Posts

Showing posts from 2011

Oh, kahwin muda!

Image
Assalamualaikum.


Hari ni aku nak kongsi pasal kahwin muda. Rasa macam sekarang ni memang trend orang kawin awal kan. Kawin muda ni jadi pada golongan remaja yang still study (yang dah keja pun kira jugak) pastu decide nak kawin. Itu ikut pemahaman aku lah, orang lain aku tak tau. Entri kali ni sebenarnya diinspirasikan oleh Sharfa sebab dia telah meng- update status terbaru.. Dia nak kawin tapi aku rasa parents dia tak bagi. Tengok status dia kat bawah ni;


Demi nak tolong sharfa, maka aku telah google dan jumpa cara nak yakinkan mak bapak kalau nak kawin awal. Sharfa, hang try la start praktis semua tips tu dengan hati yang ikhlas dari sekarang. Insyaallah, parents hang nampak usaha hang untuk ke arah yang lebih baik yakni mampu jadi isteri yang super duper baik. Bila parents hang yakin, aku rasa takdak halangan keluarga lagi dah pasni. Oh, duit kena saving ah kalau tak macam mana nak buat kenduri. Kenduri kecik cukup la kot untuk keluarga, kawan rapat dan jiran. Kalau teringin nak bu…

Jatuh Cinta Juga Perlukan Masa.

Image
Assalamualaikum.

Obviously dalam range umur sekarang orang memang gelabah bila takdak pakwe. Bagi yang tak gelabah, anda memang cool. Syabas aku ucapkan!! Bagi aku cinta tu akan datang dengan sendiri. Memang lah kena cari tapi ya..usah dipaksa cinta itu. Dan harus diingat yang cinta dan jodoh adalah dua benda berbeza. Ramai orang yang bercinta tapi tak sampai ke gerbang perkahwinan. Haih..aku rasa ayat aku poyo lah. Dangg...*Tampar pipi bagi normal balik.

Ikut pandangan aku, jangan bercinta kalau tak bersedia. Dan jangan duk rasa down bila tengok orang lain ada pakwe dan kau takdak. Takdak pakwe bukan bermakna tak laku. Kalau tak caya cuba survey orang sekeliling, mesti ada yang kita tengok macam perfect tapi ya single. Sebenarnya bukan tak mau atau jual mahal sangat cuma rasa tak mampu bagi komitmen. Buat apa bercinta then gaduh pastu putus? Macam buang perasaan je. Buang masa memang dah tentu-tentu punya.

Jadi, biar masa yang tentukan. Atau yang lebih tepat lagi Dia yang kat atas sa…

The Fact.

Image
Assalamualaikum.

Isn't this ironic? We ignore the ones that adore us...
Adore that ones that ignore us...
Love the ones who hurt us...
& Hurt the ones who love us...


sekadar share sebab malas nak taip panjang-panjang..teheee.. =)


Love, Mira.

Opss..aku rasa terjatuh cinta lah!

Image
Assalamualaikum.

Aku kan terasa macam terjatuh cinta lah..hmm. Aku sebenarnya bukan la jenis yang senang jatuh cinta sebab dah pernah rasa kecundang di tengah jalan.Tapikan masa naik Lrt petang tadi on the way balik dari kelas ada mamat hensem iras-iras Zul Huzaimy tegur aku. Awww..comel lah awak! Hehe. Tapi aku macam malas ah nak layan. Then, dia kata kami pernah jumpa before ni. Lepastu aku terus teringat, last time naik Lrt ada la benda memalukan yang jadi antara kami berdua.Terus aku malu sendiri..blushing muka aku ni. Malu la malu..hehe.

Okay, silalah percaya dengan ayat propa di atas..haha. Sejak bila pulak sintok ada Lrt bagai..tetiba maju sangat apahal? haha.. Aku sebenarnya nak cakap yang aku petang tadi dah ter-meng-download cerita kau laksana bulan. Drama ni pernah ada kat tv2 dulu tapi aku tak sempat tengok. Jadi ni kira aku qada' balik la.  Rasanya ramai yang dah tau yang drama ni adaptasi dari novel tajuk yang sama tulisan Aina Emir. Hmm..rasa macam kat awang-awangan…

Tips untuk ke Sabah Borneo.

Assalamualaikum.

Seperti yang aku bagitau dulu, aku nak kongsi tips ke sabah. Walaupun aku tak layak nak bagi tips pun tapi peduli apa, aku cuma nak kongsi pengalaman aku je..hehe.

#1: Flight.
Ni yang paling penting. Tak booking flight nak naik apa? Berenang? Silakan..takdak sapa nak halang. Mana tau boleh masuk Malaysia's book of record ke..hehe. Eh, back to business. Sebelum nak pegi tu aku rasa adalah lebih baik booking lebih awal sebab kalau booking awal harga lebih murah. Kalau kau memang kaya tahap dewa dan dah taktau macam mana nak habiskan duit, boleh la booking last minute ya. Aku personally suka Mas kalau nak banding dengan Airasia. Bukan apa, akak aku kata naik Mas diorang sedia makan. Airasia takdak, kena beli..dah la mahal gila. Mungkin orang lain rasa tak mahal tapi bagi aku kalau satu bekas nasi lemak harga rm16 aku tak sanggup bayar. Kalau duk kat uum ni boleh makan sampai 16 bungkus. No way! Aku rela tak makan. Tapi untuk perjalanan 2 jam macam aku tak makan pun t…

perkara tak best

Assalamualaikum.

