Tuesday, March 15, 2016

Media Sosial & Repekan Tanpa Batasan

It's about time. Setiap tahun bilangan post mesti makin kurang sebab idea hilang dibawa arus kedewasaan pehh macam karangan bm zaman sekolah haha. Masa ada, idea tiada. Idea ada, masa tiada. Dah tu kalau dua benda ni tak serasi haruslah tak mendatangkan hasil kan. Maka sebab tulah takdak update. Rasa macam tak relevan dah nak berbelog sebab sibuk berkicau di twitter. Tapi rasanya kalau hang follow aku kat sana mesti rasa macam eh the makcik-makciks bebel sangat si mira nih..lulz sangat tau. I act differently kat socmed yang berbeda k. Kena guna perkataan berbeda baru lah ada feel Ada Apa Dengan Cinta (AADC) kehkeh. Tak sabar nak tahu AADC2 jadi apa setelah sepuluh tahun eh ke lebih? Aku malas nak kira tapi masa AADC aku form 2 or form 3 gitu.

Kenapa kena act berbeda di socmed berbeda? Sebab facebook is sooooo overrated dan dipenuhi makciks pakciks, adiks, kakaks, sistur, brother dan segala peringkat umur. Lepastu warga fb ni selalunya cepat butthurt lepastu tak paham sarcasm. So, malas la nak mulakan kontrobasi yang mampu mencetuskan kecaman ummah. Aku, very the garang one dan status aku mestilah garang-garang je. Takdanya bebi i lebiu sambil tag cendol pulut kat pakwe. Dan sebab naturally kita akan di-stalk keluarga dan sebab makin banyak keluarga join fb, aku walkaway~~ Gituh la. Sesekali upload lah gambo kucingku comel sihat dan cergass *nyanyi gaya sapik rahim* tu pun upload sebab nak kabo teman ni idup lagi ha.

Monday, January 11, 2016

Hola 2016!

Haha dah 11 hari baru terasa mahu update tahun baru..kurang relevan tapi peduli hapa aku, nak jugak cakap, Selamat Tahun Baru! 2015 boleh dikatakan tahun aku aaaaaa ha apa? Ha, gitu..faham tak apa aku nak sampaikan tu? Hehe sebenarnya nak bagitau ianya tahun aku memalaskan diri dan menggemokkan diri dan memanjakan diri dan cehh..senang cerita, tahun aku blurr, hilang arah dan tak boleh move on. Terasa masih student walaupun dah selesai first degree, payah naa nak move on haishh. Rasanya cukup dah kot memalaskan diri, kena mula serius in whatever i'm doing. 

Doakan aku berjaya dalam misi jangka panjang dan misi jangka pendek ya! Misi pendek aku adalah #Misi5km iyaa, mahu berlari 5km dan tak semput macam dugong kurang oksigen. Nak berlari steady ja macam zaman sekolah dulu. Sekarang baru capai 2km tapi fuhh jantung rasa macam gila, jatuh cinta pun tak menggila macam tu jantung aku. Eh boleh pula compare gitu.. ;p Untuk long term, aku nak buat #Misi10km hah nampak semangat cemana..haha. Tapi itu mungkin kena tunggu hujung-hujung tahun baru mampu kot 10km.

Wednesday, December 16, 2015

Apa dah buat sepanjang 2015?

Assalamualaikum.

2015 pada aku hmm so-so sahaja. Nak kata happy sangat pun idok, sedih sangat pun idok. Seimbang rasanya. 2015 lebih kepada tahun aku lapang, relax dan menikmati hidup bujang dan menganggur. Ish bunyi sangat tak berwawasan kan. Jom, recap jap tahun 2015 aku.

Januari
Macam biasa, sibuk dengan final exam. Memang benar-benar final kot. Exam pulak dah masuk aras lain macam, aku serabut sebulan tu. Rasanya dah empat tahun tak peduli bila masuk tahun baru sebab hal exam ni lah..haha.


Februari
Mulakan internship program aku di negeri Perlis ni jugak ha. Senang ulang alik dari rumah. Dapat kawan baru time intern ni, Yanie, Ida, Yatie, Anip dan alamak lupa apa nama sorang lagi haha. Dalam ramai-ramai ni aku dengan Yanie ja yang intern untuk degree, yang lagi empat tu buat diploma, sebaya adik aku ja. So, aku dengan Yanie memang kawan dua lah mostly sebab depa empat senior intern kami, kami dua budak baru kekeke.


Mac
Rasanya aku takdak buat apa yang extraordinary pun.


April
Sepatutnya aku attend wedding Faiqah dan ya tak dapat pi. Faiqah adalah roommate zaman kmpk dan juga bestfriend lah. Mampuslah kena layan beliau merajuk..haha. So, ada lagi dua tak kawen lagi kalau tambah aku kira tiga orang single yang seru tak sampai lagi lewls.


Mei
Habis sudah intern aku, yehaaa! Dapat banyak cenderamata masa last day intern sob sob terharu uols. Oh, juga attend wedding SV praktikal aku dengan Yanie. Aku dengan Yanie serupa duos kot, pi mana dua orang. Depa panggil Yana Yani, aku la Yana tu hahahaha.


Jun
Fokus siapkan final report. Oh, aku spend lebih seratus untuk jilid final report aku. Report praktikal pun dah kelas sekarang, pakai jilid ha. Satu untuk SV UUM, satu untuk aku, ayah suruh buat untuk simpanan sendiri buat kenangan. Kenangan yang 'berharga' sebab yalah aku bayar harga dia guna duit sendiri kot. Tak boleh move on sebab menjilid adalah mahal..haha.


