Thursday, December 14, 2017

Setahun di UM

Assalamualaikum.

Setahun di sini banyak yang dah aku lalui... Setahun yang dah berjaya buat aku cerdik sikit. Obvious tak direct translate aku tu? - A year wiser. Aku dah selesai dengan komponen coursework dan sekarang tinggal perkara yang paling mencabar, dissertation. Pertama, bersyukurnya Ya Allah aku tak ambik mode research. Kalau ambik full research mesti aku lagha level +9999. Mujur hang sedar diri  awal amirahhh, mujur!!!

Exaggerate boleh tahan kan? LOL. Tapi ya, dissertation ni hmm banyak nak kena fikir. Kalau takmau fikir pun tak mengapa cuma tak grad lah nanti haha. Ok, tak lawak. Stress, ya 100% benar! Tak stress kalau balik rumah/kampung ja. Kalau selain daripada itu memang tak tenang duk fikir jalan nak siapkan kerja dan study. Hmm aku juga menyahut seruan menteri suruh buat dua kerja, aku tambah sikit lagi; dua kerja + satu study. Ini pun mujur aku stop bisnes kejap, tak mampu nak handle tiga kerja + satu study. Takkan lari duit dikejar -Ni pepatah sendiri buat.




M.


Monday, December 11, 2017

Love & War 3


Assalamualaikum.

Never ask how we got here.
It just come naturally and all we know, it's already 9 years.
Keep it coming!



M.
2017

Sunday, October 22, 2017

Sunday, September 10, 2017

Edisi Mudah: Sup Jagung & Crabstick [Resepi]

Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku tak share resepi mudah kat belog ni, faktor utama malas dan lupa ambik hasil masakan lepas dah siap masak tu. Resepi ni mudah ja sebab hanya perlu didihkan ja. Aku pakai rice cooker pun elok ja menjadi dan sedap!

Resepi asal dapat dari google, banyak belog share resepi ni. Tapi aku macam biasa, olah ikut sedap tekak, kalau tak sedap diam ja lah. lel.


Resepi Sup Jagung & Crabstick 

Tuesday, September 5, 2017

Cuti Semester Yang Sebenarnya Tak Cuti Pun

Assalamualaikum.

September sudah. Aku dah terlangkau Ogos sebab agak busy. Cerita raya puasa tak habis lagi sebenarnya tapi biaq la situ..ni dah melepasi raya haji dah pun haha. Ingatkan ketika cuti semester dua bulan ni aku boleh relaks goyang kaki sambil streaming movie online disamping menambah lemak. Rupanya tidak gais, itu semua dalam imaginasi aku semata-mata. Part tambah lemak ja yang berjaya buat :P Hanya minggu pertama lepas raya puasa ja aku terkebil-kebil selama seminggu sebab takdak keja. Lepas minggu tu berakhir hahaha welcome workload!