Sunday, May 13, 2012

myLine.


Assalamualaikum.
Aku bengang dengan myLine sampai rasa nak gigit-gigit je. Nasib baik myLine tu virtual. Pagi-pagi dah buat aku bengang. Apahal nak login pun susah?! Ni lah alasan kenapa aku lagi suka pegi login twitter atau facebook. Takda la remeh sangat. Even learningzone uum pun lagi pantas dari kau. Ah, merajuk dengan kau. Bye. :'(
  

Saturday, May 12, 2012

Aku Yang Hambar.

Assalamualaikum.

Aku mengaku akulah girlfriend paling hambar dalam dunia.
Aku tak pernah cakap i love you, i miss you bila dengan kau.
Aku tak pernah letak status relationship dengan kau
Aku tak pernah teman kau shopping
Aku tak pernah nyanyi depan kau
Aku tak pernah masak untuk kau
Aku tak pernah suap kau makan 
Aku tak pernah cubit pipi kau
Aku tak pernah bagi flying kiss dekat kau
Aku tak pernah jalan dekat-dekat dengan kau
Aku tak pernah pegang tangan kau sambil jalan-jalan bila date dengan kau
Aku tak pernah hiking dengan kau
Aku tak pernah trekking dengan kau
Aku tak pernah camping dengan kau
Aku tak pernah tengok cerita kartun favourite aku dengan kau
Aku tak pernah ingat warna kegemaran kau
Aku tak pernah ingat makanan kegemaran kau
Aku tak pernah ajak kau ambik gambar
Aku tak pernah ajak kau datang rumah
Aku tak pernah kenalkan kau dengan dengan family aku
Aku tak pernah cerita pasal kau pada family aku

Friday, May 11, 2012

Wajah Baru ;)

Assalamualaikum.

Saja nak cakap hari ni berwajah baru belog ini. Apahal ayat aku ayat tunggang terbalik -..-
Disebabkan boring tengok belog yang dah lama duk hitam putih maka semalam saja gatal tangan tukar kepada yang ceria sikit. Takda lah hambar sangat. Nanti dah rasa serabut dengan ni, aku akan kembali kepada tema hitam putih..hoho. Tension jugak buat benda ni memandangkan blogger dashboard baru. Taktau nak klik kat mana. Sabaq ja lah. Satu lagi, malas nak buat header dah. Jadi letak nama je kat situ. Ok fine, sebenarnya aku tak tahu, tak reti dan malas nak explore. Nanti tetiba dapat 'nur' insyaallah aku buat. Oh ya, kali ni aku saja pilih bunga-bunga dan konon girlish sikit sebab orang selalu meragui tahap keperempuanan aku. Saja nak bagitau aku perempuan lah walaupun ganas sikit. Ala, sikit je pun. Tak caya tanya kawan zaman sekolah aku. Hampir semua cakap aku ala-ala lemah lembut dan ayu sekarang..wakakaka. Kecuali Pipah sebab dia suka bias dengan aku. Dia dengki sebab aku duk dekat dengan rumah..hehe. Ok, Pah next week aku balik rumah. Sekian. ^^



If every time I thought of you, a star fell.. Well, then the sky would be empty ;)

Love, Mira.

Thursday, May 3, 2012

Edisi Jimat: Pilihan Selain Megi! [Resepi]

Assalamualaikum.

Ya, hari ni aku nak bagitau pilihan selain daripada megi yang student patut sedar. Sedar? Ya, kadang-kadang kita bosan nak kena makan megi je dikala kesempitan wang mahupun kerana malas turun ke kafe. Tapi kala ni aku nak bagi option lain yang lebih menarik iaitu spagetti..*wink wink*

Firstly, pegi pasaraya yang korang suka dan cari lah dua benda iaitu spagetti, sos prego dan epal. Dah nama pun nak buat spageti takkan nak cari kuetiau pulak kan. Aku sebenarnya taktau apa beza pasta, spagetti, macaroni ke apa ntah lagi. Yang aku tau makan! Haha. Ok, tak point aku sekarang kau nak beli jenis apa pun suka hati, yang panjang tu ke spiral ke  mahupun bentuk macam cengkerang ke suka hati sesedap mata anda lah sebab rasa lebih kurang je. Yang penting tahan lama. Aku tau yang keluaran san remo je. Lepastu sos spagetti pulak aku pilih prego dengan perasa tradisi. Nak perasa lain pun boleh sesuka hati anda lah, itukan perut anda.


rasanya tak sampai rm10 pun benda berdua ni.


Tuesday, May 1, 2012

Manis 21: Wawa Shafiqa

Assalamualaikum.

Hari ni 1 Mei iaitu hari pekerja tapi fokus hari ni bukan hari pekerja tapi pada birthday si wawa shah Memandangkan birthday dia di kala cuti umum maka tak pernah berkesempatan nak celebrate sesama. Sadis! Haha.. Walaupun Wa nampak normal pada pandangan mata orang tapi sebenarnya dia agak aneh lah. Malas nak cerita keanehan dia sebab kalau cerita konfem tiga hari pun tak habis. Dalam bahasa mudah semua kawan aku perangai boleh tahan aneh. Sila jangan nak nafikan eh..haha. Ok lah, dengan itu aku nak mengucapkan;

HAPPY 21ST BIRTHDAY WA!
semoga berbahagia selalu.
semoga selalu di bawah naungan cinta-Nya.
sayang kau ;)

ini wawa. besar gedabak aku bagi gambar kau..haha.


a year ago ;)





Love, Mira.

Monday, April 30, 2012

Goodbye April :')

Assalamualaikum.

Hari ni dah 30 April, maka hari terakhir di bulan april tahun ni. Wah, aku rasa cepat gila masa berlalu. Esok dah Mei lepas tu Jun. Jun?? Aku tengah takut dengan Jun sekarang sebab final! Tetiba aku reti takut pulak kan..haha. Bila kita nakkan yang terbaik stress tu makin bertambah, makin menekan dan makin menyesakkan. Apa aku mengarut ni?! Permudahkan cerita, aku takut nak exam. Nak first class please tapi usaha pun kena first class lah kan. Ni duk layan facebook, twitter, blog je memang payah lah. Walaupun aku tak update blog tak bermakna aku tak blogwalking. Kadang-kadang nak login blogger ni lembab sebab tu malas nak update..hehe.

Err..hari tu 23 April adalah birthday aku. Patutnya aku buat entri tajuk 'manisnya saya', nak jugak rasa manis 21 tu kan..hehe. Tapi tak update apa-apa sebab macam takdak apa yang nak cerita pun. Aku celebrate sorang-sorang sebab petang hari tu aku ada exam akaun. Nice sangat! Sebenarnya nak cakap seribu er tak sejuta terima kasih pada orang-orang yang ucapkan happy birthday dan yang mendoakan yang terbaik utk aku. Saya dengan ini mengucapkan; terima kasih daun keladi, nak mekdi? Pegi beli sendiri. Haha..ok, cukup merepek mira.