Apa yang tak best bila anda sibuk? Aku tak suka bila tetiba aku jatuh sakit time aku tengah bertungkus lumus buat keja yang bertimbun. Dan sekarang tulah yang terjadi. Tapi mak aku selalu kata, sakit ni macam tolong kita buang dosa-dosa kecil kita lah. So, kena banyak-banyak bersabar. Betul ke?

Aku rasa ni antara dugaan terbesar lah dalam hidup aku. Orang mesti akan kata,
eleh demam je kot..buat teruk macam nak mati apahal? Memang demam je! Tapi reaksi badan aku pada demam memang superb. Tak lalu makan, takleh sejuk-sejuk sangat, takleh fikir banyak-banyak. Aku hanya akan terbaring dalam bilik secara terlentang sebab kepala pening gila dan pinggang pun sakit sekali. Ceh, kalah orang mengandung kan simptom aku ni..hehe. Tapi aku harap aku akan cepat sembuh sebelum sampai tahap kritikal iaitu takleh bau makanan langsung. Terseksanya... Dan aku ni malas nak jumpa doktor sebab asal aku nak jumpa je mesti badan aku macam dah nak sihat sikit. tapi bila malam start sakit bal…

Cerita Minggu Lalu.

Assalamualaikum.

Dalam dua minggu kebelakangan ni aku memang busy gila. Aku serius, kali ni memang sangat busy. Assignment, mid term, quiz, konvo akak aku dan pindah rumah. Hidup aku memang hectic la, super duper penat tapi apa boleh buat. Bukan aku sorang je yang jadi camni, satu family aku pun sama. Paling kesian mak aku lah, eh tak..semua pun kesian. Yang kurang kesian sikit pun kat adik aku dua orang tu.

Aku memang rasa sangat serabut sebab banyak benda nak kena buat secara berderet-deret. Minggu lepas aku skip kelas 3 hari sebab fly ke sabah untuk konvo akak aku. Hehe..bukan selalu dapat peluang macam ni kan. Aku stay 3 hari je kat sana dan ni first time aku pegi holiday tanpa stay satu hotel dengan family aku..huhu. Diorang best la, cuti sekolah kan..dapat la duk sana seminggu. Tension betul tengok gambar diorang bersuka ria tanpa aku..heh. Aku memang jeles.

Disebabkan aku takda cuti panjang macam diorang maka aku pegi dengan mak dengan pak sedara aku. Tiga hari mana nak cukup, …

Perubahan Emosi?

Image
Assalamualaikum.

Aku adalah insan yang paling susah nak menangis. Ok, tipu lah. Aku dalam dua tiga tahun kebelakangan ni selalu sensitif. Tengok kucing yang kurus kering, motor basah kena hujan, baca newspaper, makcik cleaner yang sakit kaki, makcik yang tunggu bas lama gila..semua tu boleh buatkan aku menangis. Semua benda tu nampak remeh je kan tapi dah cukup buat aku sebak. Tetiba aku senang sensitif padahal selama ni aku mana ada masa nak menangis bagai. Dari form 1 aku duduk asrama tak pernah menangis kecuali masa sakit tapi bila dah besar ni senang sangat menangis. Ni emosi ke naluri keperempuanan eh? Rasa macam pelik dengan diri sendiri. Walaupun aku nampak heartless kat mata orang tapi aku sensitif tau.





p/s: tetiba duk cakap pasal menangis, pasaipa mira? pasaipa?

Love, Mira.

tetiba aku emo.

Image
Assalamualaikum.

Aku tengah mengalami konflik diri yang boleh dikira agak rumit jugak lah. Jadi, aku nak tanya, adakah normal untuk berasa menyampah pada boyfriend anda sekali sekala? Walaupun boyfriend anda takdak buat apa-apa yang annoying? Aku rasa macam aku selfish bila time aku menyampah dengan dia. Tak kira dia buat apa pun aku tetap akan rasa annoyed. Aku punya emo tahap aku takleh nak text dengan dia pun. Dah beberapa hari jugak lah aku buat taktau je kat dia. Kejam sangat ke aku? Ni sebab hormon ke ego ke apa? Okay, aku tension dengan diri sendiri.





Love, Mira.

Jerai with Love... Part 1

Image
Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan; inilah gambar masa hiking di gunung Jerai. Yeah, sila lah tengok gambar ni semua sampai lebam. Sori la ambik masa sikit nak update, gambar banyak sangat maka pening kepala nak pilih. So, here you go..hehe.


Jerai 2011

Image
Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan; inilah gambar masa hiking di gunung Jerai. Yeah, sila lah tengok gambar ni semua sampai lebam. Sori la ambik masa sikit nak update, gambar banyak sangat maka pening kepala nak pilih. So, here you go..hehe.


Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers