya kan. Adeh..

Jadi, kesimpulannya dah tentu semua orang pernah rasa sedih. Down bila orang sound kita atau ignore kita macam kita takdak nilai langsung pada mata diaorang. Tapi yang paling penting pada aku, biar la orang buat kita, jangan kita yang buat orang. Bila rasa sedih atau dukacita boleh la baca doa ni:



Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

p/s: aku pun selalu ignore-kan dia. rasa kejam la pulak. aku patut ubah perangai jugak ni. Oh, identiti sahabatku itu tak dapat nak didedahkan sebab sensitif. Sekian.

Love, Mira.


No comments:

Post a Comment