Assalamualaikum.
Hari tu kan aku berdilema sangat nak pegi ke tak wedding classmateku itu dan diakhirnya 15 Disember itu aku pegi jugak..teheee. Bestnya la memandangkan ni first time dapat jemputan kawin kawan sendiri.
Eh, lupa pulak nak cakap pengantin ni classmate time form 2 dan form 3 masa aku zaman mrsm pendang dulu kala. Nama dia Syamin, insya Allah bakal cikgu. Same goes to her husband..diaorang classmate kat maktab tu haa. Salah satu sebab diaorang decide nak kawin sebab selalu jumpa, then mak ayah setuju untuk terus nikahkan. Simple and Sweet kannn!
Pagi tu kami bertolak dengan kancil hijau highlight milik Efa. Serius hijau highlight dari jauh dah tau dah keta sapa..hehe. Dan Nada pun join jugak. Lepas ambik aku kat dpp aku ni kita orang ambik Ayu kat area Asun. Ayu form 4 baru maka aku tak kenal. Tapi 10 minit je lah aku segan dengan dia. Lepastu aku merapu jugak dengan dia. Tapi Ayu ni jenis sopan..jauh benar dengan perangai aku..hehe.
Nak jadi cerita temperature keta naik kemain tinggi lebih dari separuh..sobss. So, kami lepak kat R&R Gurun setengah camtu. Alhamdulillah ada la pakcik-pakcik yang tolong kitaorang. Kau tahulah kalau perempuan dengan keta ni..memang nganga. Tolong tengok boleh, check masalah memang hampehh..hehe.
Berbekalkan keyakinan dan ketabahan kami teruskan jugak ke sungai petani. Tunggu Raby sambil relax kejap. Raby sampai je kami terus ke Kota Kuala Muda rumah pengantin. Raby dah selalu pegi rumah dia, kira pakar dah selok belok ke sana. So, dengan bangganya kami tak sesat..hihi.












