Thursday, November 10, 2011

Cinta Dan Pengorbanan.

Assalamualaikum.

Yeah, i'm back! Aku tak update bukan sebab apa nama pun cuti kena la rehat kan kan..hehe. Sebelum terlupa, Selamat menyambut hari raya aidiladha. Sesuai dengan tema raya korban ni aku nak cerita pasal pengorbanan. Oh, sebelum tu, dah tengok video baru matluthfi? Tadi aku ada jugak share kat facebook sebab suka gila tengok video nih. Apakah kaitannya? Sila tengok video ni dulu..sumpah lawak.



Tajuk entri ni ada kaitan dengan lagu forteen yang berdua bersatu tu. Matluthfi ni ada kata ada beza antara pengorbanan dan kebodohan kan? Aku teramat sangat paling SETUJU sebab kadang-kadang orang asyik fikir, oh takpa lah berkorban untuk girlfriend aku..aku kan sayang dia.. 
Pada aku nak berkorban boleh tapi agak-agak la jangan sampai kita ni diperbodoh-bodohkan. Aku sendiri benci diperbodohkan orang. Wake up lah, bukan semua orang nampak dan hargai pengorbanan kita. Nak sayang orang pun ada batasnya. Buka mata dan fikirlah..


Mesti korang tertanya-tanya apa la yang aku merepek ni kan. Macam ni ada kawan aku kena tinggal dengan girlfriend dia. Lama jugak diorang couple, kalau tak salah makan tahun jugak la. Sepanjang diorang couple aku tengok si lelaki ni memang beria-ia jaga hati si perempuan ni. Sayang kan, nak kata apa lagi. Kalau tegur kang kata jeles pulak. So, aku pun takla cakap beberapa perkara tak best yang aku tau pasal perempuan ni sebab aku pun takla kenal dia sangat kan. Kang tuduh aku pepandai bawak mulut pulak. Tak pasal-pasal pulak kan. Bila dah breakup tu  takpa la tapi yang membuatkan beberapa orang yang terdekat dengan lelaki ni bengang adalah bila si perempuan ni siap kutuk-kutuk lelaki ni kat blog dia. Huh..masa couple dulu tak kesah pun lelaki tu rupa camna bila dah breakup kutuk kemain. Rasa macam diri tu cun habis la nak mr.right kan. Tapi yang sedihnya lelaki tu tak tau pun dia kena kutuk dengan ex dia..hmm.

Moral yang kita dapat belajar dari kisah ni: janganlah agung-agungkan orang yang kita sayang dan cinta tu sangat. Takut nanti makan diri pulak bila breakup, mana nak tau kan. Dan paling penting jangan biarkan diri kita ni diupermainkan orang lain. Oh ya, lupa nak cakap. Si perempuan ni jenis suka kikis si lelaki, mintak barang branded bagai. Yang ni sumber yang boleh dipercayai lah yang cerita. Taktau la weh, kalau lelaki tu kumpul balik duit tu boleh beli iphone agaknya. Mungkin lebih dari satu boleh beli. Who knows..




p/s: Biar buruk rupa asal hati bersih, aku tak kesah rupa camna sebab tu aku suka beauty & the beast. Kalau muka cun macam Miranda Kerr tapi perangai macam sial..apa gunanya? Opss..termaki pulak..hehe. Cinta, cinta jugak jangan sampai makan diri.


Love, Mira.

7 comments:

  1. walaweyh.......hahahah..
    aku hanya mampu beli baju rm25 kt tesco..tak mampu brg branded..sobs3
    -kau kenal sape aku- :)

    ReplyDelete
  2. perhhh...ak tau hg mmg x berminat dgn lagu2 melayu ni..huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha..u know what dear..ape yg matluthfi tu cakap totally right! kelakar kan bila dgr balik video ni. :)

    ReplyDelete
  4. anonymous: sapa eh? aku x sure sapa kau sbb mostly kawan2 aku tak pakai brg branded. aku kalau kat tesco beli baju rm10 pun dah bahagia dah..hehe.

    ReplyDelete
  5. dayah: bukan semua la. aku dengar jgk lagu melayu cuma kdg2 curious dgn lirik tu.:)

    ReplyDelete
  6. kak ezma: haah..dia sgt kelakar. tak larat nak gelak walaupun tgk byk kali. yang tak tahan tu dia boleh marah alif satar sbb ckp psl dia..haha. :D

    ReplyDelete
  7. anonymous: haa, kau faiqah eh??? :)

    ReplyDelete