Monday, April 30, 2012

Goodbye April :')

Assalamualaikum.

Hari ni dah 30 April, maka hari terakhir di bulan april tahun ni. Wah, aku rasa cepat gila masa berlalu. Esok dah Mei lepas tu Jun. Jun?? Aku tengah takut dengan Jun sekarang sebab final! Tetiba aku reti takut pulak kan..haha. Bila kita nakkan yang terbaik stress tu makin bertambah, makin menekan dan makin menyesakkan. Apa aku mengarut ni?! Permudahkan cerita, aku takut nak exam. Nak first class please tapi usaha pun kena first class lah kan. Ni duk layan facebook, twitter, blog je memang payah lah. Walaupun aku tak update blog tak bermakna aku tak blogwalking. Kadang-kadang nak login blogger ni lembab sebab tu malas nak update..hehe.

Err..hari tu 23 April adalah birthday aku. Patutnya aku buat entri tajuk 'manisnya saya', nak jugak rasa manis 21 tu kan..hehe. Tapi tak update apa-apa sebab macam takdak apa yang nak cerita pun. Aku celebrate sorang-sorang sebab petang hari tu aku ada exam akaun. Nice sangat! Sebenarnya nak cakap seribu er tak sejuta terima kasih pada orang-orang yang ucapkan happy birthday dan yang mendoakan yang terbaik utk aku. Saya dengan ini mengucapkan; terima kasih daun keladi, nak mekdi? Pegi beli sendiri. Haha..ok, cukup merepek mira.



Dan tak lupa pada adik Nurul @ Nuha yang buatkan entri pasal kita..wee. Terharu kejap. Nanti dah start sem baru kat perlis ni kita pegi makan ke apa eh. Doakan akak ni cepat dapat lesen, baru kita boleh berpeleseran merata-rata..hoho. Kepada awak, thanks datang sini dan teman jalan-jalan kat uum ni. Mesti penat gila kan kan. Haha..padan muka! Ok, tak tak sebenarnya terharu sebab sudi datang sorang-sorang siap sesat lagi di tengah hari kan. Thanks a lot. Kepada mak dan ayah, of course lah paling banyak thanks sebab rajin layan anakmu yang degil petala lapanbelas ni. Walaupun weekend baru balik mak tetap belanja makan. Kita tak makan kat tempat mahal-mahal pun just makan kat gerai simpang mata ayer tu je. Tapi serius kita nak recommend kat semua orang. Gerai tu punya satay memang best gila. Dan ada hidangan dia semua best, best dan best. Nak rasa? Sila datang perlis dan jumpa kita. Insyaallah boleh pegi sesama..=)

Akhir kata, thanks kepada yang ucapkan birthday sama ada call/text/facebook/twitter thanks a lot! Walaupun ada yang serba salah sebab lambat wish. Don't worry. Dah ingat birthday kita pun dah rasa cukup bertuah. Kita tau semua orang sibuk minggu tu. Semua orang ada tanggungjawab kan. It's okay lah. Thanks again and i  love you guys! and always do. =)



Lots of Loveee, Mira.

5 comments:

  1. hehe anda sangat manis cik mira hassan =) semoga membesar dengan kuat dan sihat...hehehe gud luck yer dlm semua perkara..Amin

    ReplyDelete
  2. thank you mai..hehe. goodluck utk mai jugak :))

    ReplyDelete
  3. waaaahhh! CEPAT2 LAH DAPAT LESEN! hehe.

    ehem, si dia pegi UUM? wahh, romantika betoiii~

    ReplyDelete
  4. sem depan kot baru dpt lesen. doakan ya..hehe. ha'ah, dia saja buat lawatan tak rasmi kat sini..heeee

    ReplyDelete