Julai
Bulan puasa kan..apo laei melepek ja lah kat rumah. Oh, aku buat kuih raya i.e makmur dan jual. Rasa macam tak percaya aku boleh buat dan jual. Aku berani jual sebab sebelum tu dah pi berguru dengan pakar lah. Kalau harapkan google aku tak konfiden lah nak menjual kat orang..hee. Hari-hari keja aku sepanjang bulan puasa, bila  petang, malam memang bakar si makmur tu ja lah. Senang ja resepinya tapi nak share pun payah sebab sistem measurement dia adalah agak-agak. Perlukah aku share resepi itu? Alhamdulliah sedap, oh itu ayah aku yang sahkan. Aku suka bakar biskut tapi makan sebiji ja.


Ogos
Raya yang menyeksakan sebab kain baju raya aku sempit hahaa. Potongan kain tu sempit sampai aku bersimpuh ja sepanjang hari, kau rasa? Nak tau kisah raya aku kena pi baca entri raya sa-orang mira tu. Oh, juga first time buat dodol. Perasaan buat dodol adalah ingin mencarut sebab takda sapa nak sambung buat bila dah makin berat dodol tu. Takda back up team bila nak buat dodol ni adalah lebih baik tak buat. Ogos jugak ada wedding bestfriend zaman universiti jauh di terengganu. Dan ya, tak dapat attend juga. Penat iols pujuk beliau :)


September
Buat part time job yang berkaitan key-in data research. Sebulan jugaklah keja tu tapi sangat bersyukur sebab payment daripada part time job tu buat bayar yuran konvo, kasut hitam yang kena pakai time konvo dan yang sama waktu dengannya. Oh ya, UUM kalau kasut kau bukan kaler hitam masa konvo kena denda dan sewa kasut ke cemana ntah. Yang pasti kau didenda.


Oktober
Convocation ceremony. Seronok jumpa coursemate as i know inilah last jumpa semua orang tapi Intan sorang tak dapat mai sebab masalah personal..sedih kot tak cukup geng. Family aku semua ada termasuk kakak aku hihooo sanggup balik padahal a week after jumpa lagi..hehe.

Kami pi Pangkor. Adakah ini hadiah convo? Nayyy, apa ingat romantik sangat ayah aku nak bagi hadiah cenggitu kakakaka. Malangnya sekeping gambaq pun takdak bila pi pangkor kali ni. Camera-free vacation kekdahnya hehe. Spend masa mandi laut adalah sangat nikmat lagi-lagi bila kali terakhir hang mandi laut adalah tujuh tahun lalu. Dah la time mandi laut tu duk nampak hornbill terbang sana-sini aaaa that feeling.


November
Pemergian PakLong secara mengejut. The hardest Yassin I've ever recite. Yang ini sebenarnya aku perlu buat entri khas. Tapi nak menaip tu kena time sorang-sorang lah haha.


Disember
Yo, dapat lesen. 24 tahun baru dapat lesen krikk krikk hambar sangat. Ini lesen driving tau kang ingat lesen boleh kawen ka niayaaa nak kena explain haha. 



There goes my 2015..haha. Bye.

M.

Tak Boleh Move On.

Aku rasa nak marah tapi apalah ertinya marah pada benda tak hidup. Erk walaupun selalu ja aku buat gitu..haha. Aku marah dengan sistem haish nak salahkan sapa ntah..taktau jpj ataupun jpn. Lesen aku beralamatkan satu alamat yang dah lebih sedekad aku lupakan. Alamat masa di kelantan dulu. So, kau rasa zaman mana? Zaman aku muda remaja dulu haa. Kalau suruh cakap kelantan pun bunyi lain macam dah kot tapi kalau orang cakap aku faham ja. Dan ya, aku baru dapat lesen, lame betul. Aku rasa aku tak suka memandu. Tapi memandu diri ke jalan yang benar insyaAllah suka jugak lah..haha. Aku syak jpn tak boleh move on. Aku dah tukar alamat kat mykad dah dua tahun rasanya..tapi still dalam sistem buh alamat kelantan lagi. Redhoo lah redhooo...

Reminiscing old memories perhaps? 

Friday, December 11, 2015

Love & War

We magically grew up together. Not together like physically together, but together like i got your back dude! Those past years were not always rainbow and sunshine. Storm and lightning are always in between those happy day. And yet we're still together. It's a miracle when i can throw away my egos half of the time.Yes, i can only tolerate certain amount..haha.

Most of the time i felt guilty towards you. My stubbornness, my whatever-lah-kau attitude, my silent treatment and even my temper which acknowledge by everyone by my side as bad tempered.
And you, still stand by me with a smile. ;)

I might be crazy, but dude, you're crazier. for sure..LOL.
7.
M.

Don't Quit.

There's always the day you really want to just give up and sleep all day long.
But, you know, giving up isn't an option.
After my epic failure last week, my days became gloomy.
Till yesterday, I did it! Even it doesn't goes well as expected but still, I passed!
Alhamdulillah and Yehooo! ;p
Preparing myself for better days.


I had my reward. How about you?
If you don't get any yet. Then, don't quit!
Brace yourself and kick it!
All the best :D
Assalamualaikum.


M.